Sunday 29 September 2013

INTISARI PINDAAN SEKSYEN 425 DAN 429 KTN

INTISARI PINDAAN SEKSYEN 425 DAN 429 KTN


Intisari Pindaan Undang-undang Kanun Tanah Negara 1965 (Terkini)
Last Updated Jumaat, 20 Februari 2009 08:00



Pentadbiran Tanah memandang berat terhadap kesalahan mengambil atau mengalihkan bahan
batuan secara tidak sah. Sehubungan itu, seksyen 426, Kanun Tanah Negara dipinda bagi
meningkatkan hukuman denda daripada RM10,000 kepada RM50,000 dan tempoh penjara
daripada satu tahun kepada lima tahun. Adalah diharapkan agar peningkatan hukuman denda
dan penjara ini dapat menjadi satu langkah deterrent , agar bahan batuan ini tidak diambil
dengan sewenang-wenangnya.

Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, kuasa
mendakwa dan mengkompaun hanya ada pada Pendakwa Raya. Begitu juga dengan proses
mendakwa dan mengkompaun hanya boleh dimulakan dengan kebenaran bertulis daripada
Pendakwa Raya.

Oleh itu seksyen 429A, dan seksyen 429B Kanun Tanah Negara dipinda
bagi memperuntukkan dengan jelas bahawa pendakwaan dan kompaun bagi sebarang
kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara hanya boleh dimulakan oleh Pendakwa Raya atau
dengan kebenaran bertulis daripadanya.

Pindaan-pindaan lain yang tidak dinyatakan adalah merupakan pindaan-pindaan yang
berbangkit atau consequential amendment. Pindaan-pindaan yang dikemukakan itu akan dapat
meningkatkan keyakinan rakyat ke atas pentadbiran tanah dalam menangani masalah-masalah
semasa dan menerajui pembangunan negara pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment