Last Updated Jumaat, 20 Februari 2009 08:00
Kanun Tanah Negara 1965, Akta No. 56, tahun 1965, telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari
1966 di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Kanun ini telah digubal dengan berasaskan
kepada Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan untuk menyeragamkan
sistem pentadbiran tanah ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.
Sejak penguatkuasaan kanun ini, ia telah dipinda sebanyak 30 kali bermula dari 1968
sehinggalah ke tahun 2008. Pindaan yang dilakukan adalah bertujuan untuk memastikan sistem
pentadbiran tanah di Semenanjung Malaysia dapat memenuhi keperluan dasar dan
pembangunan sosioekonomi semasa.
Namun begitu, akhir-akhir ini pentadbiran tanah kembali menjadi perhatian apabila isu-isu yang
menyentuh kecekapan pentadbiran tanah telah diketengahkan oleh pelbagai pihak. Kerajaan
sememangnya peka mengenai rungutan yang diterima dan sentiasa berusaha untuk
mengatasinya. Ini adalah selaras dengan kehendak dan keperluan semasa berkaitan urusan
pentadbiran tanah bagi menyokong ke arah mewujudkan sebuah negara Malaysia yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Justru, pihak kerajaan terus merangka dan melaksanakan
usaha-usaha memodenkan pentadbiran tanah bagi tujuan meningkatkan sistem penyampaian
perkhidmatan kerajaan atau government delivery system, kepada rakyat jelata.
Rang Undang-undang Kanun Tanah Negara (Pindaan) telah pun dibentangkan dan diluluskan
oleh Parlimen Malaysia pada Disember 2007, dan diwartakan pada 07 Februari 2008. Semua
pindaan ini telah dirangka dengan teliti untuk menambahbaikkan dan menepati keperluan
semasa yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan tanah di negeri-negeri khususnya dan
negara amnya.
Secara keseluruhan, pindaan yang dikemukakan ini melibatkan 25 seksyen , Jadual Pertama
iaitu pindaan terhadap borang-borang, Jadual Keempat Belas, iaitu mengenai pelaksanaan
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) dan pengenalan Jadual Keenam Belas yang
baru bagi tujuan pelaksanaan Sistem Pentadbiran Tanah Secara Elektronik iaitu sistem
e-tanah.
Pentadbiran tanah di negara ini telah mengalami perubahan selari dengan kehendak dan
perkembangan pembangunan negara. Selaras dengan itu, telah timbul keperluan untuk
memperkenalkan tafsiran baru di samping memperkemaskan lagi tafsiran yang sedia ada di
dalam seksyen 5, Kanun Tanah Negara. Sehubungan dengan itu, tafsiran Digital Cadastral
Database dan Disaster Recovery Center, diperkenalkan sejajar dengan pemodenan
pentadbiran awam ke arah kerajaan elektronik. Tafsiran Digital Cadastral Database
diperkenalkan bagi mengiktiraf Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK), sebagai maklumat
tanah berdigit yang sah di sisi undang-undang dan boleh diguna pakai dalam pentadbiran tanah
khususnya bagi penyediaan dokumen hak milik. Pengiktirafan ini perlu bagi mengesahkan
pemakaian PDUK serta memastikan integriti dan kesahihan maklumat berhubung pengukuran
1 / 5
Intisari Pindaan Undang-undang Kanun Tanah Negara 1965 (Terkini)
Last Updated Jumaat, 20 Februari 2009 08:00
tanah seperti bearing, jarak, keluasan serta lain-lain maklumat dalam PDUK. Dalam sistem
manual yang dilaksanakan sebelum ini, pelan akui yang diluluskan akan dikemas kini di dalam
syitpiawai. Sekarang ini pelan akui telah dibuat secara digital dan terus dikemas kini di dalam
PDUK.
Seterusnya juga diperkenalkan tafsiran Disaster Recovery Centre bagi mengiktiraf fungsinya
yang akan bertindak sebagai back up, dan sistem pemulihan bagi memastikan kesinambungan
pelaksanaan sistem e-tanah apabila berlakunya bencana. Pada masa yang sama, ia juga akan
berfungsi sebagai Pejabat Pendaftaran Tanah yang akan membolehkan urusan-urusan tanah
terus dilakukan tanpa gangguan sekiranya berlaku apa jua bencana.
Selain daripada itu, tafsiran yang diperkemas pula ialah Pre-computation Plan iaitu pelan
pra-hitungan dan rock material, iaitu bahan batuan, dipinda bagi memenuhi keperluan semasa.
Tafsiran Pre-computation Plan sebelum ini tidak menyatakan secara jelas mengenai pihak
mana yang seharusnya menyediakan pelan-pelan ini.
Sehubungan itu, seksyen 5, Kanun Tanah Negara dipinda dengan memasukkan
perkataan-perkataan “prepared by director of survey and mapping department”, bagi
menjelaskan pihak yang dibenarkan dan dipertanggungjawabkan, iaitu kepada Pengarah Ukur
dan Pemetaan atau juruukur tanah berlesen sahaja. Pindaan ini bertujuan untuk memastikan
pelan ini disediakan oleh mereka yang berkelayakan di dalam bidang ukur tanah sahaja.
Jaminan agar perkara ini dilaksanakan sedemikian adalah penting kerana pelan pra-hitungan
yang melibatkan maklumat-maklumat ukur seperti bearing, jarak, koordinat dan sebagainya
memerlukan kepakaran dalam bidang berkenaan.
Pindaan yang dilakukan ke atas tafsiran, rock material, yang sedia ada bertujuan mengelakkan
kekeliruan dan memudahkan kerja mengenal pasti bahan-bahan batuan yang boleh diambil di
bawah Kanun Tanah Negara dan pengambilan bahan mineral bernilai tinggi di bawah Enakmen
Mineral Negeri serta menyelaras dan mengelakkan pertindihan tafsiran bahan batuan dan
bahan mineral.
Pada masa ini pihak kerajaan telah pun melaksanakan proses pendaftaran tanah secara
berkomputer yang dikenali sebagai Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB). Selaras
dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ICT yang begitu cepat dan sentiasa
berubah, maka terdapat keperluan untuk membuat pindaan ke atas peruntukan am dan
borang-borang yang sering digunakan melalui SPTB ini. Sehubungan itu, pindaan ke atas
seksyen 5B, Kanun Tanah Negara dilakukan untuk memberi kuasa kepada Yang Berhormat
Menteri dengan kelulusan Majlis Tanah Negara membuat apa-apa pindaan yang sewajarnya ke
atas Jadual Keempat Belas kepada Kanun Tanah Negara. Jadual ini meliputi kaedah
pentadbiran SPTB, borang-borang dan peruntukan-peruntukan lain yang bersesuaian
dengannya.
Lanjutan daripada pengkomputeran sistem pendaftaran melalui SPTB tersebut, Bahagian
baru, Satu (C) diperkenalkan dalam Kanun Tanah Negara dengan memasukkan seksyen 5D,
iaitu mengenai pelaksanaan sistem e-tanah yang merangkumi hampir keseluruhan urusan
pentadbiran di pejabat-pejabat tanah. Melalui peruntukan ini, Jadual 16 diperkenalkan yang
2 / 5
Intisari Pindaan Undang-undang Kanun Tanah Negara 1965 (Terkini)
Last Updated Jumaat, 20 Februari 2009 08:00
akan memperuntukkan secara terperinci mengenai kaedah, borang-borang dan
peruntukan-peruntukan yang bersesuaian dalam melaksanakan sistem e-tanah. Selain
daripada itu juga, peruntukan ini memberi kuasa kepada Yang Berhormat Menteri dengan
kelulusan Majlis Tanah Negara untuk menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat
kuasa sistem e-tanah di mana-mana pejabat pendaftaran tanah serta kuasa untuk membuat
sebarang pindaan kepada Jadual ke-16 sekiranya terdapat keperluan pada masa hadapan.
Selanjutnya selaras dengan usaha untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan
kerajaan, telah dipinda sub perenggan 14(1)(i) Kanun Tanah Negara bagi membolehkan pihak
berkuasa negeri melantik agen untuk memungut atau menerima bayaran hasil tanah. Dengan
pindaan yang ini, bayaran hasil tanah boleh dilakukan melalui sistem perbankan internet atau
kaunter-kaunter seperti pejabat pos dan sebagainya.
Tanah-tanah rizab kerajaan di negeri-negeri hendaklah dikawal dengan ketat penggunaannya
agar tidak disalah gunakan oleh mana-mana pihak. Oleh sebab itu, peraturan memperuntukkan
bahawa hanya penjawat awam-public officer, sahaja boleh dilantik sebagai pegawai
pengawalnya. Perkara ini tidak begitu jelas dalam Kanun Tanah Negara. Oleh yang demikian
telah dipinda sub perenggan 62(2)(c) Kanun Tanah Negara dengan memasukkan perkataan
“public” bagi memperuntukkan supaya pegawai pengawal tanah rizab kerajaan hendaklah
daripada penjawat awam sahaja .
Dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan
berkaitan pentadbiran tanah, usaha-usaha untuk mempercepatkan urusan tertentu telah
diberikan perhatian. Bagi mempercepatkan urusan pengeluaran hak milik tanah, pindaan
dibuat ke atas Seksyen 80 Kanun Tanah Negara. Pindaan ini memasukkan peruntukan
mengenai pengeluaran hak milik tetap, tanpa perlu mengeluarkan hak milik sementara terlebih
dahulu dengan syarat ukuran halus telah disempurnakan dan segala keperluan lain telah pun
dipenuhi. Melalui pindaan ini, kerajaan berharap agar jumlah tunggakan penukaran hak milik
sementara kepada hak milik tetap akan dapat dikurangkan. Selaras dengan hasrat itu, pindaan
juga turut dibuat ke atas sub perenggan 81 (1)(d) Kanun Tanah Negara bagi membolehkan
Pendaftar memungut bayaran fi untuk penyediaan dan pendaftaran hak milik tetap sahaja.
Sementara itu peruntukan proviso kepada Seksyen 92D Kanun Tanah Negara pula dipinda
bertujuan untuk mensyaratkan supaya semua cukai tanah yang perlu dibayar kepada pihak
berkuasa negeri hendaklah dijelaskan terlebih dahulu sebelum sebarang urusan atau
permohonan berkaitan tanah bahawa tanah stratum dibuat. Syarat ini telah tertinggal untuk
dimasukkan semasa peruntukan mengenai tanah di bawah tanah diperkenalkan dahulu.
Subperenggan 124(4)(c), Kanun Tanah Negara pula dipinda untuk memasukkan perkataan
“or restriction in interest”. Perkataan ini sepatutnya telah dimasukkan semasa pindaan dibuat
kepada seksyen 124 Kanun Tanah Negara melalui Akta A587 yang telah berkuat kuasa pada
25 Mac 1985 tetapi telah tertinggal untuk dimasukkan dalam pindaan tersebut.
Kerajaan memang prihatin dengan kehendak dan keperluan rakyat. terutamanya dalam
meneruskan projek pembangunan. Menyedari kehendak ini, tuan punya tanah dikehendaki
menyediakan kawasan tertentu bagi maksud awam apabila mengemukakan permohonan
3 / 5
Intisari Pindaan Undang-undang Kanun Tanah Negara 1965 (Terkini)
Last Updated Jumaat, 20 Februari 2009 08:00
pembangunan tanah kepada kerajaan. Seterusnya tuan punya tanah juga dikehendaki
bersetuju menyerahkan apa-apa bahagian kepada kawasan tanah itu untuk digunakan bagi
maksud awam. Sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang yang berkenaan.
Bagi memenuhi keperluan tersebut, pindaan ke atas subseksyen 136(1) Kanun Tanah Negara
dengan memasukkan perenggan baru iaitu (ca).
KTN juga prihatin ke atas masalah tuan punya bersama iaitu co-proprietor bagi tanah-tanah
berkategori pertanian atau berkeluasan 2/5 hektar atau kurang yang tidak dapat
membangunkan tanah mereka kerana halangan untuk memecah bahagi tanah tersebut. Bagi
mengatasi masalah ini, telah dipinda peruntukkan subseksyen 140(3) Kanun Tanah Negara
bagi membolehkan tanah berkategori pertanian yang melibatkan keluasan 2/5 hektar atau
kurang di pecah bahagi.
Seterusnya sub perenggan 141(1)(c) Kanun Tanah Negara dipinda bagi mengetepikan syarat
yang melarang tanah pertanian yang kurang daripada 2/5 hektar tersebut di pecah bahagi. Bagi
memudahkan urusan, seksyen 141A Kanun Tanah Negara dipinda untuk membolehkan urusan
pecah bahagi dilakukan oleh mana-mana pemilik bersama.
Sebelum ini di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara sedia ada, pemilik bersama yang
mempunyai pegangan minoriti tidak dibenarkan memohon untuk pecah bahagi kecuali
mendapat persetujuan daripada semua pemilik bersama yang lain. Seterusnya subseksyen
142(5), Kanun Tanah Negara pula dipinda bagi memperuntukkan mengenai prosedur
permohonan pecah bahagian tersebut. Bagi memenuhi hasrat tersebut, peruntukan seksyen
143A Kanun Tanah Negara diperkenalkan bagi memberi kuasa kepada pihak berkuasa negeri
untuk menimbang permohonan pecah bahagi tanah pertanian yang melibatkan keluasan 2/5
hektar atau kurang.
Subseksyen 147(1) pula dipinda bagi mengecualikan permohonan penyatuan tanah ataupun
amalgamation, daripada dikenakan syarat menyediakan sebahagian tanah untuk kawasan
awam sebagaimana yang dikenakan atas permohonan pecah sempadan di bawah cadangan
pindaan subseksyen 136(1), Kanun Tanah Negara. Penyatuan tanah hanya melibatkan lot-lot
tanah tersendiri untuk kegunaan sendiri sahaja dan tidak melibatkan pihak awam.
Sementara itu bagi memperkemaskan lagi tatacara berkaitan proses serah dan beri milik
semula. Seksyen 204GA, Kanun Tanah Negara dipinda dengan memasukkan subseksyen
dalam (1A). Bagi tanah-tanah yang tertakluk kepada gadaian, kebenaran pemegang gadaian
perlu diperoleh sebelum tuan tanah membuat permohonan. Pindaan ini mengehendaki
Pentadbir Tanah membatalkan catatan persetujuan pemegang gadaian atas dokumen hal milik
pendaftaran jika permohonan berkenaan ditarik balik atau urusan yang dibuat ditolak oleh Pihak
Berkuasa Negeri. Pada masa ini peruntukan berhubung pembatalan catatan persetujuan
pemegang gadaian ini tidak diperuntukkan.
Subseksyen 254(1) Kanun Tanah Negara dipinda untuk memberikan tempoh minimum yang
tidak kurang dari satu bulan kepada penggadai sebelum pemegang gadaian boleh
menyampaikan notis Borang 16D iaitu borang tuntutan kepada penggadai iaitu tuan tanah,
kerana apa-apa kemungkiran dalam perjanjian gadaian. Pindaan ini bertujuan memberi tempoh
4 / 5
Intisari Pindaan Undang-undang Kanun Tanah Negara 1965 (Terkini)
Last Updated Jumaat, 20 Februari 2009 08:00
masa yang munasabah kepada penggadai dan menghalang pemegang gadaian
mengemukakan notis yang singkat jika berlaku kemungkiran perjanjian gadaian. Sebelum ini
tiada tempoh minimum ditetapkan dan terpulanglah kepada pemegang gadaian menetapkan
tempoh tersebut di dalam charge annexure.
Subseksyen 264A(1), Kanun Tanah Negara pula dipinda bagi memperbetulkan kesilapan
cetakan semasa pindaan kepada Kanun Tanah Negara pada tahun 2001, Akta A1104 di mana
Borang 16O dicetak sebagai Borang 16P.
Seiring dengan pelaksanaan sistem e-tanah, seksyen 375 Kanun Tanah Negara dipinda bagi
meletakkan tanggungjawab ke atas pendaftaran hak milik untuk memastikan penyimpanan
selamat data digital dan maklumat yang disimpan dalam pangkalan data Pejabat Pendaftaran
Tanah dan Pusat Pemulihan Bencana iaitu Disaster Recovery Centre.
Selain daripada itu, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pentadbiran
tanah juga dapat dilihat dalam konteks pengukuran tanah iaitu dengan wujudnya pangkalan
data ukur kadaster (PDUK) yang menyimpan maklumat berhubung pengukuran tanah yang
berkaitan dengannya. Oleh itu subperenggan 399, dalam (1)(d) dipinda bagi meletakkan
tanggungjawab kepada Pengarah Ukur dan Pemetaan untuk memastikan penyimpanan
selamat data-data bekalan, data ukur kadaster tersebut. Dalam konteks ini, juga dipinda
seksyen 412 Kanun Tanah Negara untuk mengiktiraf salinan-salinan pelan yang dikeluarkan
daripada Pangkalan Data Ukur Kadaster sebagai salinan-salinan pelan yang boleh
didepositkan.
Pentadbiran Tanah memandang berat terhadap kesalahan mengambil atau mengalihkan bahan
batuan secara tidak sah. Sehubungan itu, seksyen 426, Kanun Tanah Negara dipinda bagi
meningkatkan hukuman denda daripada RM10,000 kepada RM50,000 dan tempoh penjara
daripada satu tahun kepada lima tahun. Adalah diharapkan agar peningkatan hukuman denda
dan penjara ini dapat menjadi satu langkah deterrent , agar bahan batuan ini tidak diambil
dengan sewenang-wenangnya.
Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, kuasa
mendakwa dan mengkompaun hanya ada pada Pendakwa Raya. Begitu juga dengan proses
mendakwa dan mengkompaun hanya boleh dimulakan dengan kebenaran bertulis daripada
Pendakwa Raya. Oleh itu seksyen 429A, dan seksyen 429B Kanun Tanah Negara dipinda
bagi memperuntukkan dengan jelas bahawa pendakwaan dan kompaun bagi sebarang
kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara hanya boleh dimulakan oleh Pendakwa Raya atau
dengan kebenaran bertulis daripadanya.
Pindaan-pindaan lain yang tidak dinyatakan adalah merupakan pindaan-pindaan yang
berbangkit atau consequential amendment. Pindaan-pindaan yang dikemukakan itu akan dapat
meningkatkan keyakinan rakyat ke atas pentadbiran tanah dalam menangani masalah-masalah
semasa dan menerajui pembangunan negara pada masa akan datang.
CAPAIAN DALAM TALIAN.COM
A. TAJUK KURSUS
YANG DI TAWARKAN
1. PENGENALAN KEPADA KTN
2. SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
3. KUASA MENANGKAP DAN MENAHAN MENGIKUT KTN DAN CPC
4. PROSEDUR TANGKAPAN DAN PENAHANAN
5. LAPORAN POLIS DAN FIR
6. PENGURUSAN BARANG KES
7. INTIPATI KESALAHAN MENGIKUT SEKSEN 425
8. INTIPATI KESAHAN MENGIKUT SEKSEN 426
9. PERAMPASAN DAN LUCUT HAK BARANG KES
10. KUASA MENYIASAT DAN KTN DAN CPC
11. KAEDAH MERAKAM PERCAKAPAN
12. MENGURUSKAN OKT DARI AWAL HINGGA AKHIR
13. PENYEDIAN KERTAS SIASATAN
14. PENYEDIAAN FAKTA KES DAN PERTUDUHAN
15.RUJUKAN KES KEPADA TPR
16. PENDAFTARAN KES DAN BORANG-BORANG MAHKAMAH
17. AKTA KETERANGAN
18. TUGAS DAN PERANAN PEGAWAI PENDAKWA
19. TEKNIK BERHUJAH
20. PENGHUKUMAN.
21. OPERASI MEMUSNAH DAN PELAN KONTIGENSI.
22. PENCEROBOHAN TANAH MILIK DAN MENYELESAIANNYA
23. BONOS - PECEROBOHAN TANAH MILIK DAN PENYELESAIAN
PELAN A, PELAN B, PELAN C, PELAN D, PELAN
E, PELAN F.
AFFIDAVIT DAN KES –KES DULUAN MAHKAMAH
A.
SASARAN PESERTA
1.
PENOLONG PEGAWAI TANAH
2.
PENOLONG PENTADBIR
TANAH
3.
KETUA PENOLONG
PENTADBIR TANAH
4.
PENTADBIR TANAH
5.
PEGAWAI PENYIASAT SPRM
6.
PEGAWAI PENYIASAT PDRM
7.
PELAJAR UNIVERSITI
YANG BERKAITAN
8.
PERUNDING HARTA TANAH
9.
LAIN-LAIN PEGAWAI YANG
DILANTIK DI BAWAH S. 12 KTN
10. LAIN-LAIN YANG BERMINAT DAN PEMILIH TANAH YANG BERMASALAH.
B. JANGKA MASA – HUJUNG MINGGU SABTU DAN
AHAD/RUNDINGAN
C. TEMPAT – TAIPING ATAU DITENTUKAN PEMOHON
D. BAYARAN 1 HARI RM 1000.00.
No comments:
Post a Comment