Sunday, 1 July 2012

429A. Kuasa untuk menjalankan pendakwaan.



(1)               Pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini bolehlah dijalankan oleh Pengarah Negeri, Pentadbir Tanah atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengarah Negeri.
(2)               Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), pendakwaan ber­kenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap seksyen 400 dan 403 boleh dijalankan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan.



Pindaan ini dibuat bagi menggantikan seksyen 429A sedia ada
dengan peruntukan yang baru.
2. Ringkasan
2.1. Pindaan ini menyatakan bahawa tindakan pendakwaan bagi
kesalahan di bawah KTN hanya boleh dilakukan dengan
kebenaran secara bertulis daripada Pendakwa Raya.
3. Latar Belakang
3.1. Sebelum pindaan, PTG, PT atau mana-mana pegawai yang
diberi kebenaran oleh PTG boleh menjalankan pendakwaan
bagi kesalahan-kesalahan di bawah KTN. Selain itu juga
Pengarah Ukur dan Pemetaan boleh menjalankan pendakwaan
bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan kerja ukur di
bawah seksyen 400 dan 403 KTN.
4. Rasional
4.1. Pindaan ini selaras dengan perkembangan keputusan kes
Mahkamah semasa dan selaras dengan Perkara 145(3) dan
(3A) Perlembagaan Persekutuan.

No comments:

Post a Comment