Perkara 5. Kebebasan diri
(1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan
kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.
(2) Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau
mana-mana hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang sedang ditahan
dengan menyalahi undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan
itu dan, melainkan jika mahkamah itu berpuas hati bahawa tahanan itu adalah
sah, hendaklah memerintahkan supaya orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu
dan melepaskannya.
(3) Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu
dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah
dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang
pilihannya.
(4) Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang
itu hendaklah tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun
dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang
perlu) dibawa ke hadapan majistret dan orang itu tidak boleh ditahan dalam
jagaan selanjutnya tanpa kebenaran majistret itu:
Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi
penangkapan atau penahanan mana-mana orang di bawah undang-undang yang sedia
ada yang berhubungan dengan kediaman terhad, dan kesemua peruntukan Fasal ini
hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian perlu Perkara ini mulai dari
hari Merdeka:
Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam pemakaiannya bagi
seseorang, selain seorang warganegara, yang ditangkap atau ditahan di bawah
undang-undang yang berhubungan dengan imigresen, Fasal ini hendaklah dibaca
seolah-olah perkataan "tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau
bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa
perjalanan yang perlu)" telah digantikan dengan perkataan "dalam
tempoh empat belas hari":
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan
bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh mahkamah Syariah, sebutan
dalam Fasal ini mengenai majistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk
sebutan mengenai hakim mahkamah Syariah.
Perkara 6. Keabdian dan kerja paksa dilarang.
(1) Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.
(2) Segala bentuk kerja paksa adalah dilarang, tetapi
Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan mengenai perkhidmatan
wajib bagi maksud-maksud negara.
(3) Kerja atau khidmat yang dikehendaki daripada mana-mana
orang sebagai akibat daripada sesuatu sabitan atau dapatan bahawa dia bersalah
di mahkamah tidaklah dikira sebagai kerja paksa mengikut pengertian Perkara
ini, dengan syarat kerja atau khidmat itu dijalankan di bawah pengawasan dan
kawalan suatu pihak berkuasa awam.
(4) Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis kesemua
atau mana-mana bahagian daripada fungsi mana-mana pihak berkuasa awam
dikehendaki dijalankan oleh suatu pihak berkuasa awam yang lain, bagi maksud
membolehkan fungsi-fungsi itu dilaksanakan, maka pekerja-pekerja pihak berkuasa
awam yang mula-mula disebut adalah terikat untuk berkhidmat dengan pihak
berkuasa awam yang kedua disebut, dan perkhidmatan mereka dengan pihak berkuasa
awam yang kedua disebut itu tidaklah dikira sebagai kerja paksa mengikut
pengertian Perkara ini, dan tiada seorang pun pekerja itu berhak menuntut
apa-apa hak sama ada daripada pihak berkuasa awam yang mula-mula disebut atau
kedua disebut itu oleh sebab pertukaran pekerjaannya.
Perkara 7. Perlindungan daripada undang-undang
jenayah kuat kuasa ke belakang dan perbicaraan berulang.
(1) Tiada seorang pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan
atau peninggalan yang tidak boleh dihukum menurut undang-undang pada masa
perbuatan atau peninggalan itu dilakukan atau dibuat, dan tiada seorang pun
boleh menanggung hukuman yang lebih berat kerana sesuatu kesalahan daripada
yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan.
(2) Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu
kesalahan atau disabitkan atas sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula
kerana kesalahan yang sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah
dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh suatu mahkamah yang lebih
atas daripada mahkamah yang telah membebaskan atau mensabitkannya itu.
Perkara 8. Kesamarataan.
(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan
berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh
Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata
atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana
undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di
bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana
undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan
harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan,
perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.
(3) Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada
mana-mana orang atas alasan bahawa dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana
Negeri.
(4) Tiada pihak berkuasa awam boleh mendiskriminasikan mana-mana
orang atas alasan bahawa dia bermastautin atau menjalankan perniagaan di
mana-mana bahagian Persekutuan di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu.
(5) Perkara ini tidak menidaksahkan atau melarang—
(a) apa-apa peruntukan yang mengawal selia undang-undang
diri;
(b) apa-apa peruntukan atau amalan yang mengehadkan jawatan
atau pekerjaan yang berkaitan dengan hal ehwal mana-mana agama, atau sesuatu
institusi yang diuruskan oleh sekumpulan orang yang menganuti mana-mana agama,
kepada orang yang menganuti agama itu;
(c) apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau
pemajuan orang asli Semenanjung Tanah Melayu (termasuk perizaban tanah) atau
perizaban bagi orang asli suatu perkadaran yang munasabah daripada
jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam;
(d) apa-apa peruntukan yang menetapkan kemastautinan di
sesuatu Negeri atau di sebahagian sesuatu Negeri sebagai suatu kelayakan bagi
pemilihan atau pelantikan kepada mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang
kuasa hanya di Negeri atau di bahagian itu sahaja, atau bagi pengundian dalam
pemilihan itu;
(e) apa-apa peruntukan Perlembagaan sesuatu Negeri, yang
adalah atau yang bersamaan dengan suatu peruntukan yang berkuat kuasa sebaik
sebelum Hari Merdeka;
(f) apa-apa peruntukan yang mengehadkan pengambilan masuk
tentera ke dalam Rejimen Askar Melayu kepada orang Melayu.
Perkara 9. Larangan buang negeri dan kebebasan
bergerak.
(1) Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari
atau ditahan masuk ke Persekutuan.
(2) Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana
undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana
bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam, atau penghukuman pesalah,
tiap-tiap warganegara berhak bergerak dengan bebas di seluruh Persekutuan dan bermastautin
di mana-mana bahagiannya.
(3) Selagi mana-mana Negeri lain berada dalam kedudukan
istimewa di bawah Perlembagan ini berbanding dengan Negeri-Negeri Tanah Melayu,
Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri
itu dengan Negeri-Negeri yang lain, ke atas hak-hak yang diberikan oleh Fasal
(2) berkenaan dengan pergerakan dan kemastautinan.
Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan
berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap
dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan
tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh
melalui undang-undang mengenakan—
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1),
apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan
keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan
negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan
yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan
Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah,
atau pengapian apa-apa kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1),
apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan
keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1),
apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan
keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau
prinsip moral.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan
yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana
undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan
keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di
bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang
dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan
atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III,
Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya
sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.
Perkara 11. Kebebasan beragama.
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya
dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai
yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu
agama selain agamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi
maksud agama atau khairat; dan
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan
mentadbirkannya mengikut undang-undang.
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh
mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di
kalangan orang yang menganuti agama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang
berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan
ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.
Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.
(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada
diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras,
keturunan atau tempat lahir—
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang
disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan
murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau
(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu
pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau
pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh
suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar
Persekutuan).
(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan
menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama
kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan
agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi
itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi
Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu
dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan
atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa
perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.
(3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran
sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara
sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.
(4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur
lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.
Perkara 13. Hak terhadap harta.
(1) Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali
mengikut undang-undang.
(2) Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau
penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai
MAKLUMAT DALAM TALIAN.COM
MAKLUMAT DALAM TALIAN.COM
A. TAJUK KURSUS
YANG DI TAWARKAN
1. PENGENALAN KEPADA KTN
2. SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
3. KUASA MENANGKAP DAN MENAHAN MENGIKUT KTN DAN CPC
4. PROSEDUR TANGKAPAN DAN PENAHANAN
5. LAPORAN POLIS DAN FIR
6. PENGURUSAN BARANG KES
7. INTIPATI KESALAHAN MENGIKUT SEKSEN 425
8. INTIPATI KESAHAN MENGIKUT SEKSEN 426
9. PERAMPASAN DAN LUCUT HAK BARANG KES
10. KUASA MENYIASAT DAN KTN DAN CPC
11. KAEDAH MERAKAM PERCAKAPAN
12. MENGURUSKAN OKT DARI AWAL HINGGA AKHIR
13. PENYEDIAN KERTAS SIASATAN
14. PENYEDIAAN FAKTA KES DAN PERTUDUHAN
15.RUJUKAN KES KEPADA TPR
16. PENDAFTARAN KES DAN BORANG-BORANG MAHKAMAH
17. AKTA KETERANGAN
18. TUGAS DAN PERANAN PEGAWAI PENDAKWA
19. TEKNIK BERHUJAH
20. PENGHUKUMAN.
21. OPERASI MEMUSNAH DAN PELAN KONTIGENSI.
22. PENCEROBOHAN TANAH MILIK DAN MENYELESAIANNYA
23. BONOS - PECEROBOHAN TANAH MILIK DAN PENYELESAIAN
PELAN A, PELAN B, PELAN C, PELAN D, PELAN
E, PELAN F.
AFFIDAVIT DAN KES –KES DULUAN MAHKAMAH
A.
SASARAN PESERTA
1.
PENOLONG PEGAWAI TANAH
2.
PENOLONG PENTADBIR
TANAH
3.
KETUA PENOLONG
PENTADBIR TANAH
4.
PENTADBIR TANAH
5.
PEGAWAI PENYIASAT SPRM
6.
PEGAWAI PENYIASAT PDRM
7.
PELAJAR UNIVERSITI
YANG BERKAITAN
8.
PERUNDING HARTA TANAH
9.
LAIN-LAIN PEGAWAI YANG
DILANTIK DI BAWAH S. 12 KTN
10. LAIN-LAIN YANG BERMINAT DAN PEMILIH TANAH YANG BERMASALAH.
B. JANGKA MASA – HUJUNG MINGGU SABTU DAN
AHAD/RUNDINGAN
C. TEMPAT – TAIPING ATAU DITENTUKAN PEMOHON
D. BAYARAN 1 HARI RM 1000.00.
No comments:
Post a Comment