seorang alim melayan debat
dengan seorang jahil ….perlu elak.
Tuesday, 03 November 2009 05:57 Hits: 33681
12345
(38 votes, average 4.97 out of 5)
12345
(38 votes, average 4.97 out of 5)
Berkenaan Tangkapan Dr Mohd
Asri : Suatu Pandangan
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Gambar hiasan
Bekas Mufti Perlis tidak
dinafikan mempunyai ramai penyokong dan juga pembenci. Itu sudah tabiat manusia
yang amat pelbagai. Kita tidak akan mampu untuk mengelakkan diri dari berbeza
pendapat, saya juga banyak berbeza pendapat dengan beliau. Kita juga adakalanya
tidak mampu untuk mengelak diri dari dibenci secara tiba-tiba, apatah lagi jika
seseorang itu terkenal.
Namun, yang dibimbangi adalah perbezaan
pendapat yang membawa kepada permusuhan yang dahsyat, label melabel, tuduh
menuduh, dan sesat menyesatkan. Sehingga jika diselami hati para pembenci,
pasti ada terlihat keinginan yang amat luar biasa malah keji seperti ingin
melihat pihak yang lain ditangkap, dipenjara atau lebih dari itu, meninggal
dunia.
Padahal isu yang berbangkit
kebanyakannya adalah isu yang bersifat zhonni atau yang menerima perbezaan
takwilan dan pandangan. Tidak wajar dipergaduhkan dalam bentuk yang ekstrem dan
keras. Memadailah untuk mengemukakan hujjah balas kepada apa yang dirasakan
lemah, dan kemudian jika pihak di sebelah sana tidak dapat menerimanya,
berlapang dadalah.
Selain itu, janganlah dengan
mudah menggelarkan seseorang dengan gelaran Wahabi serta terkeluar dari kelompok
ahli Sunnah wal Jamaah. Adalah tidak tepat untuk menuduh pandangan ijtihad
selain mazhab Syafie adalah Wahhabi, kerana kebanyakkan pendapat yang lain yang
diterima pakai oleh sebahagian kelompok di Malaysia (yang berlainan) sebenarnya
bukanlah ijtihad Wahabi tetapi adalah dari kalangan mazhab-mazhab ahli sunnah
yang lain seperti Hanbali, Maliki dan Hanafi.
Sebagai contoh:
tidak melakukan qunut Subuh
adalah ijtihad mazhab Hanbali dan Hanafi,
menggoyangkan jari ketika Tashahhud solat adalah pandangan Maliki,
membolehkan memgang anjing tanpa samak adalah ijtihad Maliki,
tidak membaca basmalah dengan kuat di awal fatihah ketika solat Maghrib, Subuh dan Isyak adalah ijtihad Hanbali dan Maliki dan banyak lagi.
Isu-isu sebegini kerap disalah ertikan sehingga disenaraikan sebagai ciri pengikut Wahabi. Ini tidak benar sama sekali, malah Wahabi itu bukan sebuah mazhab Fiqh atau Aqidah serta tidak mempunyai takrifan yang khas di kalangan para ilmuan Islam sedunia.
menggoyangkan jari ketika Tashahhud solat adalah pandangan Maliki,
membolehkan memgang anjing tanpa samak adalah ijtihad Maliki,
tidak membaca basmalah dengan kuat di awal fatihah ketika solat Maghrib, Subuh dan Isyak adalah ijtihad Hanbali dan Maliki dan banyak lagi.
Isu-isu sebegini kerap disalah ertikan sehingga disenaraikan sebagai ciri pengikut Wahabi. Ini tidak benar sama sekali, malah Wahabi itu bukan sebuah mazhab Fiqh atau Aqidah serta tidak mempunyai takrifan yang khas di kalangan para ilmuan Islam sedunia.
Malah menurut sebahagian
pandangan ulama antarabangsa, istilah itu dipelopori oleh musuh-musuh Islam
dari kalangan bukan Islam, untuk memecah belahkan kesatuan umat Islam. Memang
benar, terdapat ulama moden yang menggunakan istilah tersebut di dalam
penulisan mereka, namun ia merujuk kepada pengikut aliran Muhammad Ab Wahab di
Saudi suatu ketika dahulu, ia bukan sebuah mazhab yang khas.
Di sebelah pihak yang lain
pula, jangan pula terlalu ringan lidah menggelar sesuatu amalan itu sebagai
bid'ah, sesat, ahli bid'ah dan lain-lain gelaran yang menyakitkan telinga.
Gunakan hikmah dalam nasihat, hujjah dan panduan, bukan hukuman dan kejian.
Perlu disedari bahawa hujjah YANG DIYAKINI KITA SEBAGAI KUKUH tidak
semestinya dinilai kukuh dan tepat oleh ilmuan lain berdasarkan dalil dan
kaedah yang juga betul serta diterima dalam displin ilmu Fiqh atau Aqidah
Islam.
Imam Muhammad Ibn Sirin berkata
:
" Sesiapa yang tidak tidak
mengkaji kepelbagaian pendapat fiqh, mereka sebenarnya belum pun dapat mencium
bau Fiqh itu"
Bau Fiqh pun belum dapat,
apatah lagi inti Fiqh itu sendiri. Banyak menuduh dan meggelar mungkin akan
boleh memberikan indikasi bahawa mereka yang terlibat sebenarnya belum menghidu
bau Fiqh. Belum masak dan matang dalam ilmu Fiqh.
BERLAPANG DADA, IKTIRAF USAHA
& PANDANGAN
Imam Al-Awza'ie ketika ditanya
berkenaan sama ada batal wudhu atau tidak bagi lelaki yang mencium isterinya
menjawab :
Ertinya : Jika seseorang
bertanya kepadaku, aku akan menjawab, batal dan perlu mengambil wudhu semula,
namun sekiranya dia tidak mengambil wudhu, aku tidak akan mengutuknya ( Tartib
At-Tamhid, 3/345 )
Imam Ahmad Bin Hanbal pula
pernah ditanya sama ada sah solat yang menggunakan kulit musang. Jawabnya :
Ertinya : "JIka
perbuatannya itu adalah hasil pemahamannya dari nas ((Apa-apa yang disamak maka
telah menjadi suci )), lalu bolehlah solat di belakangnya"[1]
Maka ditanya : Adakah engkau
juga melihatnya sebagai harus?
Imam Ahmad menjawab
لا , نحن لا نراه جائزا ولكن إذا
كان هو يتأول فلا بأس أن يصلي خلفه
Ertinya: Tidak, kami tidak melihatnya harus, tetapi dia ingin
menafsirkannya (menggunakan) nas itu, tiada masalah untuk solat di
belakangnya.[2]
Al-Qaradawi menegaskan bahawa
kewujudan dua pendapat betul dalam satu masalah, sememangnya boleh berlaku.
Beliau mengatakan, mungkin satu pihak mengambil rukhsah, yang lain mengambil
‘azimah. Atau kedua-dua benar dalam situasi tertentu yang berbeza, atau kedua-duanya
benar sebagaimana wujudnya qiraat bacaan AL-QURAN.
Banyak lagi kisah-kisah
sebegini yang amat baik untuk difahami dan dihayati. Malah perlu difahami juga,
hal ini juga boleh berlaku didalam perihal aqidah. Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi
menjelaskan dengan terang dan nyata bahawa ilmu aqidah itu terbahagi kepada [3]
a) Usul
Aqidah : iaitu ilmu bersumber ayat Al-Quran yang tidak terdedah kepada sebarang
tafsiran dan takwilan menurut ilmu Usul Fiqh seperti kewujudan Allah,
keesaanNya, sifat kesempurnaanNya dan banyak lagi.
b) Furu' Aqidah : Ilmu aqidah yang bersumber ayat Quran dan Hadis sohih tetapi terdedah kepada tafsiran dan takwilan yang sesuai menurut kaedah-kaedah ilmu Usul Fiqh. Seperti Syafaat di akhirat, Melihat Allah di syurga, mentakwil ayat sifat Allah, Imam Mahdi, penurunan Nabi Isa a.s dan banyak lagi.
Justeru, bagi memahami pembahagian ini, perlu difahami sebaiknya ilmu dalalatul ahkam di dalam pengajian ilmu Usul Fiqh.
b) Furu' Aqidah : Ilmu aqidah yang bersumber ayat Quran dan Hadis sohih tetapi terdedah kepada tafsiran dan takwilan yang sesuai menurut kaedah-kaedah ilmu Usul Fiqh. Seperti Syafaat di akhirat, Melihat Allah di syurga, mentakwil ayat sifat Allah, Imam Mahdi, penurunan Nabi Isa a.s dan banyak lagi.
Justeru, bagi memahami pembahagian ini, perlu difahami sebaiknya ilmu dalalatul ahkam di dalam pengajian ilmu Usul Fiqh.
Saya membawakan hal ini sekadar
ingin memaklumkan kepada pembaca bahawa hal ini jika tidak dihayati dan
difahami dengan sebaiknya, akan mula muncul perasaan ingin menghina dan
bermusuh dengan mereka yang berbeza pendapat dengan kita.
Namun ingat, segala perbezaan
ini mestilah datang dari mereka yang berkeahlian.
Yang paling perlu dielakkan
adalah, seorang alim melayan debat dengan seorang jahil.
Ia sangat membuang waktu dan
menyakitkan kepala sahaja. Kerana si jahil tidak akan mampu memahami laras
bahasa dan istilah yang digunapakai oleh si alim. Justeru, tindakan terbaik
bagi si alim adalah diam.
Kesimpulannya, dibenarkan untuk
menolak hujjah pihak yang lain, namun dalam pada kritikan ilmiah dibuat, jangan
lupa juga mengiktiraf bahawa pihak yang lain juga ada niat baik untuk kebaikan
Islam. Masing-masing merasakan pendekatan dan ilmu mereka adalah yang lebih
tepat untuk membawa kepada keagungan Islam.
Namun jangan terlupa, ruang
kesilapan masih boleh wujud di pihak kita. Saya sendiri sering mengingatkan
diri saya ketika mengulas isu-isu kewangan dan riba, bahawa saya mungkin boleh
berada di pihak yang kurang kuat dan tidak kukuh hujjahnya,
Justeru itu kerap saya katakan
kpeada mereka yang sibuk dan marah-marah dengan pandangan saya,
"Pandangan dan tulisan
saya tidak wajib ke atas sesiapa untuk mengambilnya, anda bebas untuk terima
atau menolaknya"
Cuma harapan saya, jika
menolaknya, tolaknya disebabkan kerana hujjah yang lebih meyakinkan dari mereka
yang berkelayakan bukan kerana kita terlibat dalam bisnes itu nescaya mesti nak
jadikan ia halal, atau dalam kata lainnya, kerana nafsu sendiri.
TANGKAPAN JAIS: SIAPA UNTUNG?
Memang benar JAIS punyai hak
mendakwa sesiapa sahaja yang berceramah tanpa tauliah, itulah yang diarahkan
oleh Sultan Selangor selaku Ketua Agama di Negeri Selangor.
Namun demikian, saya kira untuk
menangkap seorang bekas Mufti sebuah negeri yang telah diiktiraf keilmuannya
oleh UIAM sehingga diberi PhD dalam bidang agama, juga oleh Raja Perlis
sehingga dilantik menjadi Mufti negeri dan diberi anugerah Tokoh Ma'al Hijrah
Negeri. Tindakan itu boleh dikatakan kurang bijak dan secara tidak langsung
memperkecilkan penilaian Raja Perlis, Universiti Sains Malaysia (USM) dan
banyak pihak lain yang berautoriti.
Bagi saya isu ini lahir hasil
‘sakit hati' yang datang dari pertembungan kedua-dua belah pihak, penyokong dan
penentang Dr Asri di Malaysia.
Dr Asri di sebelah pihak yang
dikatakan ingin membawa pembaharuan dalam pemikiran agama di Malaysia, manakala
sebelah pihak lain adalah mereka yang meyakini sudah cukup dengan cara dan
pemikiran agama yang sedia ada, nescaya pertembungan berlaku.
Bermula dari sedikit, ia
menjadi semakin besar apabila anak-anak murid fanatik menyemarakkan api
pertengkaran serta kutuk mengutuk. Tidak terkecuali kedua-dua pihak mempunyai
tekong ‘bergaduh' yang hebat, aktif serta dinamik dalam tugas kurang sihat ini.
Saya yakin, penangkapan Dr Asri
berpunca dari perkembangan kurang sihat tersebut tadi, ia sangat mudah dibaca
dari laman-laman web ‘tekong-tekong gaduh', ya amat pasti dan ia seolah-olah
satu open secret bagi kedua-dua pihak. Ketiadaan tauliah hanya dijadikan alat
dan cara berselindung di sebalik undang-undang yang sedia ada.
Memorandum Persatuan Peguam
Syar'ie Malaysia boleh memberikan pengesahan berkenaan persengketaan dan
perbalahan ini.
Namun sebenarnya, siapa yang
untung dengan tangkapan ini?
Memang benar, untung rugi bukan
persoalannya di sini, tapi pastinya yang membenci ingin kononnya mematikan dan
menggangu gerakan yang dibawa oleh Dr Asri. Dirasakan cara ini adalah terbaik
bagi menakutkan kumpulan itu.
Tetapi nampaknya, tangkapan itu
menjadi back fire kepada mereka.
Ya benar, saya berasa yakin
kini pihak yang tidak menyukai Dr Asri akan merasa tertampar dengan liputan
media terhadap isu ini.
Sebagai orang luar dan
pemerhati saya lihat, tiada banyak keuntungan diperolehi oleh pihak yang
membenci Dr Asri, kerana tangkapan ini hanya menaikkan populariti beliau, malah
kalau sebelum ini Dr Asri hanya menceritakan secara peribadi dan agak tertutup
berkenaan sokongan pelbagai orang berjawatan besar, ternama dan pelbagai parti
politik kepadanya, namun dengan berlakunya hal ini, sokongan tersebut menjadi
nyata kepada awam.
Perdana Menteri memberi
sokongan,
Mursyidul Am PAS
Menteri Agama,
Menteri Besar Selangor,
Ketua Pemuda UMNO,
Dibincang di dalam Parlimen
Malaysia
Ketua Pemuda PAS,
Bekas YDP YADIM,
Tajuk besar beberpaa buah
akhbar perdana,
Serta ramai dan banyak lagi
Semua ini membuka lebih besar
jalan kepada Dr Asri untuk mendapat samada perhatian, sokongan dan dakwahnya
juga akan semakin dekat dan sampai ke hati orang ramai yang baru tertarik untuk
membaca blognya, mendengar ucapannya dan sebagainya. Semua ini akibat dari isu
penangkapan tersebut.
"Jadi ustaz, siapa yang
rugi dan siapa yang untung ? " tanya seorang kenalan di UK
"Sudah tentu Dr Asri dan
gerakannya, jadi kalau di ketika ini ahli-ahli gerakannya perlu tampil
kehadapan dengan lebih aktif untuk menerang dan menjelas, mereka akan mendapat
merit yang banyak, Malah ORANG YANG TAK SOKONG pun boleh jadi sokong kerana
mula berasa SIMPATI"
"Namun demikian, mesti
disedari, populariti juga boleh ‘membunuh' seseorang ahli agama, rasa ujub,
riya dan takbur amat mudah berkembang. Justeru itu dia kena jaga. Kelak nanti
setiap lafaz boleh berubah menjadi sombong. Teguran pula akan sentiasa dibakul
sampahkan kerana merasa diri sangat popular dan berpengaruh. DAN ORANG YANG
SOKONG pun boleh jadi TIDAK sokong kerana mula berasa MELUAT" Tegas saya
lagi menjelaskan.
Demikian pendapat saya sebagai
pemerhati dari luar, ya luar negara.
SUDAH-SUDAHLAH BERBALAH :
BERDAMAILAH
Satu lagi, saya amat ingin
melihat kedua-dua pihak menambahkan sikap lunak dan lebih bijak. Benar, bijak
itu banyak caranya, keras dan garang juga mungkin sahaja tergolong dalam
tindakan yang paling bijak dalam keadaan tertentu. Cuma lunak dan lembut adalah
lebih digemari oleh Nabi s.a.w berbanding keras dan kasar.
Jangan pula mengatakan:
"Ala dia yang mula
mengutuk dan mengecam, kita balaslah, geng dia saman dulu, kita bagilah dia
tindakan undang-undang sebagai balasan"
Ini satu sikap yang tergambar
hati yang busuk serta tidak matang. Jangan sampai orang melakukan cara ahli
neraka, maka sebagai balasan, kita juga ingin menjadi sepertinya.
Selain itu, saya berkongsi
bahawa ulama silam yang hebat kerap meninggalkan kontroversi dan konfrontasi
dengan pegangan ahli agama setempat.
Jika ingin membawa perbezaan
pendapat sekalipun, sewajarya dilaksana secara berperingkat tanpa menyakitkan
sesiapa dengan kata-kata yang mudah disilaptafsirkan, khususnya bagi mereka
yang sudah benci.
Ali Abi Talib diriwayatkan
berkata :
أقضوا ما كنتم تقضون فإني أكره
الإختلاف حتى يكون للناس جماعة
"
Putuskanlah hukuman mengikut apa yang telah kamu biasa putuskan, sesungguhnya
kau tidak gemar kepada perbezaan agar orang ramai boleh tersu berada di dalam
satu jemaah (Tarikh Baghdad, 8/42)
Ahmad Bin Hanbal berkata :
لا بنبغي للفقيه أن يحمل الناس
على مذهبه ولا يشدد عليهم
Ertinya : Tidak sewajarnya seorang ahli Fiqh, mendorong orang
ramai kepada pegangannya dan berkeras atau memaksakannya (menerima
pandangannya) ke atas orang ramai
Benar, perbalahan sesama kita
hanya menyebabkan kita letih di pertengahan jalan, kerja gagal dijalankan, imej
Islam pula yang menjadi semakin buruk. Kerana itulah ulama haraki seperti Imam
Hasan Al-Banna menyarankan agar kita maju ke depan dengan tugas dan usaha
masing-masing, lalu satu kaedah yang amat baik dari Syeikh Rashid Redha
dicadangkan :
نتعاون فيما اتفقنا عليه ويعذر
بعضنا بعضا فيما نختلف فيه
Ertinya : "Kita bekerjasama dalam perkara yang telah kita
sepakati, dan saling menguzurkan diri dari perkara yang diperbezakan"
Akhir sekali, HENTIKANLAH
berbalah, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah dan tangkap menangkap disebabkan
oleh perbezaan pendapat dalam hal agama oleh mereka yang berkelayakan. Ia
mencemar imej Islam dan menjatuhkan keyakinan mad'u kita yang sebenar kepada
Islam.
Firman Allah :-
وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ
وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ
مَعَ الصَّابِرِينَ
Ertinya : Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah
kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang
kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
( Al-Anfaal : 46 )
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
2 Nov 2009
No comments:
Post a Comment