Sunday 29 September 2013

Tafsiran Kanun Tanah Negara

Tafsiran Kanun Tanah Negara
Description: PDF
Description: Cetak
Description: E-mail



  • "Pentadbir Tanah" ertinya Pentadbir Tanah yang dilantik di bawah Seksyen 12 termasuk Penolong Pentadbir Tanah yang dilantik dbawahnya dan berhubung dengan mana-mana tanah, rujukan kepada Pentadbir Tanah, hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada Pentadbir Tanah atau mana-mana Penolong Pentadbir Tanah yang mempunyai bidang kuasa dalam Daerah dan Daerah kecil dimana tanah itu terletak. 
  • "syarat" tidak termasuk apa-apa kepentingan. 
  • "kepunyaan bersama" mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh subseksyen(1) seksyen 342, dan "tuanpunya bersama" hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya. "tanah desa" mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh subseksyen (2) seksyen 51. 
  • "Mahkamah" ertinya MAHKAMAH Tinggi di Malaya. 
  • "urusniaga" ertinya apa-apa transaksi berkenaan dengan tanah berimilik yang dikuatkuaakan dibawah kuasa-kuasa yang diberi oleh Divisyen IV, dan apa2 transaksi yang serupa yang dikuatkuasakan dibawah peruntukan mana-mana undang-undang tanah terdahulu, tetapi tidak termasuk mana-mana kaveat atau perintah larangan.
  •  "menyerahantar" termasuk mengirim dengan tangan atau melalui pos. 
  • "Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah Tanah dan Galian Pahang dan dirujukkan dalam seksyen 6 dan termasuklah Timbalan Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan seorang Penolong Ketua Pengarah Tanah dan Galian. 
  • "Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan" ertinya pegawai yang buat masa itu menjalankan tugas-tugas ketua Jabatan Ukur dan Pemetaan. 
  • "Pelupusan" ertinya apa-apa pelupusan tanah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam menjalankan mana-mana dari kuasa-kuasa yang diberi oleh Seksyen 42 atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu. 
  • "geran" ertinya dokumen hakmilik daftaran dalam borang 5B (iaitu, dalam borang yang sesuai di bawah akta ini dengan tanah yang dipegang dibawah hakmilik Pejabat Pendaftaran untuk selama-lamanya). 
  • "tuanpunya" ertinya mana-mana orang atau badan yang buat masa itu didaftarkan sebagai tuanpunya mana-mana tanah bermilik. 
  • "hakmilik Pejabat Tanah" ertinya hakmilik yang dibuktikan oleh Geran Mukim atau pajakan Mukim, atau oleh mana-man dokumen hakmilik yang didaftarkan di Pejabat tanah di bawah peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang tanah terdahulu. 
  • "tanah lombong" ertinya mana-mana tanah berkenaan dengan mana satu pajakan lombong atau sijil lombong yang diberi atau dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pelombong ada buat masa itu berkuatkuasa. 
  • "tanah rizab" ertinya tanah yang dibuat masa itu dirizabkan untuk tujuan awam yang selaras dengan peruntukan seksyen-seksyen 62 atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu. 
  • "sekatan kepentingan" ertinya apa-apa batasan yang dikenakan oleh Pihak berkuasa Negeri ke atas mana-mana dari kuasa yang diberi kepada tuanpunya oleh Bahagian Sembilan. atau ke atas mana-mana kuasa urusniaganya dibawah mana-mana undang-undang tanah terdahulu. 
  • "Pihak Berkuasa Negeri" ertinya Raja atau Gabenor negri itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. 
  • "tanah kerajaan" ertinya semua tanah di dalam negeri itu (termasuk sebanyak mana dasar mana-mana sungai, dan tepi pantai serta dasar laut, seperti adalah dalam lingkungan Wilayah Negeri itu atau batas perairan wilayah) selain dari :- (a) tanah berimilik; (b) tanah rizab; (c) tanah lombong; (d) mana-mana tanah yang dibawah peruntukan -peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubung dengan hutan (sama ada diluluskan sebelum atau selepas permulaan Ata ini), buat masa tu adalah hutan simpanan. 
  • "tanah bandar" mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen (2) seksyen 51. 
  • "tanah amanah" tidak bermaksud wakaf yang diwujudkan selaras dengan prinsip-prinsip hukum syarak.
  •  "tanah pekan" mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen (2) seksyen 51. 
  • "tanah bermilik" ertinya mana-mana tanah (termasuk mana-mana petak dari sebuah bangunan pecah bahagian) berkenaan dengan satu hakmilik berdaftar buat masa itu sedia ada, sama ada muktamad atau bersyarat, sama ada untuk selama-lamanya atau untuk tempoh beberapa tahun, dan sama ada diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah akta ini atau dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh mana-mana undang-undang tanah terdahulu, tetapi tidak termasuk tanah lombong. 
  • "tanah" termasuklan:- (a) permukaan bumi dan segala benda yang menjadi permukaan bumi tersebut; (b) bumi di bawah permukaan bumi dan segala benda di dalamnya; (c) segala tumbuh-tumbuhan dan lain-lain keluaran semulajadi, sama ada atau tidak memerlukan penggunaan buruh secara berkala untuk pengeluarannya, dan sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi; (d) segala benda yang bercantum kepada bumi atau yang terpasang dengan kekal kepada apa-apa benda yang bercantum kepada bumi, sama ada di atas atau di permukaan bumi; dan (e) tanah yang diliputi air. 
  • "geran mukim" ertinya satu dokumen hakmilik daftaran dalam Borang 5D ( iaitu, dalam borang yang sesuai di bawah akta ini mengenai tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah selama-lamanya). 
  • "pajakan mukim" ertinya satu dokumen hakmilik daftaran dalam Borang 5E (iaitu, dalam borang yang sesuai di bawah Akta ini mengenai tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah untuk tempoh beberapa tahun).
  •  "pembeli" ertinya mana-mana orang atau badan yang suci hati dan untuk balasan bernilai mendapat hak kepada, atau sebarang kepentingan atas tanah.

No comments:

Post a Comment