Sunday 29 September 2013

SEBAHAGIAN PROSES MAHKAMAH

1.) Pendaftar menyemak permohonan untuk memastikan sama ada Mahkamah berbidangkuasa atau tidak bagi mendaftarkan permohonan tersebut berdasarkan :-
§  Kesalahan dilakukan oleh seorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen berkuatkuasa;
§  Kesalahan dilakukan atau akibat kesalahan itu di dalam bidangkuasa tempatan Mahkamah;
Hukuman maksimum yang diperuntukan Enakmen tidak melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) atau penjara bagi tempoh yang tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali;
Permohonan disertakan dengan kertas pertuduhan, borang permohonan mendaftarkan kes, salinan kad pengenalan Orang Kena Tuduh; sekiranya kes jenayah, tangkapan tanpa waran dan tiada jaminan.
2.) Pendaftar tetapkan tarikh sebutan. 

3.) Jika Saman / Waran tangkap telah sempurna dan Orang Kena Tuduh hadir, perbicaraan dimulakan;
§  Baca pertuduhan kepada Orang Kena Tuduh;
§  Pastikan Orang Kena Tuduh faham dengan tuduhan dikenakan ke atasnya;
§  Jika Orang Kena Tuduh tidak faham dengan pertuduhan, perlu dibacakan sekali lagi sehingga faham;
§  Orang Kena Tuduh diminta pengakuan sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan;
§  Jika mengaku salah hendaklah secara sukarela dan faham akibat pengakuan salah;
§  Pendakwa Syarie diminta membentangkan fakta kes yang berkaitan;
§  Sekali lagi pengakuan Orang Kena Tuduh terhadap fakta kes yang dibentangkan;
§  Jika bersetuju, Orang Kena Tuduh disabitkan dengan pertuduhan yang dikenakan,
§  Orang Kena Tuduh diberi peluang merayu agar diringankan hukuman yang akan dikenakan,Pendakwa Syarie diberi peluang berhujah balas di atas rayuan Orang Kena Tuduh.
§  Hakim jatuhkan hukuman.
4.) Jika Orang Kena Tuduh tidak mengaku bersalah, Hakim perintah kes dibicarakan;
§  Dengar pemeriksaan utama Pendakwa Syarie;
§  Dengar pemeriksaan balas saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada);
§  Dengar pemeriksaan semula saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada);
§  Hakim perintahkan Orang Kena Tuduh mengemukakan hujah penggulungan dan kemudian diikuti dengan hujah Pendakwa Syarie;
§  Jika kes tidak mencapai ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh tidak perlu dipanggil membela diri dan dibebaskan;
§  Jika kes mencapai tahap ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh diperintah membela diri dengan tiga (3) cara; iaitu
a.     Memberi keterangan bersumpah; atau
b.     Memberi keterangan tidak bersumpah; atau
c.     Berdiam diri.
§  Sekiranya Orang Kena Tuduh membela diri dengan cara (a), Orang Kena Tuduh boleh disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan Orang Kena Tuduh berhak memberi keterangan semula (jika ada);
§  Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (b), tiada proses keterangan soal balas dan soal semula;
§  Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (c), Hakim terus perintah saksi-saksi Orang Kena Tuduh memberi keterangan (jika ada), disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan disoal semula oleh Orang Kena Tuduh (jika ada);
§  Setelah selesai sesi Orang Kena Tuduh memberi keterangan, Hakim perintah Pendakwa Syarie mengemukakan hujah terakhir dan diikuti hujah Orang Kena Tuduh;
§  Hakim memberi keputusan sama ada Orang Kena Tuduh bersalah atau tidak;
§  Jika Orang Kena Tuduh tidak bersalah, dilepas dan dibebaskan. Sekiranya Orang Kena Tuduh bersalah, Hakim jatuhkan hukuman;

§  Mana-mana pihak yang terkilan, boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah dalam tempoh empat belas (14) hari. 

No comments:

Post a Comment