Tuesday, 8 October 2013

Kes-Kes Mahkamah Nasib pemegang TOL/Penceroboh setelah tamat TOL

Kes-Kes Mahkamah Nasib pemegang TOL/Penceroboh setelah tamat TOL

1 Di bawah KTN, pelupusan tanah kerajaan terbahagi kepada dua kategori – satu,
pelupusan dengan cara pemberianmilik, dan dua, pelupusan selain cara pemberianmilik.
Pelupusan dalam bentuk TOL (temporary occupation licence) termasuk dalam kategori
kedua. Implikasinya, tanah TOL tetap tanah kerajaan. Walau lama mana sekalipun
seorang itu telah menikmati TOLnya, tidak ada ja minan tanah itu akan menjadi miliknya
pada satu hari nanti. Dalam kes Teh Bee lwn. K. Maruthamuthu [1977] 2 MLJ 7, plaintif telah menikmati TOLnya selama 21 tahun apabila Pihak Berkuasa Negeri (Negeri Sembilan) berkenaan melupuskannya menerusi pemberianmilik kepada defendan.

2 Dalam kes Bohari Taib & Ors lwn. PTG Selangor [1991] 1 MLJ 343, pemegang TOL
dijanjikan oleh wakil kerajaan negeri berkenaan bahawa andainya mereka berjaya
mengusahakan tanah TOL itu selama 5 tahun dan masih kekal di situ di akhir tempoh itu,TOL mereka akan digantikan dengan hakmilik tanah bertempoh tidak melebihi 99 tahun.
Walaupun syarat-syarat berkenaan telah dipatuhi mereka, di hujung tempoh TOL itu
kerajaan negeri tidak menepati janjinya (disebabkan ada perubahan struktur politik di
seluruh negara). Di bawah KTN, apabila TOL sudah luput (tidak dilanjutkan tempohnya)
pemegangnya menjadi penceroboh. Dan pencerboh boleh diusir keluar pada bila -bila
masa.

3 Dalam kes Chong Wooi Leong & 29 Ors. Lebby Sdn Bhd [1998] 3 AMR 2053, sebuahkaw asan paya dan tempat pelupusan sampah diduduki sekumpulan rakyat pelbagai bangsa untuk satu tempoh yang panjang. Dari tanah yang tiada siapa mahu, ia menjadi satu kawasan kampung yang serba serbi lengkap, siap dengan jalan, kemudahan letrik,air, surau dan kemudahan sosial yang lain. Pelbagai janji diberi oleh pelbagai pihak,termasuk ahli politik, pemimpin masyarakat dan ketua jabatan kerajaan. Pada satu masa,ada kebakaran berlaku. Penduduk kampung dimaklumkan bahawa mereka boleh membina semula rumah mereka yang musnah. Mereka juga dinasihati supaya membuat permohonan kepada Pihak Berkuasa Negeri, dan dijanjikan permohonan mereka itu akan diproses segera dan beri layanan sewajarnya. Permohonan dibuat tetapi tidak berhasil.Akhirnya, kawasan kampung itu diberimilik kepada sebuah syarikat pemaju dan penduduk asal diusir keluar.

4 Dalam kes Sentul Murni Sdn Bhd lwn. Ahmad Amirudin & 3 Ors [2001] 4 AMR 4092 CA, cerita yang lebih kurang sama berlaku kepada penduduk Kampung Chubadak, yang telah diduduki sejak awal tahun 60an. Ikrar dan janji telah diberi oleh kerajaan negeri (menerusi Menteri Besarnya, selaras dengan keputusan Exco Negeri yang dibuat pada Ogos 1962) bahawa penduduk kampung itu akan diberi hakmilik tanah. Kawasan ini kemudian menjadi sebahagian dari Wilayah Persekutuan. Akhirnya, kawasan kampong ini diberimilik kepada syarikat pemaju.



5. Dalam kes Sidek & 461 Ors lwn. Kerajaan Negeri Perak [1982] 1 MLJ 313, Raja Azlan Shah CJ (Malaya) memutuskan bahawa “Setinggan tidak ada hak di sisi undang-undang atau ekuiti” (Squatters have no rights in law or equity). Hakim bicara memutuskan demikian walaupun fakta kes menunjukkan bahawa janji telah dibuat (diucapkan oleh Pengarah Tanah dan Galian, dan dipetik oleh akhbar harian) oleh seorang pegawai tinggi kerajaan negeri. Kata-kata hakim dalam kes Sidek inilah yang telah kemudian digunakan berulang kali oleh mahkamah dalam kes-kes terkemudian, seperti Chong dan Sentul Murni di atas, apabila ia menyatakan “janji-janji” sahaja (walau diberi oleh siapapun),tidak mencukupi untuk memberi hakmilik tanah kepada seorang itu. Hakmilik tanah diperolehi hanya jika prosedur yang digariskan dalam KTN dipatuhi sepenuhnya.

MAKLUMAT DALAM TALIAN.COM

A.        TAJUK KURSUS YANG DI TAWARKAN

1. PENGENALAN KEPADA KTN
2. SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
3. KUASA MENANGKAP DAN MENAHAN MENGIKUT KTN DAN CPC
4. PROSEDUR TANGKAPAN DAN PENAHANAN
5. LAPORAN POLIS DAN FIR
6. PENGURUSAN BARANG KES
7. INTIPATI KESALAHAN MENGIKUT SEKSEN 425
8. INTIPATI KESAHAN MENGIKUT SEKSEN 426
9. PERAMPASAN DAN LUCUT HAK BARANG KES
10. KUASA MENYIASAT DAN KTN DAN CPC
11. KAEDAH MERAKAM PERCAKAPAN
12. MENGURUSKAN OKT DARI AWAL HINGGA AKHIR
13. PENYEDIAN KERTAS SIASATAN
14. PENYEDIAAN FAKTA KES DAN PERTUDUHAN
15.RUJUKAN KES KEPADA TPR
16. PENDAFTARAN KES DAN BORANG-BORANG MAHKAMAH
17. AKTA KETERANGAN 
18. TUGAS DAN PERANAN PEGAWAI PENDAKWA
19. TEKNIK BERHUJAH
20. PENGHUKUMAN.
21. OPERASI MEMUSNAH DAN PELAN KONTIGENSI.
22. PENCEROBOHAN TANAH MILIK DAN MENYELESAIANNYA
23. BONOS - PECEROBOHAN TANAH MILIK DAN PENYELESAIAN
                  PELAN A, PELAN B, PELAN C, PELAN D, PELAN E, PELAN F.
                  AFFIDAVIT DAN KES –KES DULUAN MAHKAMAH

A.    SASARAN PESERTA

1.      PENOLONG PEGAWAI TANAH
2.      PENOLONG PENTADBIR TANAH
3.      KETUA PENOLONG PENTADBIR TANAH
4.      PENTADBIR TANAH
5.      PEGAWAI PENYIASAT SPRM
6.      PEGAWAI PENYIASAT PDRM
7.      PELAJAR UNIVERSITI YANG BERKAITAN
8.      PERUNDING HARTA TANAH
9.      LAIN-LAIN PEGAWAI YANG DILANTIK DI BAWAH S. 12 KTN
10.  LAIN-LAIN YANG BERMINAT DAN PEMILIH TANAH YANG BERMASALAH.

B.    JANGKA MASA – HUJUNG MINGGU SABTU DAN AHAD/RUNDINGAN
C.   TEMPAT – TAIPING ATAU DITENTUKAN PEMOHON

D.   BAYARAN 1 HARI RM 1000.00.

No comments:

Post a Comment