Sunday, 1 July 2012

KUASA PENYIASATAN


421AA. Kuasa penyiasatan.
(1)                Mana-mana Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat perlakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini.
(2)                Setiap orang yang dikehendaki oleh Pengarah Tanah atau Pentadbir Tanah untuk memberi maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen atau artikel lain berhubungan dengan perlakuan kesalahan tersebut yang mana adalah dalam kuasa seseorang untuk memberi adalah terikat di sisi undang-undang untuk memberi maklumat atau untuk mengemukakan dokumen atau artikel lain.
421AB. Kuasa menghendaki kehadiran saksi-saksi.
(1)                Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah yang membuat suatu penyiasatan di bawah seksyen 421AA boleh dengan perintah bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya sendiri mana-mana orang yang nampak padanya mengenali dengan kes keadaan kes, dan orang tersebut hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.
(2)                Jika mana-mana orang tersebut gagal untuk hadir sebagaimana yang dikehendaki demikian, Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh melaporkan kegagalan tersebut kepada seorang Majistret yang akan kemudian mengikut budi bicaranya mengeluarkan suatu waran untuk mempastikan kehadiran orang tersebut sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang disebut dahulu.
(3)                Seseorang yang hadir sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) adalah berhak untuk dibayar perbelanjaan­perbelanjaan perjalanan dan makan yang munasabah yang ditanggung olehnya; dan ia adalah sah di sisi undang-undang bagi Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah membayar perbelanjaan-perbelanjaan tersebut.
421AC. Pemeriksaan saksi-saksi.
(1)                Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah yang membuat penyiasatan di bawah seksyen 421AA boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang disangkakan mengetahui tentang fakta-fakta dan kes keadaan kes.
(2)                Orang tersebut hendaklah terikat untuk menjawab semua soalan berhubungan dengan kes tersebut yang dikemukakan kepada­nya oleh pegawai tersebut:
Dengan syarat bahawa orang tersebut boleh enggan menjawab apa-apa soalan, jawapan kepadanya mungkin ada kecenderungan untuk mendedahkan dirinya terhadap pertuduhan jenayah, penalti atau pelucuthakan.
(3)                Seseorang yang membuat suatu kenyataan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan sesuatu yang benar, sama ada atau tidak kenyataan tersebut dibuat seluruhnya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan-soalan.
(4)                Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah pada mulanya memberitahu orang itu tentang peruntukan-peruntukan subseksyen­subseksyen (2) dan (3).
(5)                Suatu kenyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, di mana mungkin, dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas kenyataan itu dibaca kepadanya dalam bahasa dalam mana dia membuatnya dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pindaan yang dia ingin.

No comments:

Post a Comment