Friday, 11 October 2013

INTIPATI KTN UNTUK PETUGAS PENGUATKUASA

BAHAGIAN SATU
PERMULAAN
Akta ini bolehlah dinamakan Kanun Tanah Negara.
Akta ini hendaklah dipakai hanya dalam Negeri-negeri Tanah Melayu.
  1. Tafsiran.
"berimilik" ertinya melupuskan tanah Kerajaan untuk selama­lamanya atau untuk satu tempoh beberapa tahun, sebagai balasan kepada pembayaran sewa, dan sebaliknya selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 76atau, apabila digunakan berhubung dengan tempoh sebelum bermulanya Akta ini, melupuskan tanah Kerajaan untuk selama-lamanya atau untuk satu tempoh beberapa tahun di bawah undang-undang tanah terdahulu (yang bukan merupakan undang-undang yang berhubungan dengan perlombongan);
"tanah berimilik" ertinya mana-mana tanah (termasuk mana-mana petak darisebuah bangunan pecah-bahagian) berkenaan dengan mana satu hakmilik berdaftar buat masa itu sedia ada, sama ada muktamad atau bersyarat, sama ada untuk selama-lamanya atau untuk satu tempoh beberapa tahun, dan sama ada diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah Akta ini atau dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh mana-mana undang-undang tanah terdahulu, tetapi tidak termasuk tanah lombong;
"tahun kalendar" ertinya tahun yang bermula pada hari pertama bulan Januari;
"Pengarah Ukur dan Pemetaan" ertinya Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri yang dilantik di bawah seksyen 12, dan ter­masuklah Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan yang dilantik di bawahnya;
"Pentadbir Tanah" ertinya Pentadbir Tanah yang dilantik di bawah seksyen 12dan termasuklah Penolong Pentadbir Tanah yang dilantik dibawahnya; dan, berkaitan dengan mana-mana tanah, rujukan kepada Pentadbir Tanah hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada Pentadbir Tanah, atau mana-mana Penolong Pentadbir Tanah, yang mempunyai bidang kuasa dalam daerah atau daerah kecil di mana tanah itu terletak;
"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah Tanah dan Galian yang dirujukkan dalam seksyen 6 dan termasuklah Timbalan Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan seorang Penolong Ketua Pengarah Tanah dan Galian;
"Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan" ertinya pegawai yang buat masa itu menjalankan tugas-tugas ketua Jabatan Ukur dan Pemetaan;
"keluaran hutan" mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh mana-mana undang-undang buat masa itu berkuatkuasa dalam Negeri itu berhubungan dengan hutan;
"tanah lombong" ertinya mana-mana tanah berkenaan dengan mana suatu pajakan lombong atau sijil lombong yang diberi atau dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhu­bungan dengan perlombongan ada buat masa itu berkuatkuasa;
"tanah rizab" ertinya tanah yang buat masa itu dirizabkan untuk tujuan awam selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 62atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu;
"sungai" ertinya mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau lain­lain aliran air semulajadi, dan apa-apa cawangan sungai, alur-delta atau lencongan buatan darinya;
"bahan batuan" ertinya apa-apa batuan, batu, granit, batu kapur, mamar, kelikir, pasir, bumi, laterit, tanah gembur, tanah Hat, tanah, lumpur, tanah rumput, gambur, karang, cengkerang atau tahi kelawar di dalam atau di atas mana-mana tanah, dan termasuk juga apa-apa bata, kapur, simen, atau lain-lain komoditi yang dikilang darinya;
"Pegawai Penempatan" ertinya Pegawai Penempatan yang dilantik di bawah seksyen 12;
"Pihak Berkuasa Negeri" ertinya Raja atau Gabenor Negeri itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
"Pengarah Negeri" ertinya Pengarah Tanah dan Galian bagi Negeri itu yang dilantik di bawah seksyen 12, dan termasuklah seorang Timbalan Pengarah Tanah dan Galian yang dilantik di bawahnya;
"tanah Kerajaan"ertinya semua tanah di dalam Negeri itu (termasuk sebanyak mana dasar mana-mana sungai, dan tepi pantai serta dasar laut, seperti yang adalah dalam lingkungan wilayah Negeri itu atau batas perairan wilayah) selain dari­
(a)          tanah berimilik;
(b)          tanah rizab;
(c)          tanah lombong;
(d)          mana-mana tanah yang, di bawah peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan hutan (sama ada diluluskan sebelum atau selepas permulaan Akta ini), buat masa itu adalah hutan simpanan;
 "Jabatan Ukur dan Pemetaan" ertinya Jabatan Ukur dan Pemetaan Kerajaan Persekutuan yang beroperasi di Negeri-negeri Malaya; "Pegawai Ukur" ertinya Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan atau mana-mana Pegawai Ukur yang dilantik di bawah seksyen 12; "tanda rujukan ukur" ertinya apa-apa lampu isyarat, tanda melin­tang standard, kotak jalan, tapak ukuran jarak elektronik, pilar sempadan negeri, pilar sempadan antarabangsa, tanda ukur, ste; geodatik atau lain-lain tanda yang digunakan berkaitan dengan ul untuk sempadan;
"lesen pendudukan sementara" ertinya suatu lesen yang keluarkan di bawah Bab 2 Bahagian Empat;
"perairan wilayah" mempunyai erti yang diberikan kepada dalam subseksyen (2) seksyen 4 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) No. 7/1969;

Bab 2 -Kuasa-kuasa Negeri dan Pegawai Negeri
11  Kawasan pentadbiran.
Pihak Berkuasa Negeri bolehlah melalui pemberitahuan dalam Warta -
(a)          membahagikan kawasan Negeri kepada daerah-daerah;
(b)          membahagikan mana-mana daerah kepada daerah-daerah kecil;
(c)          membahagikan mana-mana daerah atau daerah kecil kepada mukim-mukim;
(ca)     mengubah atau meminda sempadan mana-mana daerah, daerah kecil, mukim, bandar atau pekan;
(d)          selepas pengukuran atau penentuannya oleh atau bagi pihak Pengarah Ukur dan Pemetaan, menetapkan mana-mana kawasan Negeri sebagai bandar atau pekan.
  1. Pengarah Negeri dan lain-lain Pegawai Negeri.
(1)          Pihak Berkuasa Negeri bolehlah melantik untuk Negeri itu –
(a)          seorang Pengarah Tanah dan Galian bagi Negeri, seorang Pendaftar Hakmilik dan seorang Pengarah Ukur dan Peme­taan;
(b)          seberapa Timbalan Pengarah Tanah dan Galian, Penolong Pengarah Tanah dan Galian, Timbalan Pendaftar Hakmilik, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan, Pentadbir Daerah Tanah, Penolong Pentadbir Daerah Hasil Tanah, Pegawai­-pegawai Ukur, Pegawai-pegawai Penempatan dan lain-lain pegawai yang Pihak Berkuasa Negeri memikirkan perlu bagi maksud-maksud Akta ini.
(a)  Pihak Berkuasa Negeri bolehlah menentukan daerah-daerah, daerah-daerah kecil dan lain-lain kawasan di mana mana-mana pegawai yang disebutkan dalam perenggan (b) subseksyen (1) boleh menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan yang diberi atau dikenakan ke atas mereka oleh atau di bawah Akta ini.
(2)          Pengarah Negeri hendaklah­ --
(a)          bertanggungjawab kepada Pihak Berkuasa Negeri ter­hadap pentadbiran yang sempurna mengenai peruntukan-peruntukan Akta ini di dalam Negeri itu;
(b)          bertindak selaras dengan apa-apa arahan yang diberi kepadanya oleh Pihak Berkuasa Negeri;
(c)          mempunyai segala kuasa yang diberi kepada Pendaftar dan Pentadbir Tanah oleh atau di bawah Akta ini;
(d)          tertakluk kepada arahan Pihak Berkuasa Negeri, menjalan­kan kawalan umum dan pengawasan ke atas Pendaftar, dan ke atas semua pegawai (selain daripada Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan dan lain-lain Pegawai Ukur) yang disebutkan dalam perenggan (b) subseksyen (1).
(a)  Pengarah Negeri, Pendaftar dan tiap-tiap Pentadbir Tanah hendaklah masing-masing mempunyai satu meterai jawatan, dan tiap-tiap instrumen yang berupa mempunyai apa-apa meterai demikian, dan telah ditandatangani oleh atau bagi pihak pegawai yang dipersoalkan hendaklah, melainkan dibuktikan sebaliknya, ­dinyatakan sebagai telah dimeterai dan ditandatangani olehnya atau  arahannya.
(b)  Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan subseksyen (2), dalam tiap-tiap daerah di mana terdapat seorang atau lebih Peno­long Pentadbir Tanah di samping seorang Pentadbir Tanah, tiap-tiap Penolong Pentadbir Tanah hendaklah menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan yang diberi atau dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah Akta ini selaras dengan arahan Pentadbir Tanah itu.
  1. Perwakilan kuasa Pihak Berkuasa Negeri kepada Pengarah Negeri, dll.
(1)           Pihak Berkuasa Negeri bolehlah melalui pemberitahuan dalam Warta mewakilkan kepada Pengarah Negeri, atau Pendaftar, atau mana-mana Pentadbir Tanah atau lain-lain pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1)seksyen 12, supaya menjalankan atau melaksanakan (tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu) apa-apa kuasa atau kewajipan yang diberi atau dikenakan kepada Pihak Berkuasa Negeri oleh atau di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa­
(i)            seksyen ini tidaklah terpakai kepada apa-apa kuasa Pihak Berkuasa Negeri di bawah Akta ini untuk membuat kaedah-­kaedah;
(ii)          seksyen ini tidaklah terpakai kepada mana-mana kuasa Pihak Berkuasa Negeri di bawah Akta ini untuk melupus­kan mana-mana tanah­
a.            dalam lingkungan lima puluh meter tebing mana-mana sungai sebagaimana yang akan diisytiharkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta;
b.            dalam lingkungan lima puluh meter pinggir mana-mana tasik atau mata air sebagaimana yang akan diisytihar­kan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta, dengan pinggir mana-mana tasik atau mata air tersebut disempadankan dalamnya; dan
c.            dalam lingkungan lima puluh meter mana-mana garisan pantai.
(iii)         pemberian suatu pemberitahuan di bawah seksyen ini mengenai apa-apa kuasa atau kewajipan tidaklah meng­halang Pihak Berkuasa Negeri dari menjalankan kuasa itu atau melaksanakan kewajipan itu dengan sendirinya dalam apa-apa kes di mana ia didapati oleh Pihak Berkuasa Negeri adalah suai-manfaat untuk berbuat demikian.
(2)           Bagi maksud perenggan (ii) proviso kepada subseksyen (1), "sungai" termasuk sebuah reservoir air berikutan dari mengempang sebuah sungai.

  1. Kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk membuat kaedah-kaedah.
(a)  Tertakluk kepada subseksyen (2), Pihak Berkuasa Negeri bolehlah membuat kaedah-kaedah amnya untuk menjalankan objek dan maksud Akta ini di dalam Negeri itu, dan khasnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan makna peruntukan terdahulu, bolehlah dengan kaedah sedemikian, membuat peruntukan mengenai­
(a)          cara sebagaimana permohonan untuk tanah Kerajaan hendak dibuat;
(aa)     pengecualian mana-mana pelupusan tanah, atau apa-apa   urusniaga atau lain-lain tindakan mengenai tanah berimilik atau apa-apa kepentingan ke atas tanah daripada kehendak dalam subseksyen (1)seksyen 433Batau subseksyen (1)seksyen 433E, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(ab)     pengecualian mana-mana bukan warganegara atau syarikat asing atau kumpulan bukan warganegara atau syarikat asing daripada Bahagian Tiga Puluh Tiga (A) dan keadaan di mana pengecualian boleh diberi;
(b)          pengeluaran, di bawah Bab (2) dan (3) masing-masing dari Bahagian Empat, lesen pendudukan dan permit. sementara untuk mengeluarkan dan mengambil bahan, dan pengeluaran permit bagi maksud seksyen 427 untuk kawasan peragutan binatang;
(c)          pengawalan dan pengurusan tanah rizab, dan pemajakannya di bawah seksyen 63;
(d)          penjualan secara lelong tanah yang dikehendaki oleh atau di bawah Akta ini untuk dijual sedemikian;
(e)          kadar (yang merupakan kadar sehektar atau lain-lain unit kawasan yang lebih kecil yang mana sewa dan premium(jika ada) hendak dikenakan berkenaan dengan pemberimilikan di bawah Akta ini mengenai tanah dari mana-mana kelas atau jenis adalah, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, dihitung;          
(f)           pembayaran yang hendak dibuat di bawah, dan lain-lain bayaran sampingan mengenai lesen dan permit yang di keluarkan di bawah Akta ini;
(g)          feeatau levi yang hendak dibayar berkaitan dengan apa-apa perkara yang berbangkit di bawah Akta ini;       
(ga)     pengurangan secara keseluruhan atau sebahagian ke atas apa-apa levi yang hendak dibayar di bawah perenggan (g) atau pengecualian mana-mana bukan warganegara atau syarikat asing daripada pembayaran levi tersebut atau sebahagian daripadanya;
(h)          skala kos yang hendak dibayar berhubung dengan siasatan di bawah Akta ini;
(i)            tempat di mana, dan pegawai kepada siapa, apa-apa item hasil tanah itu hendak dibayar;
(j)            pemungutan, pengurangan, perebatan, pembayaran secara ansuran atau penangguhan bayaran apa-apa itemhasil tanah;
(ja)       kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaunkan dan kaedah dan prosedur bagi mengkompaun kesalahan-kesalahan ter­sebut;
(k)          kuasa dan kewajipan mana-mana pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) seksyen 12; dan
(l)            setakat mana ia tidak termasuk di dalam mana-mana perenggan yang terdahulu, semua perkara prosedural dan perkara-perkara lain yang dikehendaki atau dibenarkan di­tetapkan oleh Akta ini, atau yang perlu atau mudah untuk ditetapkan bagi menjalankan atau memberi kesan kepada peruntukan-peruntukan Akta ini.
(lA)      Walau apa pun yang terkandung dalam perenggan (aa), (ab), (g) dan (ga) subseksyen (1), Pihak Berkuasa Negeri tidak boleh membuat apa-apa kaedah di bawah perenggan (aa), atau (ab), atau di bawah perenggan (g) mengenai apa-apa levi yang hendak dibayar di bawah Akta ini, atau di bawah perenggan (ga), kecuali selaras dengan arahan yang diberi oleh Majlis Tanah Negara.
(2)          Tiada apa jua dalam subseksyen (1) akan memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk membuat kaedah-kaedah mengenai amalan atau prosedur Jabatan Ukur dan Pemetaan, atau kuasa atau kewajipan Pegawai Ukur, atau mengenai apa-apa perkara berkenaan dengan pembayaran berkaitan dengan pengukuran yang dijalankan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan selain dari pemungutan bayaran-bayaran tersebut.

17.       Kuasa untuk menghendaki pembuangan, dll., pokok-pokok.
Pentadbir Tanah bolehlah menghendaki tuanpunya mana-mana tanah berimilik, atau pemegang pajakan buat masa itu mana-mana tanah rizab yang dipajakkan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen 63atau peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang tanah terdahulu, setelah membuat pembayaran apa-apa pampasan sebagaimana yang dipersetujui atau ditentukan selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 434, untuk memotong, menebang atau membuang apa-apa pokok di atas tanah itu:
Dengan syarat bahawa tiada pampasan hendaklah dibayar dalam kes apa-apa pokok yang berada dalam lingkungan dua puluh dua meter dari garisan tengah mana-mana jalan yang disenggarakan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam melainkan dibuktikan bahawa pokok itu telah wujud sebelum pembinaan jalan itu:
Dengan syarat selanjutnya bahawa sekiranya tuanpunya atau pemajak gagal memotong, menebang atau membuang mana-mana pokok seperti yang dikehendaki oleh Pentadbir Tanah, maka Pen­tadbir Tanah boleh menyebabkan supaya pokok itu akan dipotong, ditebang atau dibuang dan kos bagi melakukan kerja-kerja tersebut hendaklah didapatkan kembali daripada tuanpunya atau pemajak sebagai hutang yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri.
18.       Kuasa untuk menyatukan notis, perintah dan pemberitahuan.
Pengarah Negeri, Pendaftar atau mana-mana Pentadbir Tanah bolehlah, dengan apa cara yang difikirkannya wajar, menyatukan sebagai satu pemberitahuan dalam Warta, mana-mana dua atau lebih notis, perintah atau pemberitahuan yang dibuat dalam menjalankan apa-apa kuasa yang diberi kepadanya oleh atau di bawah Akta ini; dan tiap-tiap pemberitahuan yang disatukan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai merupakan penyiaran yang sempurna dan mencukupi dalam Warta mengenai tiap-tiap notis, perintah atau pemberitahuan tersebut.

Bab 3 -Peruntukan peruntukan Am Yang Berhubung Dengan Pegawai-pegawai, dll.

  1. Perlindungan pegawai-pegawai.
Tiada seorang pegawai jua yang dilantik di bawah Bahagian ini boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah sivil kerana apa-apa perbuatan atau perkara yang dilakukan, atau yang diarahkan untuk dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan, olehnya dengan suci hati dan dengan niat hendak menjalankan apa-apa kuasa, atau melaksanakan apa-apa kewajipan yang diberi atau dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah Akta ini.

Bab 4 -Peruntukan peruntukan Yang Berhubungan Dengan Siasatan

  1. Tafsiran.
Dalam Bab ini­ --
"Pentadbir Tanah" termasuklah Pengarah Negeri, Pendaftar, dan mana-mana orang lain yang dikehendaki atau diberi kuasa untuk menjalankan sesuatu siasatan;
"siasatan" ertinya suatu siasatan yang dijalankan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini.
Tiap-tiap siasatan hendaklah dijalankan sehampir mungkin selaras dengan peruntukan-peruntukan Bab ini.
25.         Masa dan tempat siasatan.
Tiap-tiap siasatan hendaklah diadakan di suatu tempat dan masa sepertimana Pentadbir Tanah mengarahkan.
26.         Siasatan haruslah terbuka kepada orang awam.
Tiap-tiap siasatan hendaklah terbuka kepada orang awam melain­kan Pentadbir Tanah, kerana sebab-sebab khas yang mesti direkodkan olehnya, mengarahkan sebaliknya.
Sebelum menjalankan apa-apa siasatan, Pentadbir Tanah hendaklah
a.            ­menyiarkan, dengan apa jua cara yang difikirkannya wajar dalam keadaan-keadaan kes, satu notis mengenainya dalam Borang 2A; dan
b.            menyampaikan kepada tiap-tiap orang atau badan, yang pada pengetahuannya mempunyai kepentingan dalam hal perkara mengenainya, satu salinan notis itu, dengan mana hendaklah dilampirkan notis tambahan yang ditunjuk dalam sambungan kepada Borang itu.
28.         Pembatalan dan penangguhan siasatan, dan pertukaran tempat.
              i.                Pentadbir Tanah bolehlah pada bila-bila masa membatalkan atau menangguhkan penjalanan apa-apa siasatan yang dicadangkan, atau menukar tempatnya.
            ii.                Mana-mana orang atau badan yang menuntut bahawa ia mempunyai kepentingan dalam hal perkara apa-apa siasatan yang dicadangkan bolehlah, melalui surat berdaftar yang dialamatkan kepada Pentadbir Tanah, memohon untuk penangguhan atau pertukaran tempat di bawah seksyen ini.           
           iii.                Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (2) hendaklah menyatakan sebab-sebab mengapa penangguhan atau pertukaran tempat itu diminta, dan hendaklah menunjukkan juga apa-apa bentuk keterangan yang dicadangkan untuk diberi atau dikemukakan oleh atau bagi pihak pemohon.
           iv.                Notis apa-apa pembatalan, penangguhan atau pertukaran tempat di bawah seksyen ini hendaklah diberi oleh Pentadbir Tanah kepada tiap-tiap orang atau badan yang telah diberi notis siasatan menurut seksyen 27, dan dengan apa-apa cara lain yang difikirkan­nya wajar dalam keadaan-keadaan kes itu.
              i.                Pada hari dan pada masa dan tempat yang ditetapkan untuk pendengaran mana-mana siasatan Pentadbir Tanah hendaklah terus menjalankan siasatan itu, dan hendaklah memberi apa-apa keputusan atau membuat apa-apa perintah mengenainya sebagaimana yang difikirkannya adil:
Dengan syarat bahawa Pentadbir Tanah bolehlah jika difikirkan­nya perlu atau suai-manfaat untuk berbuat demikian dari semasa ke semasa menangguhkan pembicaraan mana-mana siasatan.
            ii.                Pentadbir Tanah hendaklah memberi kepada mana-mana orang atau badan yang menuntut bahawa ia mempunyai kepentingan dalam hal perkara mana-mana siasatan suatu peluang untuk di­dengarkan, sama ada dengan sendirinya atau oleh seorang peguambela dan peguamcaranya, dan peluang untuk mengemukakan apa-apa keterangan, sama ada lisan atau dokumentari, sebagaimana Pentadbir Tanah berpendapat yang ia adalah relevan.
Mana-mana orang yang dengan sengaja memberi keterangan palsu dalam mana-mana siasatan adalah melakukan suatu kesalahan, dan apabila disabitkan, boleh dikenakan penalti yang dinyatakan dalam seksyen 422.
31.         Pati keterangan dan sebab-sebab mengapa keputusan perlu direkodkan.
Dalam menjalankan apa-apa siasatan maka tidaklah menjadi perlu bagi Pentadbir Tanah­
a.            untuk merekodkan keterangan mana-mana saksi sepatah demi sepatah, melainkan jika difikirkannya diingini untuk berbuat demikian, atau diminta oleh saksi itu atau oleh mana-mana orang lain yang hadir semasa siasatan itu dijalankan:
Dengan syarat bahawa Pentadbir Tanah hendaklah merekodkan pati apa-apa keterangan yang tidak dituliskan sepatah demi sepatah;
b.            untuk menulis apa-apa keputusan yang diberi atau perintah yang dibuat, kecuali dalam bentuk yang pendek dan padat, dengan menunjukkan sebab-sebab mengapa ia dibuat demikian.
32.         Pemeriksaan rekod keterangan, dll.
Rekod semua keterangan, sama ada lisan atau dokumentari, yang diambil oleh Pentadbir Tanah dalam mana-mana siasatan bersama dengan keputusan atau perintah mengenainya.
a.            hendaklah disediakan dalam suatu fail atau buku yang berasingan;
b.            hendaklah direkodkan dalam bahasa kebangsaan;
c.             hendaklah pada setiap masa yang munasabah, setelah suatu permohonan bertulis mengenainya dibuat, dibuka untuk pemeriksaan kepada mana-mana orang atau badan yang mempunyai kepentingan dalam siasatan itu, atau kepada ejennya yang diberi kuasa secara bertulis dengan sempurna­nya, atau peguambela atau peguamcaranya, maka sesiapa jua dari mereka bolehlah, apabila membayar fee sepertimana yang ditetapkan, memperolehi salinan-salinan atau cabutan-­cabutan darinya.
33.         Tiada perubahan, dll., bagi keputusan atau perintah.
Kecuali dalam keadaan-keadaan khas yang dinyatakan dalam seksyen 34, satu keputusan atau perintah Pentadbir Tanah dalam mana-­mana siasatan tidaklah boleh diubah atau ditambah kecuali bagi maksud membetulkan kesilapan lisan atau meremedikan sebarang kekurangan tak sengaja atau ketinggalan yang tidak menyentuh satu bahagian matan siasatan itu.
              i.                Dalam mana-mana keadaan yang dinyatakan dalam subseksyen (2) seorang Pentadbir Tanah bolehlah membuka semula mana-mana siasatan yang dijalankan di bawah Akta ini olehnya sendiri atau oleh mana-mana pendulu dalam jawatannya dan, jika didapati olehnya sebagai adil untuk berbuat demikian, bolehlah mengubah atau mengenepikan apa-apa keputusan atau perintah yang diberi atau dibuat dahulu:
Dengan syarat bahawa tiada siasatan boleh dibuka semula di bawah seksyen ini­
1.            pada bila-bila masa selepas satu rayuan telah diserah-simpan sebagaimana yang disebutkan dalam seksyen 37, melainkan rayuan itu ditarik balik kemudiannya, atau
2.            lebih dari tiga tahun selepas tarikh bilamana apa-apa keputusan atau perintah itu mula-mulanya diberi atau dibuat.
            ii.                Keadaan-keadaan tersebut adalah seperti berikut­
(a)          jika keterangan terbaru dalam bentuk matan adalah tersedia, yang bukan merupakan keterangan yang, dengan mengguna­kan ketekunan yang munasabah, telah pun dikemukakan dalam mana-mana pendengaran yang lebih awal;
(b)          jika mana-mana pendengaran yang lebih awal telah di­jalankan dalam ketiadaan mana-mana pihak yang perlu atau patut di mana ketiadaannya tidak disebabkan oleh apa-apa keingkaran atau kecuaian di pihaknya.
           iii.                Seorang Pentadbir Tanah hendaklah merekodkan secara ring­kas sebab-sebab mengapa dia membuka semula mana-mana siasatan di bawah seksyen ini.
35.         Kematian, dll., Pentadbir Tanah.
Jika, dalam perjalanan mana-mana penyiasatan, atau pada bila-bila masa sebelum apa-apa keputusan atau perintah dibuat di dalamnya, Pentadbir Tanah yang menjalan penyiasatan mati, atau tidak ber­upaya oleh sebab penyakit, pertukaran atau apa-apa sebab lain untuk menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Bab ini, mana-mana Pentadbir Tanah yang lain boleh meneruskan penyiasatan atau didengar semula seluruh atau sebahagian keterangan yang telah diambil atau men­jalankan apa-apa fungsi lain di bawah Bab ini berhubung dengan penyiasatan.
36.         Permohonan-permohonan terdahulu.
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 34, tiada seorang Pentadbir Tanah pun boleh menjalankan apa-apa siasatan dalam mana perkara yang timbul secara langsung dan substantial telah ditimbal secara langsung dan substansial dalam satu siasatan terdahulu yang berhubungan dengan pihak-pihak yang sama atau pendulu-pendulunya dalam hakmilik, dan yang telah didengar dan akhirnya diputuskan sama ada olehnya sendiri atau oleh mana-mana Pentadbir Tanah lain.
Daripada apa-apa keputusan atau perintah yang dibuat dalam mana-mana siasatan, suatu rayuan hendaklah terletak kepada Mahkamah selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 418.
Pentadbir Tanah bolehlah membuat apa-apa perintah mengenai kesemua atau mana-mana bahagian kos mana-mana siasatan yang difikirkannya adil, dan mana-mana perintah sedemikian hendaklah kuatkuasakan seolah-olah ia adalah satu perintah untuk pem­~yaran kos dalam prosiding sivil yang dibuat oleh satu mahkamah majistret di bawah peruntukan mana-mana undang-undang buat masa itu berkuatkuasa berhubungan dengan mahkamah-mahkamah.
Dalam seksyen 193 dan 228 Kanun Keseksaan, perkataan-perkataan "prosiding kehakiman" hendaklah disifatkan sebagai termasuk suatu siasatan.

HAK DAN KUASA PIHAK BERKUASA NEGERI
Bab 1- Harta dalam Bentuk Tanah dan Kuasa Pelupusan

40.         Harta dalam bentuk tanah Kerajaan, galian dan bahan batuan.
Maka adalah dan hendaklah terletakhak hanya kepada Pihak Berkuasa Negeri semua harta dalam­
a.            semua tanah Kerajaan dalam wilayah-wilayah Negeri itu;
b.            semua galian dan bahan batuan yang terkandung dalam atau atas mana-mana tanah dalam Negeri yang hak kepada­nya belum lagi dilupuskan dengan khususnya oleh Pihak Berkuasa Negeri.
41.         Kuasa pelupusan Pihak Berkuasa Negeri, dan hak perkem­balian, dll.
Tanpa menjejaskan kuasa dan haknya di bawah mana-mana undang-­undang bertulis lain buat masa itu berkuatkuasa, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mempunyai­
a.            semua kuasa pelupusan yang diberikan oleh seksyen 42mengenai­
1.            harta yang terletakhak kepadanya di bawah seksyen 40,
2.            tanah rizab, dan
3.            tanah lombong,
kuasa yang mana hendaklah dijalankan dengan apa-apa cara dan setakat mana yang diberi kuasa oleh peruntukan-peruntukan Akta ini, dan tidak sebaliknya; dan
b.            semua hak perkembalian dan lain-lain hak yang serupa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 46.
              i.                Tertakluk kepada subseksyen (2), Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mempunyai kuasa di bawah Akta ini­
(a)          untuk memberimilik tanah Kerajaan selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 76;
(b)          untuk merizabkan tanah Kerajaan, dan memberi pajakan tanah rizab, selaras dengan peruntukan-peruntukan Bab 1 Bahagian Empat;
(c)          untuk membenarkan pendudukan tanah Kerajaan, tanah rizab dan tanah lombong di bawah lesen pendudukan sementara yang dikeluarkan selaras dengan peruntukan-peruntukan Bab 2 Bahagian Empat;
(d)          untuk membenarkan mengeluar dan mengambil dari mana-mana tanah, selain dari hutan simpanan, selaras dengan peruntukan-peruntukan Bab 3 Bahagian Empat;
(e)          untuk membenarkan penggunaan ruang udara atas tanah Kerajaan atau tanah rizab selaras dengan peruntukan-peruntukan Bab 4 Bahagian Empat dengan syarat bahawa ruang udara tersebut hendaklah dalam lingkungan rangkai apa-apa jenis yang dibina di atasnya.
            ii.                Tiada apa jua dalam Akta ini akan membolehkan Pihak Ber­kuasa Negeri­
(a)          melupuskan mana-mana tanah untuk maksud melombong (dalam pengertian Enakmen Perlombongan);
(b)          membenarkan mengeluar atau mengambil bahan batuan dari mana-mana tanah untuk maksud mendapatkan logam atau galian daripadanya;
(c)          melupuskan mana-mana tanah untuk maksud mengambil hasil hutan daripadanya; atau
(d)          memberimilik mana-mana tanah supaya mempunyai kesan bahawa mana-mana tanah yang kurang daripada dua perlima hektar tertakluk kepada kategori "pertanian" atau kepada mana-mana syarat yang memerlukan penggunaannya bagi apa-apa maksud pertanian yang dipegang oleh lebih dari seorang atau satu badan, dengan syarat bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh, dalam keadaan-keadaan luar biasa, memberimilik tanah tersebut kepada lebih dari seorang atau satu badan walaupun tanah itu kurang dari dua perlima hektar.

  1. Tiada pemilikan menentang terhadap Kerajaan.
Tiada hakmilik tanah Kerajaan boleh diperolehi secara pemilikan, pendudukan tak sah atau pendudukan di bawah mana-mana lesen untuk mana-mana tempoh sekalipun.
  1. Kesan maraan atau munduran laut, dll.
Jika pinggir laut atau dasar mana-mana sungai mara sehingga mengaut mana-mana tanah berimilik, kawasan yang terjejas oleh perkautan itu hendaklah selepas itu terhenti dari menjadi sebahagian daripada tanah itu, dan hendaklah menjadi tanah Kerajaan; tetapi sempadan tanah berimilik itu tidaklah (kecuali dalam keadaan-­keadaan yang disebutkan. dalam perenggan (ii) bagi proviso kepada subsubseksyen (2)seksyen 353) terjejas oleh mundurnya pinggir laut atau dasar mana-mana sungai.

PELUPUSAN DALAM CARA SELAIN DARIPADA PEMBERIMILIKAN
Bab 1- Perizapan Tanah

62. Kuasa perizapan tanah Kerajaan.
              i.                Pihak Berkuasa Negeri bolehlah dengan pemberitahuan dalam Warta merizabkan mana-mana tanah Kerajaan untuk apa-apa maksud awam.
            ii.                Apa-apa pemberitahuan yang diwartakan di bawah subseksyen (1) hendaklah­
(a)          memperihalkan tanah rizab itu;
(b)          memperihalkan maksud untuk apa tanah itu dirizabkan;
(c)          menamakan pegawai buat masa itu mempunyai kawalan ke atas tanah rizab itu;
(d)          merupakan keterangan konklusif bahawa tanah yang di­perihalkan itu adalah dirizabkan untuk satu maksud awam.
           iii.                Salinan-salinan apa-apa pemberitahuan sedemikian hendaklah disiarkan selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 433.
           iv.                Tanpa menjejaskan peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain buat masa itu berkuatkuasa, tanah rizab itu tidaklah boleh­
(a)          dilupuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri kecuali setakat mana yang dibenarkan oleh, dan selaras dengan peruntukan-peruntukan, seksyen 63dan Bab 2, 3 dan 4 Bahagian ini, atau
(b)          digunakan untuk apa-apa maksud selain daripada yang ia dirizabkan kecuali menurut pelupusan yang dibuat menurut kuasa mana-mana peruntukan itu.
63. Kuasa untuk memajakkan tanah rizab.
              i.                Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, atas permohonan yang dibuat oleh pegawai buat masa itu mempunyai kawalan ke atas mana-mana tanah rizab, atau oleh mana-mana orang atau badan lain yang terlebih dahulu mendapat kelulusan pegawai itu, dari semasa ke semasa memberi pajakan atas keseluruhan atau mana-mana bahagiannya untuk mana-mana tempoh yang tidak melebihi dua puluh satu tahun.
            ii.                Mana-mana pajakan yang diberi di bawah seksyen ini hendaklah dalam Borang 4E; dan apa-apa pajakan sedemikian akan mempunyai kesan tertakluk kepada apa-apa syarat nyata atau peruntukan-peruntukan lain sebagaimana yang terkandung di dalamya dan, setakat mana yang tidak bercanggah dengannya, kepada apa-apa syarat atau peruntukan-peruntukan lain yang mungkin ditetapkan.
64. Pembatalan perizapan.
              i.                Perizapan mana-mana tanah untuk maksud awam (sama ada dilaksanakan di bawah Akta ini atau peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa pada bila-bila masa sebelum permulaan-nya) bolehlah, tertakluk kepada subseksyen (2), dibatal­kan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada bila-bila masa, sama ada mengenai keseluruhan tanah itu atau mengenai mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian darinya.
            ii.                Jika sekiranya dicadangkan untuk membatalkan apa-apa ' perizapan menurut subseksyen (1), maka notis cadangan itu hendak­lah disiarkan dalam Warta bersama-sama dengan butir-butir lanjut mengenai masa dan tempat di mana satu siasatan akan diadakan mengenainya oleh Pengarah Negeri; dan Pihak Berkuasa Negeri-
(a)          hendaklah tidak membatalkan perizapan sehingga ia telah menimbangkan satu laporan oleh Pengarah Negeri yang membentangkan jenis apa-apa bantahan terhadap cadangan yang diterima olehnya semasa siasatan, dan cerapannya terhadap laporan itu dan terhadap cadangan itu secara amnya, tetapi
(b)          bolehlah kemudiannya membatalkan perizapan itu, sama ada selaras dengan cadangan seperti yang disiarkan, atau selaras dengan cadangan yang diubahsuaikan dalam apa-apa segi yang Pihak Berkuasa Negeri memikirkan perlu atau diingini.
           iii.                Salinan-salinan apa-apa notis yang disiarkan di bawah sub­seksyen (2) hendaklah disiarkan selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 433.
           iv.                Apa-apa pajakan tanah rizab yang sedia ada pada masa perizapan itu dibatalkan di bawah seksyen ini hendaklah terus ber­kuatkuasa tanpa mengira pembatalan itu.

Bab 2 -Pendudukan Sementara Tanah

65. Kuasa melesenkan pendudukan sementara tanah Kerajaan, tanah lombong dan tanah rizab.
              i.                Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, selaras dengan peruntukan-peruntukan Bab ini dan mana-mana kaedah di bawah seksyen 14, membenarkan pendudukan sementara di bawah lesen­
(a)          tanah Kerajaan;
(b)          tanah lombong yang bukan pada masa itu digunakan untuk maksud-maksud perlombongan;
(c)          tanah rizab yang  bukan pada masa itu digunakan untuk maksud-maksud yang ia dirizabkan.
            ii.                Lesen-lesen pendudukan sementara bolehlah dikeluarkan untuk apa-apa maksud selain daripada apa yang dilarang oleh subseksyen (2)seksyen 42.
Bab 3 -Pemindahan Bahan Batuan

70. Kuasa untuk membenarkan pencabutan dan pemindahan bahan batuan.
Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, selaras dengan peruntukan-peruntukan Bab ini dan mana-mana kaedah di bawah seksyen 14, membenarkan pencabutan, pemindahan dan pengangkutan apa-apa bahan batuan (selain daripada untuk maksud mendapatkan logam atau galian darinya) dari-
a.            tanah Kerajaan;
b.            tanah berimilik;
c.             tanah lombong;
d.            tanah rizab.
Permit-permit untuk mencabut, memindah dan mengangkut bahan batuan bolehlah, tertakluk kepada apa-apa arahan yang bertentangan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan kepada peruntukan-peruntukan mana-mana kaedah di bawah seksyen 14, dikeluarkan bagi pihak Pihak Berkuasa Negeri­
a.            dalam kes tanah Kerajaan, oleh Pentadbir Tanah;
b.            dalam kes tanah berimilik, oleh Pentadbir Tanah kepada
1.            ­tuanpunya tanah itu, atau
2.            dengan keizinan tuanpunya, mana-mana orang atau badan lain;
c.             dalam kes tanah lombong, oleh Pentadbir Tanah yang bertindak dengan kelulusan Inspektor Kanan Galian atau mana-mana pegawai lain yang buat masa itu ditugaskan dengan pentadbiran di dalam Negeri itu mengenai mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perlombongan, kepada­
1.            orang atau badan yang buat masa itu berhak kepada faedah pajakan atau sijil perlombongan yang diper­soalkan, atau
2.            dengan keizinan orang atau badan itu, mana-mana orang atau badan lain;
d.            dalam kes tanah rizab­
1.            oleh Pentadbir Tanah yang bertindak dengan kelulusan pegawai yang buat masa itu mempunyai kawalan ke atasnya; atau
2.            oleh pegawai itu, bila dan setakat mana yang dia diberi kuasa bagi tujuan itu oleh Pihak Berkuasa Negeri.
72. Jangka masa, syarat-syarat, dll., dan bentuk permit-permit.
              i.                Kecuali setakat mana yang ditetapkan sebaliknya, tiap-tiap permit untuk mencabut, memindah dan mengangkut bahan batuan hendaklah dikeluarkan untuk satu tempoh yang tamat tidak lewat daripada penghujung tahun kalendar dalam mana ia bermula, dan hendaklah terhenti manakala tamatnya tempoh itu walaupun jumlah keseluruhan bahan batuan yang dinyatakan di dalamnya belum lagi habis dicabut, dipindah dan diangkut.
            ii.                Tiap-tiap permit untuk mencabut, memindah dan mengangkut bahan batuan hendaklah mempunyai kesan tertakluk kepada apa-apa peruntukan sebagaimana yang terkandung di dalamnya dan, setakat mana yang tidak bercanggah dengannya, kepada apa-apa peruntukan lain yang mungkin ditetapkan.
           iii.                Tiap-tiap permit untuk mencabut dan memindah bahan batuan hendaklah dalam Borang 4C.
73. Permit-permit tidak berupaya dipindahmilik atau dialihhak atas kematian.
Kecuali setakat mana yang ditetapkan sebaliknya, suatu permit untuk mencabut, memindah dan mengangkut bahan batuan tidak berupaya diserahhak; dan tiap-tiap permit sedemikian akan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 416, terhenti atas kematian orang itu, atau pembubaran badan itu, yang buat masa itu berhak mendapat faedah darinya.
74. Depositberkenaan dengan permit.
Pihak Berkuasa Negeri boleh jika difikirkannya sesuai mengarah­kan bahawa, kecuali dalam keadaan tertentu sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan, Pentadbir Tanah atau pegawai lain yang mengeluarkan mana-mana permit untuk mencabut, memindah dan mengangkut bahan batuan itu hendaklah menghendaki orang atau badan yang kepadanya permit itu dikeluarkan untuk mendeposit dengannya sejumlah wang yang difikirkannya munasabah sebagai sekuriti bagi­
a.            pelaksanaan dan pematuhan dengan sempurna peruntukan-peruntukan dengan mana permit itu tertakluk, dan
b.            pemulihan tanah dengan mana permit itu ada kaitan apabila terhentinya permit itu.
75.         Kesan permit-permit atas syarat-syarat yang menyentuh tanah.
Pembuatan apa-apa jua yang dibenarkan oleh mana-mana permit untuk mencabut, memindah dan mengangkut bahan batuan yang buat masa itu berkuatkuasa hendaklah tidak dianggap merupakan pelanggaran mana-mana syarat yang kepadanya tanah itu dengan mana permit itu berkait adalah buat masa itu tertakluk, sama ada menurut kuasa Akta ini, mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perlombongan, atau mana-mana undang-undang bertulis lain.


BAHAGIAN LIMA
PELUPUSAN SECARA PEMBERIMILIKAN
Bab 1-Pendahuluan

76. Pengertian pemberimilikan.
Pemberimilikan tanah Kerajaan di bawah Akta ini hendaklah terdiri daripada pelupusannya oleh Pihak Berkuasa Negeri­-
a.            untuk suatu tempoh yang melebihi dari sembilan puluh sembilan tahun;
(aa)     buat selama-lamanya­-
1.            jika sekiranya Kerajaan Persekutuan memerlukan Pihak Berkuasa Negeri menyebabkan geran buat selama-lamanya dibuat kepada Kerajaan Persekutuan atau kepada pihak berkuasa awam atau jika sekiranya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bersetuju untuk membuat suatu geran buat selama-lamanya kepada Kerajaan Persekutuan;
2.            jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa tanah itu akan digunakan untuk tujuan awam; atau
3.            jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa terdapat keadaan-keadaan khas yang memerlu­kan ia dibuat demikian;
b.            sebagai balasan pembayaran sewa tahunan;
c.             sebagai balasan pembayaran premium, melainkan Pihak Berkuasa Negeri fikirkan sesuai untuk melepaskan dari­padanya dalam mana-mana kes tertentu;
d.            tertakluk, melainkan Pihak Berkuasa Negeri mengarahkan sebaliknya menurut subseksyen (5)seksyen 52, kepada suatu kategori penggunaan tanah yang ditentukan selaras dengan subseksyen (2) dan (3) seksyen itu; dan
e.            tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan kepentingan sebagaimana yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah, atau yang boleh dipakai kepadanya menurut kuasa, mana-mana peruntukan Akta ini:
Dengan syarat bahawa tiada apa jua dalam perenggan (aa) akan membolehkan Pihak Berkuasa Negeri untuk melupuskan mana-mana bahagian tepi pantai atau dasar laut untuk suatu tempoh melebihi sembilan puluh sembilan tahun; dan perenggan (d) tidak akan dipakai mengenai pemberimilikan tanah di bawah Akta ini menurut kelulusan yang diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri sebelum permulaan Akta ini.

PELUCUTHAKAN
130.              Pelucuthakan hendaklah mula berkuatkuasa apabila pem­beritahuan dibuat dalam Warta.
(1)          Dengan seberapa segera yang boleh selepas dibuat suatu perintah di bawah seksyen 100atau 129mengenai mana-mana tanah (iaitu, suatu perintah yang mengisytiharkan tanah itu terlucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri kerana ketiadaan bayaran sewa atau pelanggaran mana-mana syarat), Pentadbir Tanah hendaklah menyiar­kan di dalam Warta satu pemberitahuan mengenai pelucuthakan dalam Borang 8A; dan setelah disiarkan sedemikian, pelucuthakan itu hendaklah mula berkuatkuasa sepertimana yang disebutkan dalam seksyen 131.
(2)          Salinan mana-mana pemberitahuan yang disiarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 433, dan Pentadbir Tanah hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas pemberitahuan itu disiarkan, men­daftar atau menyebabkan didaftarkan satu memorial mengenainya di atas dokumen hakmilik daftaran tanah yang dipersoalkan.
Apabila mula berkuatkuasa berhubung dengan mana-mana tanah apa-apapelucuthakan di bawah Akta ini­-
a.            tanah itu hendaklah kembali, dan terletakhak kepada, Pihak Berkuasa Negeri sebagai tanah Kerajaan, dibebas dan dilepaskan dari semua hakmilik dan kepentingan yang sedia ada atau yang boleh timbul sejurus sebelum pelucut­hakan itu mula berkuatkuasa;
b.            maka hendaklah juga terletakhak kepada Pihak Berkuasa Negeri, setakat mana yang dinyatakan dalam seksyen 47 dan tanpa bayaran pampasan, apa-apa bangunan yang pada masa itu wujud di atas tanah itu; dan
c.             apa-apa item hasil tanah yang pada masa itu terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan tanah itu hendaklah dihapuskan.
132.              Tanah tidak boleh diberi milik semula, dll., dalam tempoh rayuan membantah pelucuthakan.
(1)          Jika sekiranya mana-mana tanah kembali kepada Pihak Berkuasa Negeri oleh sebab bermulanya kuatkuasa mana-mana pelucuthakan di bawah Akta ini, Pihak Berkuasa Negeri, tertakluk kepada subseksyen (2), hendaklah tidak memberi milik semula atau sebaliknya melupuskannya pada bila-bila masa sebelum­
a.            tamatnya tempoh tiga bulan dalam mana (di bawah seksyen 418) satu rayuan dibentangkan di hadapan Mahkamah membantah perintah Pentadbir Tanah di bawah seksyen 100atau 129, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
b.            jika satu rayuan sedemikian dibuat dalam tempoh itu, penentuan rayuan itu dan apa-apa pembicaraan yang ber­bangkit darinya.
(2)          Peruntukan-peruntukan subseksyen (1)­--
(a)          hendaklah tidak menjejaskan kuasa Pihak Berkuasa Negeri di bawah subseksyen (2)seksyen 133untuk membatalkan pelucuthakan pada bila-bila masa atas rayuan selaku itu oleh orang atau badan yang menjadi tuanpunya tanah itu sejurus sebelum pelucuthakan itu mula berkuatkuasa; dan
(b)          tidaklah menghalang Pihak Berkuasa Negeri dari memberi milik semula tanah itu kepada orang atau badan itu pada bila-bila masa sepertimana yang disebut di dalam sub­seksyen (3)seksyen 133.
(3)          Sekian lama peruntukan-peruntukan subseksyen (1) terpakai kepada mana-mana tanah, tiada dokumen hakmilik keluaran kepada tanah itu yang mungkin telah diserahkan balik kepada, atau sebalik­nya diperolehi oleh, Pentadbir Tanah akan dimusnahkan.
133.              Kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk membatalkan pelu­cuthakan, atau memberi milik semula kepada tuanpunya terdahulu atas terma-terma baru, dll.
(1)          Mana-mana orang atau badan yang menjadi tuanpunya mana-­mana tanah berimilik sejurus sebelum pelucuthakannya di bawah Akta ini bolehlah pada bila-bila masa memohon kepada Pihak Ber­kuasa Negeri untuk mendapatkan pembatalan pelucuthakan itu.
(2)          Pihak Berkuasa Negeri bolehlah atas budi bicara mutlaknya menolak atau membenarkan apa-apa petisyen di bawah seksyen ini, dan, jika ia membenarkan petisyen itu, bolehlah berbuat demikian dengan syarat segala bayaran telah dibuat oleh pempetisyen­--
a.            jika pelucuthakan itu adalah kerana ketiadaan bayaran sewa, suatu penalti, tidak melebihi enam kali jumlah yang dia dikehendaki membayar oleh notis tuntutan yang di­sampaikan kepadanya di bawah seksyen 97, sepertimana yang difikirkan oleh Pihak Berkuasa Negeri patut dikenakan;
b.            jika pelucuthakan itu adalah kerana pelanggaran mana-mana syarat, apa-apa jumlah wang yang Pihak Berkuasa Negeri boleh menentukan berkenaan dengan perbelanjaan yang disebabkan oleh pelucuthakan itu.
(3)          Penolakan mana-mana petisyen di bawah seksyen ini tidaklah diambil kira sebagai menjejaskan kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk memberi milik semula tanah itu kepada tuanpunya terdahulu pada bila-bila masa; dan, bagi maksud apa-apa pemberi-milikan semula sedemikian, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, pada masa ia memberi kelulusan kepada pemberimilikan semula itu, menentukan semula sepertimana yang difikirkannya wajar berbagai perkara yang din yatakan dalam subseksyen (2)seksyen 79.
134.              Rayuan membantah pelucuthakan.
              i.                Kesahan mana-mana pelucuthakan di bawah Akta ini tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah kecuali dengan cara, atau dalam prosiding-prosiding terkemudian, satu rayuan di bawah seksyen 418 yang membantah perintah Pentadbir Tanah di bawah seksyen 100atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, 129; dan, walau apa jua pun dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada apa-apa rayuan akan dimulakan selepas tamatnya tempoh tiga bulan yang dibenarkan untuk membawanya oleh seksyen 418tersebut.
            ii.                Tiada apa jua perintah oleh Pentadbir Tanah di bawah seksyen 100 atau 129 akan diketepikan oleh mana-mana mahkamah kecuali atas alasan ia dibuat berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini, atau adanya kegagalan pada pihak Pentadbir Tanah untuk mematuhi kehendak-kehendak mana-mana peruntukan sedemikian; dan tiada perintah sedemikian akan diketepikan hanya oleh sebab apa-apa salah aturan dalam bentuk atau penyampaian mana-mana notis di bawah Bab 2 Bahagian Enam atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Bab 5 Bahagian Tujuh melainkan, pada pendapat mahkamah, salah aturan itu adalah dari sifat yang penting.
           iii.                Dalam apa-apa rayuan sedemikian atau prosiding-prosiding lain seperti yang disebutkan dalam subseksyen (1), maka hendaklah dianggap sehingga yang sebaliknya dibuktikan bahawa semua notis yang dikehendaki disampaikan di bawah Bab 2 Bahagian Enam atau Bab 5 Bahagian Tujuh, mengikut mana-mana yang berkenaan, disampaikan dengan sempurna dan mengikut peraturan.
           iv.                Peruntukan-peruntukan subseksyen (1) hendaklah tidak menyentuh hak mana-mana orang atau badan untuk mengambil satu tindakan ganti rugi terhadap Pihak Berkuasa Negeri, atau (tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 22) terhadap mana-mana pegawai yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau benda yang dilakukan dengan salahnya, atau diperintah supaya dilakukan atau ditinggal dari dilakukan, berkaitan dengan apa-apa pelucuthakan di bawah Akta ini.

BAHAGIAN DUA PULUH
KETAKBOLEHAN DISANGKAL HAKMILIK DAN KEPENTINGAN
340.              Pendaftaran untuk memberi hakmilik atau kepentingan yang tak boleh disangkal, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu.
(1)          Hakmilik atau kepentingan mana-mana orang atau badan buat masa itu didaftarkan sebagai tuanpunya mana-mana tanah, atau atas nama siapa apa-apa pajakan, gadaian atau esmen adalah buat masa itu terdaftar, hendaklah, tertakluk kepada peruntukan­peruntukan berikut seksyen ini, tidak boleh disangkal.
(2)          Hakmilik atau kepentingan mana-mana orang atau badan sedemikian hendaklah tidak menjadi takboleh disangkal­
(a)          dalam mana-mana kes penipuan atau salahnyata yang kepadanya orang atau badan itu, atau mana-mana ejen orang atau badan itu, adalah suatu pihak atau privi; atau
(b)          jika sekiranya pendaftaran diperolehi secara pemalsuan, atau dengan cara suatu instrumen yang tidak mencukupi atau tak sah; atau
(c)          jika sekiranya hakmilik atau kepentingan itu adalah diperolehi secara tidak sah oleh orang atau badan dalam pergunaan berupa apa-apa kuasa atau autoriti yang diberi oleh mana-mana undang-undang bertulis.
(3)          Jika sekiranya hakmilik atau kepentingan mana-mana orang atau badan adalah boleh disangkal oleh sebab apa-apa keadaan yang dinyatakan dalam subseksyen (2)
(a)          maka ia hendaklah tertanggung untuk diketepikan dalam tangan mana-mana orang atau badan yang kepadanya ia mungkin dipindahmilik kemudiannya; dan
(b)          apa-apa kepentingan yang diberi kemudiannya hendaklah tertanggung untuk diketepikan dalam tangan mana-mana orang atau badan dalam mana ia adalah buat masa itu diletakhak:
Dengan syarat bahawa tiada apa jua dalam subseksyen ini hendak­lah menyentuh apa-apa hak atau kepentingan yang diperolehi oleh mana-mana pembeli dengan suci hati dan untuk balasan yang berharga, atau oleh mana-mana orang atau badan yang menuntut melalui atau di bawah seorang pembeli sedemikian.
(4)          Tiada apa jua dalam seksyen ini akan menjejaskan atau menghalang­
(a)          pergunaan berkenaan dengan mana-mana tanah atau kepentingan, apa-apa kuasa pelucuthakan atau jualan yang diberi oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang ber­tulis lain buat masa itu berkuatkuasa, atau apa-apa kuasa mengelak yang diberi oleh mana-mana undang-undang sedemikian; atau
(b)          penamatan mana-mana hakmilik atau kepentingan melalui operasiundang-undang.
341.              Pemilikan bertentangan tidak boleh menghapuskan hakmilik atau kepentingan.
Pemilikan bertentangan tanah untuk apa-apa tempoh masa sekali­pun tidaklah menjadi halangan kepada pengambilan apa-apa tindakan untuk mendapatkannya semula oleh tuanpunya atau mana-mana orang atau badan yang berhak kepada kepentingan di dalamnya, dan selaras dengannya, Akta Had Masa 1953, tidak akan dalam keadaan-keadaanberoperasi untuk apa pun menghapuskan mana-mana hakmilik, atau kepentingan, kepada tanah.
BAHAGIAN DUA PULUH TIGA
PERKEMBALIAN DALAM KETIADAAN TUANPUNYA
351.              Perkembalian kepada atau terletakhak dalam Pihak Ber­kuasa Negeri atas kematian tuanpunya tanpa waris.
a.            Jika sekiranya mana-mana Pentadbir Tanah­
                              i.                menerima keterangan dari mana dia berpuas hati bahawa tuanpunya mana-mana tanah berimilik (dalam seksyen ini disebut sebagai "tuanpunya asal") telah mati, dan
                            ii.                juga berpuas hati bahawa tiada rayuan telah difailkan untuk suatu pemberian perwakilan kepada harta pusaka tuanpunya asal, dan bahawa tiada petisyen untuk pembahagian harta pusaka itu telah diserahsimpan di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955,
dia bolehlah membuat, atau menyebabkan dibuat, suatu pengendorsar yang menyatakan sedemikian di atas dokumen hakmilik daftaran kepada tanah itu.
b.            Apa-apa pengendorsan yang dibuat di atas dokumen hakmilik daftaran kepada mana-mana tanah menurut peruntukan-peruntukan subseksyen (1)­-
                              i.                hendaklah mempunyai kuatkuasa yang sama seperti kaveat Pendaftar; dan
                            ii.                hendaklah terhenti dari berkuatkuasa, dan dibatalkan selaras dengannya, atas­
(i)            suatu keputusan oleh Pentadbir Tanah bahawa tuan­punya asal sebenarnya masih hidup, atau
(ii)          pendaftaran mana-mana orang atau badan lain sebagai tuanpunya.
c.            Secepat mungkin selepas pembuatan apa-apa pengendorsan sedemikian, Pentadbir Tanah hendaklah, melalui notis dalam Warta dalam Borang 23A, mengisytiharkan­-
                              i.                bahawa tuanpunya asal tanah itu nampaknya telah mati tanpa pengganti; dan
                            ii.                bahawa tanah itu akan dikembalikan kepada Pihak Ber­kuasa Negeri, atau dalam kes bahagian tanah yang tak dipecahkan, akan terletakhak kepada Pihak Berkuasa Negeri pada akhir tempoh satu tahun bermula dari tarikh bila­mana notis itu disiarkan melainkan menjelang masa itu salah satu daripada kehendak-kehendak berikut telah di­penuhi, iaitu­-
(i)            ia telah dibuktikan hingga dia berpuas hati bahawa tuanpunya asal masih hidup, atau
(ii)          orang atau badan lain telah didaftarkan sebagai tuan­punya tanah itu, atau
(iii)         suatu petisyen telah difailkan atau diserahsimpan untuk pemberian perwakilan kepada, atau pembahagian, harta pusaka tuanpunya asal.
d.            Salinan-salinan mana-mana notis di bawah subseksyen (3) hendaklah disiarkan selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 433.
e.            Pentadbir Tanah bolehlah, atas suatu permohonan yang dibuat kepadanya oleh mana-mana orang sebelum akhir tempoh yang dinyatakan dalam mana-mana notis sedemikian, memberi apa-apa pelanjutan tempoh tersebut sebagaimana yang ternampak munasabah kepadanya.
f.             Jika tiada salah satu dari kehendak-kehendak yang dinyatakan dalam mana-mana notis sedemikian telah dipenuhi menjelang akhir­nya tempoh tersebut atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, tempoh itu yang dilanjutkan sedemikian, tanah yang kepadanya notis itu berkait hendaklah selepas itu (tetapi sentiasa tertakluk kepada peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang buat masa itu ber­kuatkuasa yang berhubungan dengan bait-ul-mal) terkembali kepada Pihak Berkuasa Negeri seolah-olah ia telah dilucuthak menurut peruntukan-peruntukan Bahagian Lapan, atau terletakhak kepada Pihak Berkuasa Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
g.            Apabila suatu bahagian tanah yang tak dipecahkan itu dikembalikan kepada Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini, bahagian yang tak dipecahkan itu akan terletakhak kepada Menteri Besar atau Pihak Berkuasa Negeri sebagai suatu perbadanan ber­kanun, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai tuanpunya bersama dan suatu nota mengenai perletakhakan itu akan dibuat di atas dokumen hakmilik daftaran dan dokumen hakmilik keluaran.
352.               Perkembalian kepada Pihak Berkuasa Negeri atas perletakan hakmilik oleh tuanpunya.
a.            Jika sekiranya mana-mana Pentadbir Tanah berpuas hati bahawa tuan-punya mana-mana tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah­-
                              i.                tidak sebenarnya menduduki tanah itu, dan
                            ii.                telah, untuk tujuh tahun yang lalu, tidak pernah melaku­kan apa-apa perbuatan atau benda yang membuktikan hakmiliknya kepada tanah itu,
maka dia hendaklah membuat suatu pengendorsan di atas dokumen hakmilik daftaran kepada tanah itu yang menyatakan bahawa tuan­punya nampaknya telah meletakkan hakmiliknya kepada tanah itu.
b.            Apa-apa pengendorsan yang dibuat di atas dokumen hakmilik daftaran kepada mana-mana tanah menurut peruntukan-peruntukan subseksyen (1)-
                              i.                hendaklah mempunyai kuatkuasa yang sama seperti kaveat Pendaftar; dan
                            ii.                hendaklah terhenti dari berkuatkuasa, dan dibatalkan selaras dengannya, atas­
(i)            suatu keputusan oleh Pentadbir Tanah bahawa tuan­punya sebenarnya tidak meletakkan hakmiliknya, atau
(ii)          suatu keputusan oleh Pentadbir Tanah bahawa tuan­punya telah mati (tetapi tanpa menjejaskan peng­gantiannya dalam kes sedemikian dengan suatu pengendorsan di bawah subseksyen (1)seksyen 351).
c.            Secepat mungkin selepas pembuatan apa-apa pengendorsan sedemikian, Pentadbir Tanah hendaklah, melalui notis dalam Warta dalam Borang 23B, mengisytiharkan­
                              i.                bahawa tuanpunya tanah itu nampaknya telah meletakkan hakmiliknya kepada tanah itu; dan
                            ii.                bahawa tanah itu akan terkembali kepada Pihak Berkuasa Negeri pada akhir tempoh satu tahun bermula dari tarikh bilamana notis disiarkan melainkan menjelang masa itu salah satu dari kehendak-kehendak berikut telah dipenuhi, iaitu­
(i)            tuanpunya telah memuaskan hatinya bahawa dia benar-benar tidak meletakkan hakmiliknya kepada tanah itu, atau
(ii)          ia telah dibuktikan hingga dia berpuas hati bahawa tuanpunya itu telah mati.
d.            Salinan-salinan mana-mana notis di bawah subseksyen (3) hen­daklah disiarkan selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 433.
e.            Pentadbir Tanah bolehlah, atas suatu permohonan yang di­buat kepadanya oleh mana-mana orang sebelum akhir tempoh yang dinyatakan dalam mana-mana notis sedemikian, memberi sesuatu pelanjutan kepada tempoh itu seperti yang nampak munasabah kepadanya.
f.             Jika tiada satu pun dari kehendak-kehendak yang dinyatakan dalam mana-mana notis sedemikian telah dipenuhi menjelang akhir­nya tempoh tersebut atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, tempoh itu yang dilanjutkan sedemikian, tanah yang kepadanya notis itu berkait hendaklah selepas itu terkembali kepada Pihak Berkuasa Negeri seolah-olah ia telah dilucuthak menurut peruntukan­-peruntukan Bahagian Lapan.
BAHAGIAN DUA PULUH EMPAT
PENGUKURAN SEMULA TANAH YANG MEMPUNYAI SEMPADAN SEMULAJADI
353.               Pengukuran semula tanah berimilik sebelum permulaan melalui rujukan kepada sempadan ciri-ciri semulajadi.
a.            Jika sekiranya mana-mana tanah yang diberi milik sebelum bermulanya Akta ini dinyatakan dalam dokumen hakmilik kepada tanah An meluas hingga sempadan atau sempadan-sempadan yang terdiri dari apa-apa ciri semulajadi, Pengarah Ukur dan Pemetaan hendaklah, atas permintaan Pengarah Negeri, menyebabkan sempadan atau sempadan-sempadan yang dipersoalkan ditentukan dengan garis­-garis hak.
b.            Jika sekiranya ciri semulajadi yang disebutkan dalam sub­seksyen (1) terdiri dari tepi pantai, garisan pantai atau laut, sebatang sungai atau tebing sungai, atau apa-apa ciri lain yang garisnya berupaya berubah dari semasa ke semasa, maka, bagi maksud-maksud seksyen ini sempadan itu hendaklah diambil sebagai mengikut mana-mana travers pengukuran yang dibuat untuk menentukan garis ciri itu pada masa tanah itu telah diberi milik:
Dengan syarat bahawa­
(i)            travers itu hendaklah diabaikan setakat mana (jika ada) yang perlu untuk memperkira apa-apa maraan pinggir laut, atau dasar mana-mana sungai;
(ii)          melainkan tuanpunya tanah itu akan dengan yang demikian menjadi berhak kepada suatu kawasan yang lebih besar dari yang dinyatakan dalam dokumen hakmiliknya, travers ituhendaklah juga diabaikan setakat mana (jika ada) yang perlu untuk memasukkan di dalam sempadan-sempadan tanah itu apa-apa topangan, tambak laut, tambak sungai atau lain-lain binaan yang dibina dengan sahnya oleh tuanpunya atau mana-mana orang pendulu dalam hakmilik.
c.            Jika sekiranya mana-mana sempadan telah ditentukan meng­ikut kehendak subseksyen (1), Pengarah Ukur dan Pemetaan­-
                              i.                hendaklah menyebabkan tindakan sedemikian diambil sebagaimana yang mungkin perlu untuk mempastikan bahawa ia menentukan batasan ke atas permukaan tanah itudengan tanda-tanda sempadan, atau berupaya ditentukan;
                            ii.                hendaklah menyebabkan keluasan tanah itu dihitung semula;
                           iii.                bolehlah, jika dia memikirkan sesuai> menguntukkan suatu nombor lot baru kepada tanah itu; dan
                           iv.                hendaklah menyebabkan suatu pelan yang diperakui di­sediakan untuk kelulusannya dengan menunjukkan sempadan-sempadan tanah itu (termasuk sempadan atau sempadan-sempadan yang ditentukan sedemikian), kedu­dukan tanda-tanda sempadan itu dan keluasan serta nombor lot.
d.            Bila pelan yang disediakan di bawah perenggan (d) sub­seksyen (3) telah diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan, maka ia hendaklah untuk maksud-maksud subseksyen (2)seksyen 396disifatkan sebagai pelan yang diluluskan di bawah perenggan (e) subseksyen (1) seksyen itu.
354.               Prosedur (termasuk rayuan) selepas pengukuran semula, dan peruntukan mengenai kos.
(1)          Jika sekiranya mana-mana sempadan telah ditentukan mengikut kehendak subseksyen (1)seksyen 353, Pengarah Negeri hendaklah menyebabkan suatu notis mengenai fakta itu, bersama-sama dengan suatu pelan yang menunjukkan kesan penentuan itu, disampaikan kepada tuanpunya tanah itu, dan kepada mana-mana orang yang mempunyai kepentingan berdaftar di dalamnya; dan mana-mana orang sedemikian bolehlah, dalam tempoh enam bulan bermula dari  tarikh notis itu, merayu kepada Pengarah Negeri terhadap penentuan          itu atas alasan bahawa ia tidak betul atau tidak adil.
(2)          Apa-apa rayuan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat secara bertulis, dengan menyatakan alasan-alasan atas mana ia dikatakan bahawa penentuan itu adalah tidak betul atau tidak adil; dan Pengarah Negeri, selepas mempertimbangkan alasan-alasan yang dinyatakan sedemikian dan dengan mengadakan apa-apa siasatan seperti yang difikirkannya sesuai, hendaklah sama ada menolak rayuan itu atau memberi apa-apa arahan supaya ditentukan semula sempadan itu, dan mengenai perkara-perkara yang berbangkit darinya, seperti yang dia menimbangkan perlu atau saksama.
(3)          Apabila tamatnya tempoh yang disebutkan dalam subseksyen (1) atau, jika sekiranya apa-apa rayuan dibuat dalam tempoh itu, sebaik sahaja ia telah diselesaikan dan apa-apa penentuan semula sempadan telah dikuatkuasakan, Pengarah Negeri hendaklah mem­beritahu Pendaftar atau dalam kes tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah, Pentadbir Tanah; dan Pendaftar atau Pen­tadbir Tanah, apabila diberitahu sedemikian, hendaklah mengeluar­kan hakmilik sambungan kepada tanah itu (selaras dengan apa-apa penentuan atau penentuan semula sempadan-sempadan di bawah Bahagian ini) seolah-olah dia sedang mengeluarkan hakmilik sambungan kepada tanah secara keseluruhan.
(4)          Kos-kos untuk menentukan apa-apa sempadan di bawah seksyen 353atau seksyen ini hendaklah dibayar oleh Pihak Ber­kuasa Negeri; dan tiada apa fee akan dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri berkaitan dengan apa-apa rayuan di bawah seksyen ini atau apa-apa tindakan yang diambil di bawahnya oleh Pendaftar.

BAHAGIAN DUA PULUH LAPAN
HAK LALULALANG PENTADBIR TANAH
Dalam Bahagian ini "perhentian awam" ertinya tepi pantai, atau sungai, stesyen keretapi atau jalan awam.
388.      Hak lalulalang Pentadbir Tanah.
(1)          Tertakluk kepada dan selaras dengan Bahagian ini, Pentadbir Tanah bolehlah mewujudkan hak lalulalang di atas tanah, yang akan dikenal sebagai hak lalulalang Pentadbir Tanah.
(2)          Hak-hak yang diberi dan kewajipan yang dikenakan berkenaan dengan mana-mana tanah dengan perwujudan hak lalulalang Pentadbir Tanah hendaklah selari dengan tanah dan hendaklah mengikat tuanpunya-tuanpunya dan penduduk-penduduk tanah tersebut buat masa itu.
a.            Ciri-ciri hak lalulalang Pentadbir Tanah.

 BAHAGIAN DUA PULUH SEMBILAN
PENGUKURAN
Bab 1-Am
396.              Cara menjalankan pengukuran.
(1)          Bagi maksud-maksud Akta ini, tanah hendaklah tidak dianggap telah diukur sehingga­--
(a)          sempadan-sempadannya telah ditentukan oleh garis-garis hak;
(b)          sempadan-sempadan seperti yang ditentukan sedemikian telah ditentu batasan di atas permukaan tanah itu dengan tanda-tanda sempadan atau, jika oleh kerana bentuknya atau oleh kerana apa-apa sebab lain penentuan tanda-tanda sem­padan di atas garis sebenar sempadan itu adalah sehingga apa-apa takat tidak mungkin atau tidak boleh dilaksanakan, tanda-tanda sempadan telah diletakkan sedemikian untuk membolehkan garis itu ditentukan;
(c)          keluasan yang dikelilingi oleh sempadannya seperti yang ditentukan sedemikian telah dikira;
(d)          satu nombor . lot telah diberi kepadanya oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan; dan
(e)          suatu pelan yang diperakui, yang menunjukkan situasi tanah itu, kedudukan sempadan-sempadannya seperti yang ditentukan dan tanda-tanda sempadan yang diletakkan di atasnya dan keluasan serta nombor lotnya, telah diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan.
*(2)        Apa-apa pelan yang diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan di bawah perenggan (e) subseksyen (1) hendaklah difail­kan di pejabatnya, dan (tanpa menjejaskan operasi seksyen 49dalam kes tanah yang terjejas kemudiannya oleh sebab apa-apa maraan tepi pantai atau dasar mana-mana sungai) hendaklah merupakan keterangan konklusif bagi sempadan-sempadan, tanda-tanda sempadan dan keluasan tanah yang kepadanya ia merujuk, dan menjadi keterangan prima facie mengenai nombor lotnya.
*(3)        Bagi maksud-maksud subseksyen (2)­--
(a)          suatu pelan yang diluluskan di bawah satu undang-undang tanah terdahulu berkenaan dengan tanah yang diberi milik sebelum bermulanya Akta ini dan terus diberi milik; atau
(b)          suatu pelan yang diluluskan di bawah satu undang-undang tanah terdahulu yang berkait dengan tanah yang diberi milik selepas bermulanya Akta ini dan diterima-pakai di bawah perenggan (b) subseksyen (2)seksyen 77,
hendaklah disifatkan sebagai suatu pelan yang diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan di bawah perenggan (e) subseksyen (1).
*(4)        Lot nombor yang ditunjuk di atas pelan mengenai mana-mana tanah yang diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan di bawah perenggan (e) subseksyen (1) bolehlah diubah oleh atau dengan kuasa Pengarah Ukur dan Pemetaan; dan setelah perubahan itu dibuat­-
(a)          Pengarah Ukur dan Pemetaan hendaklah menyebabkan Pendaftar diberitahu mengenai perubahan itu;
(b)          Pendaftar hendaklah kemudiannya­
(i)            mengambil segala langkah yang terbuka kepadanya untuk mendapat pengeluaran mana-mana dokumen hakmilik keluaran mengenai tanah itu (jika ada);
(ii)          meminta Pengarah Ukur dan Pemetaan untuk menye­babkan perubahan itu dicatatkan di atas mana-mana pelan yang dimasukkan dalam daftar dan dokumen­dokumen hakmilik keluaran kepada tanah itu; dan
(iii)         menyebabkan perubahan itu dicatat di mana rujukan­rujukan kepada nombor lot yang ditimbul dalam dokumen-dokumen tersebut dengan cara selain dari­pada atas suatu pelan; dan
(c)          Pengarah Ukur dan Pemetaan hendaklah menyebabkan perubahan itu dicatat-
(i)            dalam mana-mana pelan yang didepositkan mengenai tanah (seperti dalam makna seksyen 410) dan dalam mana-mana salinan pelan yang didepositkan yang diedarkan di bawah subseksyen (2)seksyen 411; dan
(ii)          bila dipanggil untuk berbuat demikian di bawah subperenggan (ii) perenggan (b), dalam mana-mana pelan yang jenisnya disebut dalam subperenggan itu.
* Dipakai untuk Pulau Pinang dan Melaka sahaja.

397.              Kuasa-kuasa Pengarah Ukur dan Pemetaan.
(1)          Pengarah Ukur dan Pemetaan bolehlah menjalankan suatu  pengukuran mana-mana tanah dalam Negeri bagi maksud-maksud Akta ini dan, berkaitan dengan pengukuran itu, bolehlah-­
(a)          membuat kerja-kerja persediaan di atas tanah atau tanah bersempadanan;
(b)          menanda sempadan-sempadan tanah itu;
(c)          meletakkan tanda-tanda sempadan di atas tanah atau tanah bersempadanan;
(d)          mengubah, membaiki atau memindah apa-apa tanda sem­padan yang diletakkan sedemikian;
(e)          memindah atau memusnahkan pokok-pokok, tanam-tanaman, pagar-pagar dan harta lain di atas tanah atau tanah ber­sempadanan itu; dan
(f)           membuat di atas tanah atau tanah bersempadanan itu segala benda lain yang perlu dengan munasabahnya untuk menjalankan pengukuran itu.
(2)          Pengarah Ukur dan Pemetaan bolehlah meletakkan apa-apa tanda rujukan ukur di atas mana-mana tanah dalam Negeri, dan bolehlah membuat di atas tanah atau tanah bersempadanan itu segala benda yang perlu dengan munasabahnya untuk penubuhan, per­lindungan, penyenggaraan, pembaikan, perubahan atau pemindahan tanda tersebut.
(3)          Dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) dan (2) Pengarah Ukur dan Pemetaan hendaklah mempunyai hak akses kepada dan kemasukan ke atas mana-mana tanah dalam Negeri.
(4)          Kuasa-kuasa yang diberi kepada Pengarah Ukur dan Pemetaan oleh subseksyen (1),(2) dan (3)­--
(a)          bolehlah dilaksanakan bagi pihak Pengarah Ukur dan Pemetaan oleh mana-mana Pegawai Ukur atau juruukur tanah berlesen; dan
(b)          bolehlah dilaksanakan pada bila-bila masa yang munasabah dan dengan sebilangan pembantu-pembantu sepertimana Pengarah Ukur dan Pemetaan atau orang yang bertindak bagi pihaknya, mengikut mana-mana yang berkenaan, memikirkannya wajar.
398A.  Kewajipan menyiapkan ukur.
(1)          Jika sekiranya mana-mana juruukur tanah berlesen menjalan­kan suatu kerja ukur mana-mana tanah bagi maksud Akta ini, dia hendaklah menyiapkan ukur dalam masa yang ditetapkan dan mendepositkan segala pelan ukur bersama dengan buku luar, kertas perhitungan dan data ukur lain yang relevan dengan Pengarah Ukur dan Pemetaan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan.
(2)          Pengarah Ukur dan Pemetaan boleh, dengan suatu notis dalam Borang 29D, menghendaki mana-mana juruukur tanah berlesen yang gagal menyiapkan ukur mengemukakan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan ukur yang ada dalam milik atau kawalannya.
(3)          Jika sekiranya mana-mana juruukur tanah berlesen gagal menyiapkan apa-apa ukur, tanpa apa-apa sebab yang munasabah, Pengarah Ukur dan Pemetaan hendaklah menyiapkan atau menyebab disiapkan ukur itu dan mendapatkan kembali kos menyiapkan ukur daripada juruukur tersebut.
a.            Kewajipan Pengarah Ukur dan Pemetaan.
(1)          Maka hendaklah menjadi kewajipan Pengarah Ukur dan Pemetaan­
(a)          untuk menyebabkan apa-apa perhitungan dibuat dari rekod­rekod Pegawai-pegawai Ukur seperti yang difikirkan perlu pada pendapat Menteri untuk membuktikan berkenaan dengan mana-mana tanah yang diukur ketepatan pengukuran itu, serta dimensa-dimensa tanah itu dan letakan tepat tanda­tanda sempadan;
(b)          menyebabkan apa-apa perhitungan atau ukuran-ukuran dibuat sehingga boleh menentukan kedudukan geografis mana-mana tanah yang diukur menurut kepuasan hati Menteri;
(c)          menyebabkan disediakan pelan_pelan yang mengandungi, dalam apa-apa bentuk seperti Menteri dari semasa ke semasa mungkin mengarahkan, ukuran-ukuran dan dimensa­dimensa yang diperolehi oleh Pegawai-pegawai Ukur; dan
(d)          menyimpan dengan selamatnya segala rekod pengukuran.
(2)          Tugas-tugas Menteri di bawah subseksyen (1) bolehlah, ter­takluk kepada apa-apa arahan yang diberi oleh Menteri, dilaksanakan bagi pihak Menteri oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan. BAHAGIAN TIGA PULUH SATU
BIDANG KUASA MAHKAMAH
(1)          Mahkamah atau Hakim boleh dengan perintah mengarahkan pendaftar atau mana-mana Pentadbir Tanah untuk melakukan segala perbuatan sepertimana yang perlu untuk memberi kuatkuasa kepada apa-apa hukuman atau perintah yang diberi atau dibuat dalam mana-m­ana prosiding yang berhubungan dengan tanah, dan ia hendaklah merupakan kewajipan Pendaftar atau Pentadbir Tanah untuk mema­tuhi perintah itu selepas itu.
(2)          Jika sekiranya menurut apa-apa perintah yang dibuat menurut kuasa seksyen ini, Pendaftar atau mana-mana Pentadbir Tanah­--
(a)          membatalkan apa-apa instrumen yang berhubungan dengan tanah, atau apa-apa memorial atau pemasukan lain di atas mana-mana instrumen sedemikian, atau
(b)          membuat apa-apa pindaan lain, atau tambahan kepada, mana-mana instrumen sedemikian,
maka dia hendaklah mencatatkan di atasnya sebab bagi pembatalan, pindaan atau tambahan itu, dan tarikh baginya, dan hendaklah mengesahkan instrumen itu dengan tandatangan dan meterainya.
(3)          Jika sekiranya Pendaftar atau Pentadbir Tanah mengambil tindakan di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana tanah atau apa-apa bahagian atau kepentingan di dalamnya, maka dia hendaklah menyebabkan disampaikan satu notis mengenai tindakan­nya kepada mana-mana orang atau badan yang mempunyai tuntutan yang dilindungi oleh kaveat yang menyentuh tanah, bahagian atau kepentingan itu.
(1)          Mana-mana orang atau badan yang terkilan dengan apa-apa keputusan Pengarah Negeri, Pendaftar atau mana-mana Pentadbir Tanah di bawah Akta ini, bolehlah, pada bila-bila masa dalam tempoh tiga bulan bermula dari tarikh bilamana ia dikomunikasikan kepada­nya, merayu mengenainya kepada Mahkamah.
(2)          Apa-apa rayuan sedemikian hendaklah dibuat selaras dengan peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis buat masa itu berkuatkuasa berhubungan dengan prosedur sivil; dan Mahkamah hendaklah membuat apa-apa perintah atasnya sepertimana ia memikirkan adil.
(3)          Dalam seksyen ini "keputusan" termasuklah apa-apa per­buatan, ketinggalan, keengganan, arahan atau perintah.
419.              Kuasa Pendaftar dan Pentadbir Tanah untuk merujuk persoalan kepada Mahkamah.
(1)          Pendaftar dan, tertakluk kepada subseksyen (3), mana-mana Pentadbir Tanah bolehlah, jika difikirkannya perlu atau diingini untuk berbuat demikian, merujuk kepada Mahkamah apa-apa persoalan yang berbangkit dalam penggunaan atau pelaksanaan mana-mana ku asa atau kewajipan yang diberi atau dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah Akta ini.
(2)          Apa-apa rujukan sedemikian hendaklah dibuat selaras dengan peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis buat masa itu berkuatkuasa berhubungan dengan prosedur sivil; dan Mahkamah ' hendaklah atas apa-apa rujukan sedemikian sama ada menentukan persoalan yang timbul atau membuat apa-apa perintah lain yang di­fikirkannya wajar dalam keadaan tertentu kes itu.
(3)          Tiada Pentadbir Tanah boleh merujuk apa-apa persoalan kepada Mahkamah menurut seksyen ini kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu dari Pengarah Negeri.
(1)          Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada perintah Mahkamah yang meletakhak mana-mana tanah berimilik, atau mana-mana bahagian atau kepen­tingan di dalamnya, kepada mana-mana orang atau badan hendaklah menyentuh tanah, bahagian atau kepentingan yang dipersoalkan sehingga ia telah didaftarkan menurut seksyen ini.
(2)          Mahkamah hendaklah, dengan sewajarnya, menyebabkan di­sampaikan satu salinan apa-apa perintah sedemikian kepada Pendaftar atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Pentadbir Tanah seberapa segera setelah membuatnya; dan Pendaftar atau Pentadbir Tanah, apabila menerima apa-apa salinan sedemikian, hendaklah memberi kuatkuasa kepada perintah itu dengan membuat memorial mengenai perletakhakan itu di atas dokumen hakmilik daftaran kepada tanah yang kepadanya, atau suatu bahagian atau kepentingan dalam mana perintah itu berkait.
(3)          Pendaftar atau Pentadbir Tanah hendaklah menandatangani dan memeteraikan setiap memorial yang dibuat olehnya menurut seksyen ini, dan, jika boleh mempastikan pengemukaan instrumen erkenaan, hendaklah membuat suatu salinan memorial di atas dokumen hakmilik keluaran kepada tanah tersebut atau, jika sekira­ya perintah itu berkait dengan suatu pajakan atau gadaian, di atas alinan penduanya.
(4)          Jika sekiranya Pendaftar atau Pentadbir Tanah mengambil indakan di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana tanah tau mana-mana bahagian atau kepentingan di dalamnya, maka dia endaklah menyebabkan notis mengenai tindakannya disampaikan lepada mana-mana orang atau badan yang mempunyai tuntutan ang dilindungi oleh kaveat yang menyentuh tanah, bahagian atau epentingan itu.
421.              Pengambilan prosiding atas nama tuanpunya, dll.
Mana-mana orang atau badan yang kepadanya mana-mana tanah erimilik, atau mana-mana bahagian atau kepentingan di dalamnya, adalah buat masa itu terletakhak hendaklah, atas permohonan mana-mana orang atau badan lain, dan apabila menerima suatu indemniti sepatutnya, diikat untuk membenarkan pengambilan, atas namanya, apa-apa prosiding di sisi undang-undang yang mungkin perlu atau patut bagi perlindungan mana-mana hakmilik atau kepentingan yang terletakhak kepada, atau dituntut oleh, orang atau badan lain tersebut.
421A.  Tafsiran.
Bagi maksud-maksud seksyen 417dan 420, "Mahkamah" ter­masuklah Mahkamah Syariah.
BAHAGIAN TIGA PULUH SATU (A)
KUASA PENYIASATAN
421AA. Kuasa penyiasatan.
(1)          Mana-mana Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat perlakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini.
(2)          Setiap orang yang dikehendaki oleh Pengarah Tanah atau Pentadbir Tanah untuk memberi maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen atau artikel lain berhubungan dengan perlakuan kesalahan tersebut yang mana adalah dalam kuasa seseorang untuk memberi adalah terikat di sisi undang-undang untuk memberi maklumat atau untuk mengemukakan dokumen atau artikel lain.
421AB. Kuasa menghendaki kehadiran saksi-saksi.
(1)          Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah yang membuat suatu penyiasatan di bawah seksyen 421AA boleh dengan perintah bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya sendiri mana-mana orang yang nampak padanya mengenali dengan kes keadaan kes, dan orang tersebut hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.
(2)          Jika mana-mana orang tersebut gagal untuk hadir sebagaimana yang dikehendaki demikian, Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh melaporkan kegagalan tersebut kepada seorang Majistret yang akan kemudian mengikut budi bicaranya mengeluarkan suatu waran untuk mempastikan kehadiran orang tersebut sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang disebut dahulu.
(3)          Seseorang yang hadir sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) adalah berhak untuk dibayar perbelanjaan­perbelanjaan perjalanan dan makan yang munasabah yang ditanggung olehnya; dan ia adalah sah di sisi undang-undang bagi Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah membayar perbelanjaan-perbelanjaan tersebut.
421AC. Pemeriksaan saksi-saksi.
(1)          Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah yang membuat penyiasatan di bawah seksyen 421AA boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang disangkakan mengetahui tentang fakta-fakta dan kes keadaan kes.
(2)          Orang tersebut hendaklah terikat untuk menjawab semua soalan berhubungan dengan kes tersebut yang dikemukakan kepada­nya oleh pegawai tersebut:
Dengan syarat bahawa orang tersebut boleh enggan menjawab apa-apa soalan, jawapan kepadanya mungkin ada kecenderungan untuk mendedahkan dirinya terhadap pertuduhan jenayah, penalti atau pelucuthakan.
(3)          Seseorang yang membuat suatu kenyataan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan sesuatu yang benar, sama ada atau tidak kenyataan tersebut dibuat seluruhnya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan-soalan.
(4)          Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah pada mulanya memberitahu orang itu tentang peruntukan-peruntukan subseksyen­subseksyen (2) dan (3).
(5)          Suatu kenyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, di mana mungkin, dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas kenyataan itu dibaca kepadanya dalam bahasa dalam mana dia membuatnya dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pindaan yang dia ingin.
BAHAGIAN TIGA PULUH DUA
KUASA MENAHAN DAN MENYITA DAN PENALTI
a.            Penalti kerana kenyataan palsu, dll.
Mana-mana orang yang­
(a)         dengan pengetahuan membuat apa-apa kenyataan palsu, secara lisan atau secara bertulis, berkaitan dengan apa-apa urusniaga atau lain-lain transaksi yang menyentuh tanah, atau apa-apa perkara lain yang berbangkit di bawah Akta ini, atau
(aa)     dengan disedarinya memberi apa-apa maklumat palsu atau membuat apa-apa kenyataan palsu, sama ada secara lisan atau secara bertulis, berkaitan dengan apa-apa penyiasatan mengenai perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini;
(b)         dengan pengetahuan memberi keterangan palsu di dalam mana-mana siasatan yang diadakan di bawah Akta ini, atau
(c)          mendapatkan secara tipuan­--
(i)           pendaftaran atau pengeluaran apa-apa dokumen hak­milik atau instrumen lain yang berhubungan dengan tanah, atau
(ii)          pembuatan apa-apa memorial atau pemasukan lain di atas mana-mana dokumen atau instrumen sede­mikian, atau
(iii)         pembatalan atau pemindaan mana-mana dokumen atau instrumen sedemikian, atau apa-apa memorial atau pemasukan lain ke atasnya, atau
(d)         mendiamkan atau menyembunyikan dari Pendaftar, atau membantu atau bersama membuat demikian, apa-apa dokumen, fakta atau perkara matan,
adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikena­kan denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit dan, jika gagal membayar denda ini, dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun.
b.            Penalti untuk perubahan secara tipuan, pemusnahan, dll:, dokumen-dokumen.
Mana-mana orang yang secara tipuan mengubah, menambah, memadam, mencacat, atau memusnahkan apa-apa dokumen atau hakmilik atau instrumen lain yang berhubungan dengan tanah, atau apa-apa memorial atau pemasukan lain di atas mana-mana dokumen atau instrumen sedemikian, adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi tujuh tahun, atau kedua-duanya.
c.            Penalti untuk kegagalan mengeluarkan dokumen-dokumen.
(1)          Mana-mana orang atau badan yang, tanpa alasan yang munasabah, gagal untuk mengeluarkan atau menyerahantar apa-apa dokumen seperti yang dikehendaki oleh notis yang disampaikan kepadanya dengan sahnya di bawah perenggan (e) subseksyen (1)seksyen 15atau oleh perenggan (b) subseksyen (1)seksyen 175Batau dengan suatu notis di bawah subseksyen (4)seksyen 343adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi lima ratus ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu bulan, atau kedua-duanya.
(2)          Mana-mana orang yang, tanpa alasan yang munasabah, gagal mengemukakan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu notis yang disampaikan dengan sah kepadanya di bawah subseksyen (2)seksyen 398Aadalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya.
d.            Pendudukan secara tak sah, dll., tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan.
(1)          Mana-mana orang yang, tanpa kebenaran yang sah­
(a)          menduduki, atau membina apa-apa bangunan di atas, mana-mana tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan; atau
(b)          membersih, membajak, menggali, mengepungi atau mena­nami mana-mana tanah sedemikian atau bahagian darinya; atau
(a)          memotong atau memindah apa-apa kayuan atau hasil atas atau dari tanah sedemikian,
adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, ikenakan denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau ipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun.
(lA)      Mana-mana orang yang bersubahat dalam melakukan suatu kesalahan di bawah subaeksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya.
(2)          Bagi maksud seksyen ini, tanah Kerajaanhendaklah termasuk semua tanah yang dipegang oleh atau bagi pihak Kerajaan Perse­kutuan atau Negeri, suatu pihak berkuasa tempatan atau suatu pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang terletakhak kepadanya oleh undang-undang Persekutuan atau Negeri.
425A. Penggunaan secara menyalahi undang-undang ruang udara atas tanah Kerajaan atau tanah rizab.
Seseorang tanpa kuasa yang sah mengguna atau menduduki ruang udara atas tanah Kerajaan atau tanah rizab dengan mendirikan, menggara atau menduduki bumbung, pepayung, jambatan atau apa-apa struktur lain adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi dua ribu ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya.
e.            Pencabutan atau pemindahan bahan batuan secara tak sah.
(1)          Mana-mana orang yang, tanpa kebenaran yang sah, mencabut, memindah, atau, mengangkut, atau membenarkan pencabutan, pemindahan atau pengangkutan bahan batuan dari mana-mana tanah adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikena­kan denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya.
(1A)     Seseorang yang ada dalam milik atau jagaan atau di bawah kawalannya sebarang bahan batuan melainkan dalam bentuk asal tanah itu di mana bahan itu dijumpai, hendaklah dianggapkan telah mencabut, memindah atau mengangkut atau dibenarkan untuk mencabut, memindah atau mengangkut bahan batuan tersebut tanpa kebenaran yang sah.
(1B)     Sesiapa yang bersubahat dalam melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan, (dan boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak mele­bihi satu tahun, atau kedua-duanya.
(2)          Mana-mana orang yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini bolehlah diperintah supaya membayar kepada Pihak Berkuasa Negeri, di samping apa-apa denda yang dikenakan apabila disabitkan, pampasan yang sama nilainya dengan bahan batuan yang dipersoalkan, dan nilai apa-apa kayuan yang dipotong atau dimusnahkan dalam menjalankan pencabutannya.
(3)          Bagi maksud-maksud subseksyen (2), nilai apa-apa bahan batuan atau kayuan hendaklah, dalam ketiadaan apa-apa keterangan yang berlawanan, diambil sebagai apa-apa amaun sepertimana Pentadbir Tanah mungkin memperakui; dan apa-apa jumlah wang yang diperintahkan dibayar menurut kuasa subseksyen itu hendaklah didapatkan kembali seolah-olah ia adalah denda yang dikenakan apabila disabitkan.
426A. Kuasa menahan dan merampas.
(1)          Mana-mana pegawai polis yang tidak rendah dari pangkat Inspektor, Pendaftar, Pentadbir Tanah, Pegawai Penempatan atau lain-lain pegawai yang diberi kuasa dengan sempurnanya oleh Pihak Berkuasa Negeri (selepas ini dalam Bahagian ini disebut sebagai "pegawai berkuasa") bolehlah tanpa waran­--
(a)            menahan mana-mana orang yang dijumpai melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat untuk melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 425atau 426;
(b)            merampas apa-apa kenderaan, traktor, alat pertanian atau apa-apa benda lain sekalipun yang dipercayainya telah digunakan atau sedang digunakan dalam melaksanakan suatu kesalahan di bawah seksyen itu;
(c)            memusnahkan, membinasa atau memindah mana-mana bangunan, atau mengambilmilik atas nama Pihak Berkuasa Negeri apa-apa tanaman, yang dibina atau ditanam di atas mana-mana tanah sebagai pelanggaran terhadapnya.
(2)          Apabila Pendaftar, Pentadbir Tanah, Pegawai Penempatan atau pegawai berkuasa menjalankan kuasanya untuk menahan, merampas atau memindah di bawah subseksyen (1), maka dia hendaklah meng­umumkan jawatannya atau kuasanya dan hendaklah mengeluarkan untuk pemeriksaan mana-mana orang terhadap siapa dia sedang di­ambil tindakan, suatu kad kuasa yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
(3)          Pendaftar, Pentadbir Tanah, pegawai Penempatan atau pegawai berkuasa bolehlah meminta mana-mana pegawai polis untuk mem­bantu dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah subseksyen (1), dan ia hendaklah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai polis untuk mematuhi apa-apa permintaan sedemikian.
(4)          Pendaftar, Pentadbir Tanah, Pegawai Penempatan atau pegawai berkuasa yang membuat penahanan di bawah subseksyen (1) hendaklah tanpa kelewatan yang tidak perlu membawa orang yang ditahan sedemikian kepada pegawai polis atau membawa orang itu kepada balai polis yang berdekatan; dan peruntukan-peruntukan Kanun Prosedur Jenayah hendaklah dipakai berhubung dengan orang yang ditahan sedemikian.
(5)          Bila-bila sahaja apa-apa benda dirampas di bawah seksyen ini, pegawai yang merampas hendaklah dengan segera itu memberi notis secara bertulis tentang perampasan itu dan alasan-alasan mengenai­nya kepada pemilik benda itu, jika diketahui, sama ada dengan menyerahantarkan notis sedemikian kepadanya secara dirinya sendiri atau melalui pos atau di tempat kediamannya, jika diketahui:
Dengan syarat bahawa notis sedemikian tidaklah dikehendaki diberi apabila perampasan itu dibuat ke atas orang, atau dalam kehadiran pesalah atau pemilik atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
426B. Penjagaan dan serahantaran benda-benda yang dirampas.
(1)          Jika sekiranya seorang Pegawai Penempatan atau pegawai berkuasa telah merampas apa-apa benda dalam menjalankan kuasa­kuasanya di bawah seksyen 426A, maka dia hendaklah secepat mungkin memberitahu fakta itu kepada Pentadbir Tanah yang akan mengarah Pegawai Penempatan atau pegawai berkuasa itu tentang penjagaan benda itu dengan sempurna, dan jika benda itu adalah suatu benda yang boleh diserahantarkan kepada pegawai polis di bawah subseksyen (2) seksyen ini, bolehlah mengarahkan supaya ia diserahantarkan sedemikian.
(2)          Pendaftar atau Pentadbir Tanah atau jika ada arahan di bawah subseksyen (1) seksyen ini,  Pegawai Penempatan atau pegawai berkuasa, bolehlah menyerahantarkan kepada pegawai polis-
(a)          apa-apa harta alih (selain dari apa-apa yang dirampas di bawah perenggan (b) subseksyen (1)seksyen 426A), yang tinggal di atas tanah selepas seseorang telah ditahan atau; bangunan telah dimusnahkan atau dipindah di bawah perenggan (c) subseksyen (1)seksyen 426A; dan
(b)          apa-apa bahan yang menjadikan bangunan yang dimusnah atau dipindahkan sedemikian; dan harta atau bahan yang diserahantarkan sedemikian hendaklah dilupuskan selaras dengan seksyen 22 Akta Polis, 1967.
426C.             Pelucuthakan benda-benda yang dirampas.
(1)          Segala benda yang dirampas dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh perenggan (b) subseksyen (1)seksyen 426Ahendaklah tertanggung kepada pelucuthakan.
(2)          Jika sekiranya apa-apa benda telah dirampas di bawah perenggan (b) subseksyen (1)seksyen 426A, seorang pegawai polis           yang tidak rendah dari pangkat Inspektor, Pendaftar atau Pentadbir Tanah bolehlah, atas budi bicaranya, mengembalikan buat sementara apa-apa benda tersebut kepada pemilik benda itu apabila sekuriti yang memuaskan diberi kepada pegawai polis, Pendaftar atau Pen­tadbir Tanah bahawa benda itu hendaklah diserahkan balik kepadanya atas permintaan atau untuk mengemukakannya di hadapan Mahkamah yang kompeten bidangkuasanya.
(3)          Suatu perintah untuk pelucuthakan atau untuk melepaskan apa-apa benda yang dirampas dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah perenggan (b) subseksyen (1) seksyen 426A hendaklah dibuat oleh Mahkamah di mana dakwaan mengenainya telah dibuat dan suatu perintah untuk pelucuthakan benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan kepada Mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah seksyen 425 atau 426 telah dilakukan dan bahawa benda itu adalah hal perkara atau digunakan dalam melakukan kesalahan itu walaupun tiada sesiapa telah disabitkan dengan kesa­lahan itu.
(4)          Jika tidak ada dakwaan mengenai apa-apa benda yang dirampas dalam menjalankan kuasa-kuasa di bawah perenggan itu, benda itu hendaklah diambil dan disifatkan sebagai dilucuthak apabila tamat­nya satu bulan dari tarikh perampasan melainkan sebelum tarikh itu suatu tuntutan mengenainya dibuat dengan cara yang berikut­;
(a)          mana-mana orang yang menuntut bahawa dia adalah pemilik benda itu dan bahawa ia tidak tertanggung kepada pe­lucuthakan bolehlah secara bersendirian atau oleh ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberi notis bertulis kepada pegawai polis, Pendaftar atau Pentadbir Tanah yang memegang benda itu bahawa dia menuntut benda yang sama;
(b)          apabila menerima notis sedemikian, pegawai polis, Pendaftar atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Hakim Mah­kamah Sesyen untuk keputusan;
(c)          Hakim yang kepadanya perkara itu telah dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menyatakan bahawa dia adalah pemilik benda itu dan orang yang darinya benda itu dirampas untuk menghadir diri di hadapannya dan jika ia hadir atau enggan hadir, penyampaian sempurna saman itu dibuktikan, Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan atas bukti bahawa suatu kesalahan di bawah seksyen 425atau 426telah dilakukan, dan bahawa benda itu adalah hal perkara atau adalah digunakan dalam melakukan kesalahan itu hendaklah mengarah benda itu dilucuthak atau boleh dalam ketiadaan apa-apa bukti mengarah supaya ia dilepaskan.
(5)          Semua barang yang dilucuthak atau disifatkan telah dilucuthak hendaklah diserahantarkan kepada Pentadbir Tanah dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan­--
(a)          Pengarah Negeri;
(b)          Ketua Pengarah Tanah dan Galian, jika kesalahan dilakukan atas tanah yang dipegang oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan; atau
(c)          oleh pihak berkuasa yang berkenaan, jika kesalahan di­lakukan atas tanah yang dipegang oleh atau bagi pihak, suatu pihak berkuasa tempatan, atau suatu pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang terletakhak kepada nya oleh undang-undang Persekutuan atau Negeri.
(6)          Jika sekiranya apa-apa benda yang dirampas dalam menjalan­kan kuasa-kuasa yang diberi di bawah perenggan (b) subseksyen (1)seksyen 426nadalah bersifat boleh binasa atau jika sekiranya penjagaan benda itu melibatkan perbelanjaan yang tidak munasabah dan menyukarkan, Pengarah Negeri, Ketua Pengarah Tanah dan Galian atau pihak berkuasa berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, bolehlah mengarahkan supaya benda itu dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang menanti keputusan apa-apa dakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini.
426D.             Tiada kos atau ganti rugi yang timbul dari perampasan boleh didapatkan kembali.
Tiada sesiapa boleh, dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan perampasan apa-apa benda yang dirampas dalam penggunaan atau penggunaan berupa kuasa-kuasa yang diberi di bawah seksyen 426A, berhak kepada kos prosiding sedemikian atau tertakluk kepada seksyen 426Ckepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan perampasan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah atau jangka.
f.             Peragutan haiwan yang menyalahi undang-undang.
(1)          Tiada sesiapa boleh membenarkan mana-mana haiwan meragut di mana-mana tanah Kerajaan atau tanah rizab kecuali menurut, dan selaras dengan peruntukan-peruntukan, suatu permit selaku demikian yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah atau, dalam kes tanah rizab, pegawai yang buat masa itu mempunyai kawalan ke atasnya.
(2)          Mana-mana orang yang melanggar peruntukan-peruntukan subseksyen (1), atau apa-apa permit yang dikeluarkan di bawahnya, adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi seratus ringgit.
g.            Halangan kepada hak lalulalang Pentadbir Tanah, jalan dan lain-lain tempat awam.
(1)          Jika sekiranya Pentadbir Tanah berpuas hati bahawa telah dilakukan suatu halangan yang menyalahi undang-undang, atau pencerobohan di atas, mana-mana hak lalulalang Pentadbir Tanah, atau mana-mana jalan awam atau laluan air atau tempat lain yang kepadanya orang awam berhak masuk keluar, dia bolehlah membuat suatu perintah yang menghendaki orang atau orang-orang yang bertanggungjawab mengenainya supaya memindah halangan atau pencerobohan itu, dan jika perintah itu tidak dipatuhi dalam tempoh yang dinyatakan di dalamnya, boleh dirinya sendiri mengambil apa-apa langkah yang mungkin perlu bagi maksud itu.
(2)          Mana-mana orang yang menghalang secara menyalahi undang-undang atau menceroboh di atas mana-mana hak lalulalang, jalan, laluan air atau tempat adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi dua ribu ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya.
(3)          Mana-mana orang yang disabtikan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini bolehlah, di samping denda yang dikenakan apabila disabitkan, diperintah supaya membayar kepada Pihak Ber­kuasa Negeri kos-kos (seperti yang diperakui oleh Pentadbir Tanah) mengenai apa-apa langkah yang diambil dengan munasabahnya di bawah subseksyen (1) untuk memindah halangan atau pencerobohan yang dipersoalkan; dan apa-apa jumlah wang yang diperintah supaya dibayar demikian hendaklah didapatkan kembali seolah-olah ia adalah denda yang dikenakan.
428A. Penerimaan salah apa-apa maklumat.
Jika mana-mana orang menerima apa-apa maklumat mengenai perkara yang diketahui atau dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai pada masa dia menerima maklumat bahawa maklumat itu telah diberi tahu atau dizahirkan kepadanya berten­tangan dengan seksyen 19, dia hendaklah, melainkan dia membuktikan bahawa maklumat itu telah diberi tahu atau dizahirkan kepadanya berlawanan dengan kehendaknya, adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi satu ribu ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak mele­bihi enam bulan, atau kedua-duanya.
428AA. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan: pegawai-pegawai didapati bersalah.
(1)          Jika sekiranya seseorang yang dituduh melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya ialah suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu boleh dituduh bersama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika sekiranya pertubuhan perbadanan itu disabitkan di atas kesalahan yang dituduh itu, tiap-tiap pengarah atau pegawai itu hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan tersebut melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah perlakuannya.
(2)          Mana-mana orang yang tertanggung di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya terhadap apa-apa penalti bagi perkara-perkara yang dilakukan atau ditinggalkan jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh dirinya sendiri hendaklah tertanggung kepada penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh ejennya, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah perlakuan atau ketinggalan perkara itu.
Mana-mana orang yang melanggar peruntukan-peruntukan­
(a)          seksyen 19 (yang melarang pegawai-pegawai yang dilantik di bawah Akta ini dari membocor perkara-perkara yang sampai ke pengetahuannya dalam menjalankan kewajipan­kewajipan mereka), atau
(b)          seksyen 20 (yang berkait dengan pembelian tanah oleh pegawai-pegawai yang dilantik sedemikian), atau
(c)          subseksyen (2) seksyen 375 (yang melarang pemindahan daftar-daftar hakmilik, dll., dari Pejabat Pendaftaran dan Pejabat Tanah), atau
(d)          subseksyen (1)seksyen 379 (yang berkait dengan mem­beritahu Pendaftar mengenai pertukaran alamat),
adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikena­kan denda yang tidak melebihi satu ribu ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan.
429A. Kuasa untuk menjalankan pendakwaan.
(1)          Pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini bolehlah dijalankan oleh Pengarah Negeri, Pentadbir Tanah atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengarah Negeri.
(2)          Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), pendakwaan ber­kenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap seksyen 400 dan 403 boleh dijalankan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan.
429B.             Kuasa untuk mengkompaun.
(1)          Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah boleh mengkompaun mana-mana kesalahan yang telah ditetapkan sebagai kesalahan yang boleh dikompaunkan dengan menerima dari orang yang disyaki dengan munasabahnya melakukan kesalahan tersebut sejumlah wang yang tidak melebihi lima ratus ringgit.
(2)          Apabila dibayar jumlah wang tersebut orang yang disyaki dengan munasabahnya melakukan kesalahan, jika dalam tahanan, hendaklah dilepaskan dan prosiding selanjutnya tidak boleh diambil terhadap orang tersebut.
BAHAGIAN TIGA PULUH TIGA
PENYAMPAIAN DAN PENYIARAN NOTIS
Dalam Bahagian ini "notis" termasuklah apa-apa pemberitahuan, instrumen atau lain-lain dokumen yang dibenarkan atau dikehen­daki oleh Akta ini untuk disampaikan kepada mana-mana orang atau badan.
(1)          Tanpa menjejaskan apa-apa kaedah penyampaian yang lain, suatu notis bolehlah disampaikan kepada seseorang atau badan bagi maksud-maksud Akta ini­-
(a)          dengan menyerahantar notis itu kepada orang itu; atau
(b)          dengan menyerahantar notis itu­-
(i)            di tempat kediaman atau tempat kerja seseorang yang biasa atau yang diketahui terakhir sekali kepada pekerjanya atau kepada seseorang anggota keluarga­nya yang dewasa; atau
(ii)          di pejabat yang berdaftar atau tempat kerja bagi badan itu yang biasa atau yang diketahui terakhir sekali kepada pekerja atau ejennya; atau
(c)          dengan meninggalkan notis itu di dalam satu sampul yang dialamatkan kepada orang atau badan itu­
(i)            di tempat kediaman atau tempat kerja seseorang yang biasa atau yang diketahui terakhir sekali; atau
(ii)          di pejabat yang berdaftar atau tempat kerja bagi badan itu yang biasa atau yang diketahui terakhir sekali; atau
(d)          dengan menghantar notis itumelalui pos berdaftar bayar­dahulu kepada orang atau badan di alamat penyampaian yang diberi menurut mana-mana peruntukan Akta ini atau, jika tiada alamat demikian yang telah diberi­
(i)            di tempat kediaman atau tempat kerja seseorang itu Yang biasa atau diketahui terakhir sekali; atau
(ii)          di pejabat yang berdaftar atau tempat kerja bagi badan itu yang biasa atau yang diketahui terakhir sekali; atau
(e)          dengan penyampaian gantian selaras dengan seksyen 432.
(2)          Suatu notis yang disampaikan dengan pos berdaftar bayar­dahulu di bawah perenggan (d) subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan pada masa bilamana surat yang mengan­dungi notis itu diserahantarkan dalam perjalanan biasa pos; dan adalah menjadi bukti yang mencukupi bagi penyampaian bahawa surat An adalah dialamatkan dengan betul selaras dengan perenggan itu dan dimasukkan ke dalam pos:
Dengan syarat bahawa, jika sekiranya surat itu dikembalikan melalui pos tanpa diserahantarkan, notis itu tidaklah disifatkan sebagai telah disampaikan.
431A. Penyampaian notis jika sekiranya tuanpunya tanah telah mati.
Jika sekiranya tuanpunya tanah yang sepatutnya disampaikan suatu notis telah mati, Pendaftar boleh mengarah bahawa notis itu disampaikan kepada mana-mana anggota keluarga yang dewasa bagi tuanpunya tanah yang telah mati atau boleh menyebabkan notis itu dikirimkan melalui pos kepada Pegawai Pentadbir Pusaka.
(1)          Pendaftar, jika sekiranya dia berpuas hati bahawa suatu notis yang menyentuh tanah dalam Negeri itu tidak boleh disampaikan secara diri sendiri atau melalui pos (sama ada kerana orang yang hendak disampaikan itu mengelakkan penyampaian itu atau kerana sebab-sebab lain), bolehlah memerintah penyampaian itu dilaksana­kan­-
(a)          dengan melekatkan satu salinan notis di satu tempat yang boleh nampak­
(i)            di atas tanah itu; dan
(ii)          di bangunan mahkamah, masjid atau pejabat peng­hulu atau balai, atau di pasar atau tempat awam lain, dalam kawasan di mana tanah itu terletak; dan
(b)          dengan menyiarkan suatu salinan notis itudalam Warta dan, jika difikirkannya sesuai, dalam satu atau lebih akhbar yang diedarkan di Negeri itu.
(2)          Bagi maksud-maksud subseksyen (1) suatu notis yang ber­hubungan dengan dokumen hakmilik kepada mana-mana tanah hendaklah disifatkan sebagai suatu notis yang menyentuh tanah itu.
l.              Penyiaran notis-notis dan pemberitahuan-pemberitahuan tertentu.      
Mana-mana peruntukan Akta ini yang menghendaki suatu salinan notis atau pemberitahuan yang menyentuh tanah yang hendak disiar­kan selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen ini hendaklah ditafsirkan sebagai menghendaki suatu salinan notis atau pemberi­tahuan itu­
(a)          lekatkan di suatu tempat yang boleh nampak­
(i)            di atas tanah dan pejabat penghulu atau balai dalam kawasan di mana tanah itu terletak; dan
(ii)          dalam kawasan itu, di bangunan mahkamah dan masjid (jika ada) dan di pasar-pasar dan tempat-tempat awam lain (jika ada) sebagaimana Pengarah Negeri memikir sesuai; dan

(b)          jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpendapat bahawa penyiaran dalam akhbar adalah dingini, menyiarkan dalam akhbar-akhbar yang diedarkan di Negeri itu sebagaimana yang Pengarah Negeri memikir sesuai.

No comments:

Post a Comment