BERGURULAH DENGAN ORANG YANG BERILMU, MURSHID, IKHLAS DAN FAHAM AGAMA
NASIHAT UNTUK GOLONGAN YANG INGIN MENGETAHUI TENTANG ISLAM YANG SUMUL
KUALA LUMPUR: “Mohon maaf
jika saya tersalah atau terkasar bahasa, tapi saya rasa saya lebih berminat
untuk mengetahui keindahan agama Islam,” tulis Felixia Yeap menerusi facebook,
semalam.
Beliau seterusnya menulis sebagaimana di bawah.
Apa yang serba-sedikit
mengecewakan saya sebagai seorang yang baru mula mengenali agama Islam?
Apabila saya terlalu kerap
ditegur oleh orang yang hanya memandang berat tentang kuku saya, tentang gambar
lama saya, tentang hal silam saya, tentang bila saya nak masuk Islam, tentang
saya tidak harus tidak bertudung di rumah sendiri (walaupun telah
di"blur"kan), tentang kenapa saya bertudung tapi tak masuk Islam,
tentang saya dah Islam ke belum, tentang betapa salahnya seseorang itu
mengambil gambar selfie...etc, etc, ETC.
Tapi teramatlah jarang sekali
orang memberitahu saya tentang keindahan ajaran agama Islam, setiap kebaikkan
Nabi Muhammad SAW yang kita harus ikuti, keperibadian yang baik setiap isteri
Nabi Muhammad SAW yang harus kita sebagai wanita contohi, ketenangan yang boleh
saya pelajari melalui setiap ajaran agama Islam, dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment