Sunday, 1 July 2012

BIDANG KUASA MAHKAMAH


(1)               Mahkamah atau Hakim boleh dengan perintah mengarahkan pendaftar atau mana-mana Pentadbir Tanah untuk melakukan segala perbuatan sepertimana yang perlu untuk memberi kuatkuasa kepada apa-apa hukuman atau perintah yang diberi atau dibuat dalam mana-m­ana prosiding yang berhubungan dengan tanah, dan ia hendaklah merupakan kewajipan Pendaftar atau Pentadbir Tanah untuk mema­tuhi perintah itu selepas itu.
(2)               Jika sekiranya menurut apa-apa perintah yang dibuat menurut kuasa seksyen ini, Pendaftar atau mana-mana Pentadbir Tanah­--
(a)                membatalkan apa-apa instrumen yang berhubungan dengan tanah, atau apa-apa memorial atau pemasukan lain di atas mana-mana instrumen sedemikian, atau
(b)               membuat apa-apa pindaan lain, atau tambahan kepada, mana-mana instrumen sedemikian,
maka dia hendaklah mencatatkan di atasnya sebab bagi pembatalan, pindaan atau tambahan itu, dan tarikh baginya, dan hendaklah mengesahkan instrumen itu dengan tandatangan dan meterainya.
(3)               Jika sekiranya Pendaftar atau Pentadbir Tanah mengambil tindakan di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana tanah atau apa-apa bahagian atau kepentingan di dalamnya, maka dia hendaklah menyebabkan disampaikan satu notis mengenai tindakan­nya kepada mana-mana orang atau badan yang mempunyai tuntutan yang dilindungi oleh kaveat yang menyentuh tanah, bahagian atau kepentingan itu.
(1)                Mana-mana orang atau badan yang terkilan dengan apa-apa keputusan Pengarah Negeri, Pendaftar atau mana-mana Pentadbir Tanah di bawah Akta ini, bolehlah, pada bila-bila masa dalam tempoh tiga bulan bermula dari tarikh bilamana ia dikomunikasikan kepada­nya, merayu mengenainya kepada Mahkamah.
(2)                Apa-apa rayuan sedemikian hendaklah dibuat selaras dengan peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis buat masa itu berkuatkuasa berhubungan dengan prosedur sivil; dan Mahkamah hendaklah membuat apa-apa perintah atasnya sepertimana ia memikirkan adil.
(3)                Dalam seksyen ini "keputusan" termasuklah apa-apa per­buatan, ketinggalan, keengganan, arahan atau perintah.
377.          Kuasa Pendaftar dan Pentadbir Tanah untuk merujuk persoalan kepada Mahkamah.
(1)                Pendaftar dan, tertakluk kepada subseksyen (3), mana-mana Pentadbir Tanah bolehlah, jika difikirkannya perlu atau diingini untuk berbuat demikian, merujuk kepada Mahkamah apa-apa persoalan yang berbangkit dalam penggunaan atau pelaksanaan mana-mana ku asa atau kewajipan yang diberi atau dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah Akta ini.
(2)                Apa-apa rujukan sedemikian hendaklah dibuat selaras dengan peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis buat masa itu berkuatkuasa berhubungan dengan prosedur sivil; dan Mahkamah ' hendaklah atas apa-apa rujukan sedemikian sama ada menentukan persoalan yang timbul atau membuat apa-apa perintah lain yang di­fikirkannya wajar dalam keadaan tertentu kes itu.
(3)                Tiada Pentadbir Tanah boleh merujuk apa-apa persoalan kepada Mahkamah menurut seksyen ini kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu dari Pengarah Negeri.

No comments:

Post a Comment