4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK KE NERAKA OLEH WANITA
Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka adalah:
Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka adalah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar
ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar sholat,mengaji dan sebagainya Dia
membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan
hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.(p/s;
Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu
sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat. menutup aurat?.. pengetahuan
agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan
bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak
mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan
diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.
Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana sholatnya tidak
pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke
dalam neraka.(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan
isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau
menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang kau akan
sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,
tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya
dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga
amalmu, dan jangan ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat… dan tidak
menutup aurat.)
4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak
menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. bila ibu
membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata-ngatai dan sebagainya…maka
anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak…. dan nantikan
tarikan ibunya ke neraka.(p/s; Duhai anak2 lelaki…. sayangilah
ibumu….nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. karena ibu juga insan
biasa… sekali lepas dari melakukan dosa… selamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu
api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
biaqpila hensem >>>Pada hari Jumaat, Mei 02, 2014
Kongsi
No comments:
Post a Comment