SURAT PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK BIL. 9/1976
Tanggungjawab dan Tugas Pegawai Petempatan.
Bagi memperkemaskan perkhidmatan Pegawai
Petempatan, senarai tanggungjawab dan tugas Pegawai Petempatan seperti yang
dirangkakan pada Arahan Pengarah Tanah dan Galian Bil. 2/75 adalah dengan ini
dibatalkan dan digantikan dengan senarai baharu seperti Lampiran ‘A’.
2. Pemungt Hasil Tanah oleh itu adalah diminta
membahagikan kerja kepada Pegawai Petempatan mengikut senarai baharu ini.
Pegawai Petempatan hendaklah ditegaskan adalah menjadi kewajiban mereka
menjalankan kerja masing-masing mengikut senarai baharu ini. Di dalam senarai
ini ada ditentukan perkara-perkara yang mana Pegawai Petempatan
bertanggungjawab atas kerja-kerja yang dijalankannya dan ada kerja-kerja yang
mana pula mereka itu adalah membantu sahaja yang mana tanggungjawabnya terletak
kepada Pemungut Hasil Tanah sendiri iaitu termasuk Penolong Pemungut Hasil
Tanah.
3. Pemungut Hasil Tanah adalah juga dinasihatkan
mengatur semula kerja-kerja yang mana tidak lagi menjadi tugas Pegawai
Petempatan di bawah Senarai Tugas Pegawai-Pegawai Petempatan yang baharu.
Pemungut Hasil Tanah diminta menggunakan budi bicara masing-masing dalam
mengatur semula kerja-kerja ini.
t.t.
(HAJI OSMAN BIN HAJI MD.
BAKI, AMN., PCM., PJK.)
pengarah Tanah dan
Galian
Perak.
Bil. (10) dlm. PTG Pk.
148-1.
PEJABAT PENGARAH TANAH
DAN
GALIAN, PERAK
Tarikh: 28hb. Julai,
1976.
LAMPIRAN A
TANGGUNGJAWAB DAN TUGAS-TUGAS PEGAWAI PETEMPATAN.
Bil.
|
Jenis
Kerja
|
Undang-undang
Berkaitan
|
Tanggungjawab
dan tugas-tugas.
|
|
Permohonan Tanah
|
Sek.42 & 65 KTN,
Peraturan 2 & 9 Peraturan
Tanah Perak 1966.
|
Bertanggungjawab menjalankan ukuran perenggan
dan memberi lapuran tanah.
|
|
Permohonan Carigalian dan melombong (termasuk pembaharuan
dan lanjutan.
|
Undang-undang Melombong
|
Bertanggungjawab memberi lapuran tanah.
|
|
Permohonan kebenaran pemindahan bahan batu
|
Sek. 70 KTN.
Peraturan 20 Item 61 Peraturan
Tanah Perak 1966
|
Bertanggungjawab memberi lapuran tanah
|
|
Pengambilan balik tanah.
|
Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.
|
Bertanggungjawab memberi lapuran kemajuan di atas tanah
terlibat dan memberi anggaran nilaian masing-masing.
|
|
Permohonan Lalulalang
|
Sek. 390 KTN
|
Bertanggungjawab memberi lapuran kemajuan di atas tanah
terlibat dan memberi anggaran nilaian masing-masing.
|
|
Permohonan Pecah sempadan / bahagian / cantuman.
|
Sek. 134, 137 & 148 KTN
|
Bertanggungjawab menentukan sebarang lintasan di atas
tanah (viz: parit, sungai, lalu lintas, saluran letrik, paipair, telefon dan
sebagainya.
|
|
Permohonan Menukar Syarat
|
Sek. 124 KTN
|
Bertanggungjawab memberi lapuran semua bangunan di atas
tanah.
|
|
Penggunaan tanah tanpa kebenaran dan menyalahguna tanah.
|
Sek. 109, 425, 427 & 428 KTN.
|
Bertanggungjawab memberi lapuran segala penyalah gunaan
tanah
|
|
Penempatan
|
|
Bertanggungjawab menjalankan ukur perenggan, menentukan
sempadan dan menempatkan pemohon selepas ukuran.
|
|
Penguatkuasaan
|
Sek. 425, 426A & 122 KTN
|
Bertanggungjawab menangkap, merampas dan meroboh seperti
ternyata dalam seksyen 426A KTN. Bertanggungjawab memberi lapuran atas
perlanggaran syarat.
|
|
Permohonan Ukur
|
|
Bertanggungjawab menyedia, menjelas dan menyimpan
buku-buku permohonan ukur.
|
|
Rekod-rekod
|
|
Bertanggungjawab menyimpan, lengkap dan mengemaskini dan
membawa untuk semakan PPHT atau PHT :
|
|
Nilaian
|
Stamp Ord. Est. Duty. Ord. Dan Small Est, Ord.
|
Membantu PHT memberi nilaian.
|
|
Rancangan dan Simpanan Kerajaan
|
Sek.62 KTN & GSA
|
Membantu PHT membuat cadangan dan memberi lapuran tanah.
|
|
Perselisihan tanah (Land dispute)
|
|
Membantu PHT menyelesaikan selisihan.
|
|
Pelbagai Kerja
|
|
Melaksana lain-lain tugas yang di arahkan oleh PPHT dan
PHT.
|
No comments:
Post a Comment