1. SKIM PERKHIDMATAN
Penolong Pegawai Tanah Gred NT27,
NT32, NT36.
2. PERINGKAT
ORGANISASI
Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar, Jabatan Ketua Pengarah Tanah
dan Galian Persekutuan,
Pejabat-Pejabat Tanah dan Galian Negeri/ Wilayah
Persekutuan dan Pejabat-Pejabat Tanah
Daerah di negeri-negeri
Semenanjung.
3. RINGKASAN TUGAS
Bertanggungjawab menjalankan
tugas-tugas pengurusan tanah di peringkat
kumpulan sokongan berhubung urusan
pentadbiran tanah yang meliputi aspekaspek
pendaftaran tanah, pelupusan tanah,
hasil tanah, pembangunan tanah
(pengambilan balik tanah, pesaka
kecil, ukur tanah, penguatkuasaan tanah dan
tugas-tugas lain yang berkaitan dengan
tanah yang ditentukan dari semasa ke
semasa).
4. BIDANG TUGAS
4.1 Penolong Pegawai Tanah Gred NT27
a. Membuat laporan yang lengkap dan
memperenggankan tanah (ukur
tanah) bagi maksud perkara-perkara
berikut:
i. permohonan tanah dan permit bahan
batu.
ii. permohonan lesen melombong dan
permit cari gali.
iii. permohonan pecah sempadan/
bahagian/ penyatuan tanah.
iv. permohonan tukar syarat.
v. pengambilan balik tanah.
vi. permohonan hak lalu lalang.
vii. pencerobohan tanah kerajaan/
simpanan/ lombong.
2
viii. kelonggaran syarat tanah.
ix. rancangan projek kerajaan.
b. Menjalankan kerja-kerja penempatan
mengenai perkara-perkara
berikut:
i. permohonan tanah yang diluluskan
untuk pertanian, bangunan
dan perusahaan.
ii. tanah-tanah kerajaan yang
diluluskan untuk perkampungan
kawasan-kawasan dalam rancangan tanah
berkelompok
(GSA).
iii. menempatkan mangsa-mangsa bencana
alam di tempattempat
selamat mengikut arahan pegawai daerah
atau
kerajaan negeri.
c. Menjalankan kerja-kerja
penyelesaian ke atas perkara-perkara
berikut:
i. tanah yang telah diukur oleh
Jabatan Ukur untuk milik, pajakan
dan simpanan.
ii. tanah yang telah diukur oleh
Jabatan Ukur untuk rancangan
perkampungan dan penempatan setinggan.
iii. tanah yang telah diukur dalam
urusan pengambilan tanah
1960.
iv. tanah yang telah diukur berkaitan
dengan pecah sempadan/
pecah bahagian/ penyatuan tanah.
v. tanah yang telah diukur semula
bersabit dengan kehilangan
batu sempadan.
vi. tanah yang telah diukur bersabit
dengan hak lalu lalang.
d. Menjalankan kerja-kerja penulisan
di pejabat seperti di bawah ini:
i. penulisan hak milik sementara.
ii. penyediaan draf hak milik
pendaftaran.
iii. penyediaan permohonan ukur bagi
tanah-tanah yang telah
diluluskan pelupusan, pecah sempadan/
pecah bahagian/
penyatuan tanah dan telah diambil
balik sebahagiannya.
3
iv. penulisan hak milik tetap.
v. penulisan hak milik sambungan.
vi. pindaan hasil.
e. Menyimpan dan mengemaskini
rekod-rekod di Pejabat Tanah
seperti:
i. penyelesaian.
ii. fahrasat Pejabat Tanah dan
Fahrasat Lot.
iii. permohonan ukur.
iv. pemerenggan.
v. plotting tracing.
vi. daftar tanah simpanan.
vii. daftar syarat-syarat tertentu.
viii. daftar permohonan tanah.
ix. syit-syit pelan akui.
x. permohonan hak milik.
xi. rekod kes-kes tangkapan.
f. Menjalankan kerja-kerja penilaian
berhubung dengan:
i. urus niaga tanah untuk cukai setem
bagi Akta Pembahagian
Pusaka.
ii. ganti rugi untuk pengambilan
tanah.
iii. permohonan tukar syarat.
iv. tanaman-tanaman dan perkakas yang
telah dirampas bersabit
dengan Seksyen 425 dan 426.
v. pampasan mengenai hak lalu lalang
pemungut dan izin lalu
(way leave).
vi. pampasan bersabit dengan bencana
alam.
4
vii. permohonan tanah bagi maksud
premium.
viii. lelong tanah.
ix. pampasan berkaitan dengan
kerosakan tanah ketika kerja ukur
dijalankan.
4.2 Penolong Pegawai Tanah Gred NT32
a. Pembangunan Tanah (Pengambilan
Balik Tanah).
i. menerima dan memproses permohonan
pengambilan balik
tanah untuk projek-projek Kerajaan
Persekutuan, kerajaan
negeri dan agensi-agensi kerajaan.
ii. menyemak laporan-laporan tanah
yang dibuat oleh Penolong
Pegawai Tanah Gred NT27 dan
menyediakan Kertas Majlis
Mesyuarat Kerajaan.
iii. melaksanakan perbicaraan hearing.
iv. menghadiri perbicaraan di Mahkamah
Tinggi.
b. Kerja-kerja Penempatan dan
Penyelesaian.
i. mengawas pelaksanaan kerja-kerja
penempatan dan kerjakerja
Penolong Pegawai Tanah Gred NT27 dan
menyediakan
Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan.
ii. memperakukan kepada Pemungut Hasil
Tanah untuk
pengesahan pelan-pelan yang disediakan
oleh Jabatan Ukur
bagi penempatan terakhir.
c. Permohonan-permohonan tanah, Lesen
Pendudukan Sementara
dan permit.
i. memproses permohonan-permohonan.
ii. menyemak laporan-laporan tanah
yang disediakan oleh
Penolong Pegawai Tanah Gred NT27 dan
Pelukis Pelan.
iii. menyemak laporan-laporan dari
jabatan-jabatan yang ada
kaitan.
iv. menyediakan Kertas Majlis
Mesyuarat Kerajaan.
5
d. Pendaftaran Hakmilik Urusan Tanah.
i. dilantik sebagai Penolong Pendaftar
Hakmilik untuk mendaftar
hakmilik-hakmilik dan urusan-urusan
tanah.
ii. mengemaskini dan mengawasi semua
rekod pendaftaran dan
hak milik tanah.
iii. menyempurnakan perbicaraan
kes-kes gadaian yang tidak
ditebus.
iv. Menyempurnakan pelelongan tanah
yang telah digadai.
e. Penguatkuasaan
i. bertanggungjawab dalam hal-hal
penyiasatan bagi mencegah
pencabulan tanah-tanah kerajaan dan
pelanggaranpelanggaran
syarat.
ii. menyediakan charge sheet dan
case precis.
iii. mengambil bahagian dalam
perbicaraan.
f. Tugas-tugas lain
i. menjadi ahli lembaga tender bagi
tanah-tanah yang hendak
dipajakkan.
ii. menilai dan juga mengkaji nilaian
harga tanah yang dibuat oleh
Penolong Pegawai Tanah Gred NT27.
iii. mewakili Pemungut Hasil Tanah
dalam perancangan tanah
bandar dan desa jika diperlukan.
4.3 Penolong Pegawai Tanah Gred NT36
a. Mengawas pelaksanaan kerja-kerja
Penolong Pegawai Tanah Gred
NT27, NT32.
b. Menyediakan Kertas Majlis Mesyuarat
Kerajaan.
c. Membantu menyediakan Kertas
Memorandum Jemaah Menteri.
d. Menyediakan afidavit dan hadir di
mahkamah.
e. Menjalankan tugas penguatkuasaan
dan pegawai pendakwa di
mahkamah di bawah Seksyen 425 dan 426
Kanun Tanah Negara.
6
f. Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa
Pembangunan Tanah/
Pemantauan Tanah Kerajaan/ Tanah
Persekutuan.
g. Memberi taklimat berhubung
tanah-tanah persekutuan dan
pengambilan tanah.
5. HUBUNGAN KERJA
Dalaman
a. Rakan sekerja di bahagian/ unit/
cawangan yang sama.
b. Anggota lain di bahagian lain dalam
organisasi yang sama.
Luaran
a. Orang awam.
b. Agensi kerajaan yang berkaitan.
c. Badan/ pertubuhan antarabangsa.
d. Agensi swasta.
e. Ahli politik/ pemimpin masyarakat.
6. PERSEKITARAN KERJA
a. Dalam dan luar pejabat.
7. KEBOLEHAN YANG
DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN)
a. Kebolehan mengendalikan perisian
komputer dan peralatan yang
berkaitan dengan bidang tugas.
8. SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN
DENGAN JAWATAN
a. Bersih, cekap dan amanah.
b. Jujur.
c. Bertanggungjawab.
d. Berminat dan berdedikasi.
7
9. ANCAMAN/ BAHAYA
a. Terdedah dengan unsur rasuah.
b. Terlibat dengan penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa.
terima kasih untuk maklumat yang dikongsikan
ReplyDelete