(1)
Pengarah
Negeri atau Pentadbir Tanah boleh mengkompaun mana-mana kesalahan yang telah ditetapkan sebagai kesalahan yang boleh dikompaunkan dengan menerima dari orang yang
disyaki dengan munasabahnya melakukan kesalahan
tersebut sejumlah wang yang tidak
melebihi lima
ratus ringgit.
(2)
Apabila
dibayar jumlah wang tersebut orang yang disyaki dengan munasabahnya melakukan kesalahan, jika
dalam tahanan, hendaklah dilepaskan dan prosiding selanjutnya tidak boleh
diambil terhadap orang tersebut.
Pindaan ini dibuat bagi menggantikan seksyen 429B sedia ada
dengan peruntukan yang baru.
2. Ringkasan
2.1. Pindaan ini memperuntukkan bahawa kesalahan-kesalahan
yang boleh dikompaun di bawah KTN perlu mendapat
kebenaran secara bertulis daripada Pendakwa Raya.
2.2. Pindaan ini juga turut memperuntukkan penetapan kadar
kompaun tidak boleh melebihi lima puluh peratus (50%)
daripada denda maksimum bagi kesalahan-kesalahan yang
ditetapkan di bawah KTN.
Latar Belakang
3.1. Sebelum pindaan, peruntukan ini memberi kuasa kepada PTG
atau PT untuk mengenakan kompaun bagi kesalahankesalahan
disenaraikan di dalam Kaedah Tanah Negeri sahaja.
Kompaun maksimum yang boleh dikenakan adalah tidak
melebihi RM500. Jika kompaun yang dikenakan itu diterima
dan dibayar oleh orang yang disyaki melakukan kesalahan itu,
maka ianya hendaklah dilepaskan dari tahanan (jika ditahan)
dan tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang
itu.
4. Rasional
4.1. Kuasa mengkompaunkan kesalahan kini, oleh PTG atau PT
adalah tertakluk kepada kebenaran bertulis daripada
Pendakwa Raya selaras dengan perkembangan keputusan
Mahkamah semasa dan Perkara 145(3) dan (3A)
Perlembagaan Persekutuan.
No comments:
Post a Comment