Menyabitkan kesalahan zina dan liwat
Kesalahan zina dan liwat sabit dengan iqrar [pengakuan] atau
melalui saksi-saksi yang memenuhi syarat syaratnya.
Iqrar [Pengakuan]
Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):
“Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina.”
Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain [yakni seperti tidak melayannya], lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali.
Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau gila?”
Dia menjawab: “Tidak.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Adakah engkau telah berkahwin?”
Dia menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): “Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia.”
Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja.”
Dia menjawab: “Tidak. Sebenarnya saya telah berzina.”
Mengikut riwayat yang lain: “Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa.” Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.
Hadis riwayat Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya (riwayat Muslim, Kitab al-Hudud):
“Kemudian seorang perempuan dari qabilah al-Ghamidiyah datang mengadap Rasulullah s.a.w. Wanita itu berkata: “Wahai Rasulullah! Sucikanlah diri saya.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Baliklah, beristighfarlah engkau dan bertaubatlah.”
Wanita itu berkata lagi: “Adakah engkau mahu melakukan kepada saya seperti yang engkau lakukan kepada Ma'iz bin Malik?”
Rasulullah s.a.w. bertanya: “Apakah masalah engkau?”
Wanita itu memberitahu bahawa dia sedang mengandung hasil perbuatan zina.
Rasulullah s.a.w. bertanya: “Apakah benar?”
Wanita itu menjawab: “Ya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bersalinlah dahulu.”
Wanita itu dijaga oleh seorang lelaki dari kalangan Ansar sehingga bersalin. Kemudian lelaki itu datang menemui Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa wanita itu telah bersalin. Baginda bersabda: “Kita tidak akan merejamnya dan membiarkan anaknya tidak dapat menyusu.” Lalu bangun seorang lelaki dari kalangan Ansar dan berkata: “Biar saya uruskan urusan penyusuannya, wahai Nabi Allah.” Lalu Rasulullah s.a.w. merejam wanita itu.”
Kedua-dua hadis di atas diriwayatkan oelh para ulama hadis dengan riwayat yang sahih dan menjadi dalil dalam kes iqrar [mengaku] berzina. Para ulama telah menyimpulkan daripadanya hukum-hukum yang berkaitan dengan iqrar melakukan kesalahan zina dan liwat.
Syarat-syarat iqrar

- Orang
yang membuat pengakuan itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal.
Tidak sah pengakuan orang gila, mabuk dan sebagainya, kerana sabda
Rasulullah s.a.w. [Abu Daud: Kitab al-Hudud] “Diangkat qalam daripada
menulis amalan kanak-kanak sehingga dia baligh, daripada orang tidur
sehingga dia terjaga, dan daripada orang gila sehingga dia sedar.”
- Pengakuan
hendaklah dilakukan dengan pilihan sendiri, tanpa dipaksa, sepeti dipukul,
dibelasah, diberi bahan yang menghilangkan ingatan seperti dadah dan
sebagainya. Maka tidak sah pengakuan orang yang dipaksa, kerana sabda
Rasulullah s.a.w. [Ibn Majah: Kitab al-Talaq] : “Allah mengangkat
(memaafkan) kesalahan umatku yang melakukan sesuatu kerana tersalah,
terlupa dan dipaksa.”
- Iqrar
[pengakuan] dilakukan secara lisan. Tidak diterima pengakuan dalam bentuk
tulisan, pita rakaman dan sebagainya dalam perkara hudud.
- Iqrar
hendaklah dilakukan berulangkali dalam perkara zina dan liwat, iaitu
sebanyak empat kali, dalam majlis yang berasingan, seperti yang dilakukan
oleh Rasulullah s.a.w. terhadap Ma'iz bin Malik.
- Iqrar
itu dilakukan di hadapan hakim dan hakim pula menunjukkan sikap tidak
senang dan berusahan supaya orang yang beriqrar itu tidak mengulangi
iqrarnya, kerana bertaubat lebih baik daripada menyerah diri secara iqrar di
hadapan pihak yang berkenaan, kerana inilah cara yang diajarkan oleh
Rasulullah s.a.w.
Menarik Balik Pengakuan
Seseorang yang mengaku melakukan zina dan liwat hendaklah diterima penarikan balik pengakuannya, walaupun sudah memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas, kerana Rasulullah s.a.w. menegur para sahabat baginda dengan keras kerana meneruskan hukuman terhadap Ma'iz bin Malik setelah dia melarikan diri ketika hukuman dijalankan.
Apabila seseorang lelaki mengaku zina dengan seseorang perempuan dan perempuan itu tidak mengaku salah, maka si lelaki sahaja yang dihukum, kerana inilah keputusan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.
Saksi
Firman Allah [an-Nisa': 15] yang bermaksud: “Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka.”
Firman Allah lagi [an-Nur:4] yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi…”
Firman Allah lagi [an-Nur:13] yang bermaksud: “Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Jika mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.”
Orang yang menjadi saksi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Baligh
lagi berakal. Oleh itu tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang
gila, kerana cakapnya tidak boleh diterima.
- Islam,
sekiranya tuduhan dilakukan terhadap orang Islam, kerana kesedarannya
terhadap perhitungan dosa pahala dan sebagainya. Di samping itu, perkara
zina dan liwat ini termasuk dalam hukum hudud Islam yang dinaskan.
- Mempunyai
pancaindera yang sihat. Tidak diterima saksi yang tidak jelas penglihatan,
tuli dan bisu.
- Adil,
yakni seseorang yang diketahui tidak melakukan mana-mana dosa besar, dosa
kecil secara berterusan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah, walau
pun tidak berdosa.
- Lelaki,
yakni dalam perkara hudud dan qisas. Oleh kerana zina dan liwat termasuk
dalam perkara hudud, maka saksi wanita tidak diterima dalam perkara ini.
- Tiada
tohmahan (kekeliruan yang menarik manfaat atau menolak mudarat), berkepentingan
dan prejudis seperti menjadi saksi kepada bapa, anak atau majikannya, atau
orang yang diketahui bermusuh dengan orang yang dituduh yang akan
memburukkannya sahaja. Maka tidak boleh menerima penyaksian saksi yang ada
kaitan dengan konspirasi politik dan sebagainya.
- Bilangan
yang cukup. Pada tuduhan zina dan liwat, memerlukan empat orang saksi.
- Keempat-empat
saksi melihat (perbuatan zina dan liwat itu) bersama-sama.
- Memberi
keterangan dalam majlis (persidangan) yang sama.
Saksi dalam tuduhan zina dan liwat bukan sahaja wajib memenuhi syarat-syarat tersebut tetapi juga hendaklah melihat kesalahan itu berlaku mengikut takrifnya secara jelas, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya secara jelas. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa keterangan melalui kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat. Keterangan saksi yang berlapis yang hanya menerima berita dari orang lain [hearsay] juga tidak boleh diterima.
Kesemua perkara tersebut menunjukkan bahawa tuduhan zina dan liwat, tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.
Keterangan-Keterangan Yang Tidak Nyata
Penggunaan kepakaran untuk menganalisa darah dan air mani [atau ujian DNA] bagi mensabitkan kesalahan jenayah huduh seperti zina dan liwat tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ada syubhat [kekeliruan]. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Hudud hendaklah ditolak (tidak dilaksanakan) dengan adanya syubhat [kekeliruan].”
Ketepatan analisa DNA boleh dipertikaikan kerana banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh menimbulkan keraguan. Sesetengah ulama membenarkan analisa ini untuk menafikan tuduhan sahaja, bukan untuk mengisbatkannya (mensabitkan kesalahan). Para ulama Islam telah menyebut perkara ini di dalam kitab-kitab fiqh, di antaranya Ibn al-Qayyim di dalam kitanya al-Turuq al-Hukmiyyah.
Begitu juga tuduhan tidak boleh disabitkan dengan gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang bukan merupakan keterangan secara langsung.
Bersumpah
Tidak diharuskan bersumpah bagi mensabitkan jenayah hudud yang berkaitan dengan hak Allah, seperti zina dan liwat. Bahkan jenayah hudud dan qisas dalam perkara hak manusia juga tidak dibenarkan bersumpah menurut jumhur (kebanyakan) ulama kerana perkara hudud dan qisas yang berhubung dengan hak manusia juga dianggap menyerupai hak Allah.
Yang dimaksudkan dengan bersumpah di sini adalah sumpah mengikut hukum Islam dengan lafaznya yang ditetapkan, bukan seperti yang difahami oleh orang jahil yang mencadangkan supaya sumpah dilakukan secara menjunjung al-Quran, yang menyerupai sumpah yang dilakukan oleh penganut agama Kristian.
Syarat orang yang melakukan zina dan liwat
Orang yang melakukan kesalahan zina dan liwat itu pula hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Baligh,
yakni cukup umur mukallaf
- Berakal
- Secara
pilihan dengan tidak dipaksa
- Mengetahui
pengharaman zina dan liwat
- Tiada
syubhah (seperti terkeliru atau tersilap kerana disangka isterinya)
- Berzina
atau berliwat dengan manusia
- Melakukan
perbuatan yang ditakrifkan sebagai zina atau liwat
Qazaf
Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.
Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir.
Qazaf termasuk dalam hukum hudud yang dinaskan di dalam al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Perkara yang telah dinaskan, berada di luar bidang ijtihad para ulama, kerana haram meminda nas daripada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, tidak boleh dinamakan hudud PAS atau hudud sesiapa. Sesiapa yang membuat kenyataan itu maka hukumnya berdosa kerana kenyataan yang dibuatnya itu berdasarkan kepada kejahilannya.
Perkara tersebut menjadi perkara yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam, kerana fardhu ain itu, bukan sahaja terdapat pada perkara yang wajib ditunaikan, tetapi termasuk juga pada perkara yang diharamkan kita melakukannya agar kita menjauhinya, meninggalkannya dan mencegahnya, Manakala mendalaminya secara detail hukumnya adalah fardhu kifayah.
Di kalangan ulama ada yang membahagikan tuduhan itu kepada dua cara:

sorih [berterus terang] dengan menujukan tuduhan zina atau liwat kepada
orang yang tertentu. Sekiranya tuduhan itu diakui oleh orang yang dituduh
secara sukarela dan memenuhi syarat-syarat pengakuannya, maka hukuman
hudud boleh dijatuhkan oleh hakim ke atas orang berkenaan.
- Secara
sindiran. Seperti menafikan nasab daripada ayahnya mengatakan 'awak bukan
anak kepada si anu' yang diketahui sebagai bapanya yang sebenar, atau
'awak anak daripada hasil zina' dan lain-lain tuduhan yang boleh
difahamkan sebagai tuduhan zina atau liwat.
Hikmah Pengharaman Qazaf
Tujuan pengharaman qazaf adalah bagi memelihara maruah manusia, yang menjadi satu daripada perkara yang sangat penting bagi manusia sama ada bagi diri, keluarga atau masyarakatnya. Maruah sangat bernilai dalam hidup dan mati seseorang, membezakan manusia dengan binatang dan menjadi sebahagian daripada harga diri sehingga tidak boleh dinilai dengan harta benda yang paling mahal. Islam telah menegaskan kewajipan mempertahankan maruah dengan meletakkan maruah mengatasi harta yang juga wajib dipertahankan.
Demi menjaga maruah itulah, maka diwajibkan hukuman qazaf secara hudud yang ditetap oleh Allah dan Rasul-Nya s.a.w. supaya seseorang itu atau kumpulannya tidak boleh melemparkan tuduhan zina dan liwat ke atas seseorang yang lain secara sewenang-wenangnya.
Syarat-syarat Qazaf
Tidaklah mudah menentukan bahawa seseorang itu telah melakukan qazaf, kerana Islam mewajibkan syarat-syarat tertentu bagi orang yang melakukannya, orang menjadi mangsa dan tuduhan itu sendiri.
Syarat-syarat bagi orang yang melakukan tuduhan itu adalah:
- Berakal.
Tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana
cakapnya tidak boleh dipakai.
- Baligh,
yakni sampai umur mukallaf yang boleh dipertanggungjawabkan
perintah-perintah agama ke atasnya. Kanak-kanak yang belum baligh, tidak
boleh dikategorikan tuduhannya sebagai qazaf.
- Tidak
dipaksa. Tidak boleh menerima tuduhan yang dilakukan oleh orang yang
dipaksa supaya melakukan tuduhan itu.
- Tidak
dapat mengadakan empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi
mengikut hukum Islam
Orang yang dituduh juga hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Berakal.
Maka tidak sah menuduh orang yang tidak berakal. Oleh itu orang yang
menuduh tidak boleh diambil tindakan qazaf
- Baligh.
Maka orang yang menuduh terhadap orang yang tidak baligh, tidak boleh
dikenakan hukuman had qazaf. Dia hanya dikenakan hukuman ta'zir.
- Islam,
mengikut jumhur para ulama.
- 'Iffah
atau ihsan, yakni orang yang dituduh itu seorang yang diketahui kebaikan
akhlaknya dan tidak pernah disabitkan melakukan zina.
- Orang
yang ditentukan tidak berlaku qazaf dengan menuduh seseorang yang tidak ditentukan
secara khusus.
Syarat tuduhan pula hendaklah tuduhan dalam perkara zina, menurut
ijmak para ulama dan tuduhan dalam perkara liwat, mengikut pendapat jumhur para
ulama. Sekiranya tuduhan itu dalam perkara yang lain seperti berjudi, minum
arak, rasuah dan sebagainya, maka tidak dinamakan qazaf yang mewajibkan hukuman
hudud, tetapi berpindah kepada hukum takzir yang terserah kepada budibicara
pihak yang berkenaan untuk menentukan hukumannya.
Mensabitkan Jenayah Qazaf
Kesalahan qazaf yang dijatuhkan hukuman had ialah apabila terbukti melalui dua cara:

daripada orang yang melakukan qazaf.
- Dua
orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi.
Hukum Hudud yang berkait dengan Qazaf
Terdapat kekhilafan di kalangan para ulama, adakah hukum qazaf berkait dengan hak Allah atau hak manusia?
Mazhab Hanafi menegaskan bahawa qazaf termasuk di dalam kategori hak Allah terhadap hamba-Nya kerana ia berkait dengan maruah seseorang. Hukum hudud yang ditetapkan ke atas jenayah qazaf berkait dengan maslahah umum, iaitu untuk memelihara kepentingan hamba-hamba Allah [manusia] dan maruah mereka, serta menghindarkan perkara kefasadan di kalangan manusia.
Apabila ia menjadi aspek umum maka ia termasuk dalam hak Allah terhadap hamba-hamba-Nya.
Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak hamba [manusia], kerana maruah secara langsung diberikan kepada manusia. Apabila maruahnya dijatuhkan melalui qazaf, ia bermakna seperti melakukan sesuatu ke atas batang tubuh orang yang tertentu, maka ia menjadi hak bagi diri orang itu.
Manakala ulama dalam mazhab Maliki berselisih pendapat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju dengan mendapat Mazhab Hanafi, ada yang bersetuju dengan pendapat Mazhab Syafie dan Hambali. Di antara mereka adalah Ibnu Rusyd, dan ada yang berpendapat bahawa di dalam perkara qazaf ada kedua-dua hak tersebut.
Mereka yang berpegang kepada pendapat bahawa qazaf itu adalah hak Allah, bermakna setelah perkara itu dibawa kepada pihak yang berkenaan [berwajib] maka ia tidak boleh dimaafkan lagi, yakni mangsa tuduhan tidak boleh memberikan pengampunan.
Pengampunan hanya boleh diberi sebelum kes tersebut dibawa kepada pihak yang berkenaan. Manakala mereka yang menyatakan bahawa qazaf itu adalah hak manusia, maka mangsa tuduhan diberi hak untuk memberikan pengampunan kepada orang yang dijatuhkan hukuman kerana kesalahan melakukan qazaf.
Hak Tuduhan Qazaf
Mereka yang berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak manusia, mengatakan bahawa orang yang menjadi mangsa mempunyai hak pengampunan ke atas orang yang melakukan jenayah qazaf.
Sekiranya orang yang menjadi mangsa qazaf masih hidup, maka hak membuat pendakwaan terserah kepadanya sendiri. Sekiranya ia telah meninggal dunia, maka hak tersebut berpindah kepada keluarganya yang terdekat, iaitu bermula daripada ayah hingga ke atas, kemudian berpindah kepada anak hingga ke bawah. Ia tidak berpindah kepada saudaranya yang lain, kerana perkara qazaf sangat berkait dengan maruah zuriat secara langsung.
Hukuman ke Atas Orang Yang Melakukan Qazaf [Menuduh Zina atau Liwat]
Nas dan ijtihad para ulama yang berlandaskan roh syariat Allah yang maha adil, menunjukkan bahawa tuduhan yang menjatuhkan maruah seseorang seperti tuduhan zina dan liwat tidak harus dipermudah-mudahkan.
Untuk membuat tuduhan itu, wajiblah mempunyai alasan dan hujah yang kukuh. Perkara-perkara yang diwajibkan ke atas pihak yang berkenaan supaya dilaksanakan ketika melakukan sesuatu tuduhan, membuktikan bahawa kewajipan memelihara maruah juga menjadi tanggungjawab kerajaan setelah ditegaskan bahawa ianya adalah kewajipan individu.
Kesalahan tuduhan zina dan liwat amat besar, sehingga ia dimasukkan ke dalam jenayah yang dikenakan hukuman keras dan ditetapkan sendiri hukumannya oleh Allah SWT secara nas di dalam Al-Quran. Di akhirat pula ia dikira sebagai dosa besar yang disediakan azab yang pedih kepada pelakunya, sekiranya dia tidak bertaubat dan meminta maaf daripada mangsa tuduhan atau tidak menerima tindakan undang-undang Islam oleh pihak yang berkenaan.
Hukuman di dunia
Hukuman di dunia yang wajib dijatuhkan ke atas penjenayah qazaf oleh kerajaan Islam ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.
Firman Allah [an-Nur: 4] yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.”
Hukuman terhadap penjenayah qazaf di dunia ialah:
- Disebat
sebanyak 80 kali sebatan mengikut cara Islam. Bukannya sebatan seperti
yang diamalkan sekarang. Iaitu dengan alat yang sederhana dan cara pukulan
yang sederhana. Tidak dibenarkan mengangkat alat sebatan lebih tinggi
daripada kepala dan sebatan itu tidak boleh menyebabkan kulit dan daging
terkoyak. Orang yang disebat pula hendaklah berada dalam keadaan kesihatan
yang baik dan memakai pakaian yang bersopan serta disaksikan oleh orang
ramai.
- Dihukum
menjadi fasik dengan tidak diterima penyaksiannya dalam segala urusan,
sama ada di mahkamah, ketika berjual beli, perkahwinan, melihat anak bulan
Ramadan, Syawal dan lain-lain.
Hukuman di Akhirat:
Firman Allah [an-Nur: 23-24] yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.”
Hukuman pada hari kiamat nanti lebih adil dan bijaksana. Allah Yang Maha Mengetahui tidak menghukum dengan sifat mengetahui-Nya sahaja, tetapi perbicaraan akan di ulang semula di mahkamah-Nya dengan bukti-bukti yang lebih terperinci. Ketika itu, anggota badan manusia, tangan dan kaki mereka akan menjadi saksi. Di samping itu terdapat catatan para malaikat, iaitu makhluk Allah yang paling baik dan suci, yang nalurikan dengan sifat sentiasa taatkan perintah Allah dan tidak sekali kali menderhakai-Nya.
Mereka akan dikerah untuk menjadi saksi sehingga mulut para pembohong dan pendakwa yang pandai mengubah kata dan meminda catatan tidak mampu lagi untuk memutarbelitkan kenyataan yang sebenar.
'Saiful minum kopi, karipap selepas didakwa diliwat'
Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah
bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah.
"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana
menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat
terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini.
Menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes
pendakwaan.
"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa," tambahnya
Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada.
"Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie.

"Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai,
unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum
terhadap semua itu," tambahnya.
Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah
tuduhan persetubuhan di luar tabii - iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna
dengan persetujuan.
"Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan.

Karpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama
yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas - di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima
kes pengadu Azizan Abu Bakar - tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah
Persekutuan.
"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela iri," katanya.

Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang
yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi.
Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat
itu didakwa berlaku beberapa kali.
Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada
hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful.
Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful
boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian.
Karpal turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan
aksi seks tetapi, ini tidak boleh dilaporkan kerana keterangan
Saiful itu diberikan secara tertutup.
Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan
karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20
minit.
Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan
tanda-tanda emosi yang dia telah menjadi mangsa diliwat.

Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun
2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah
Anwar.
Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkahlaku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.

Menurut Karpal lagi, Saiful telah melakukan sumpah bohong kerana
mendakwa dia telah berbohong di mahkamah dan dalam laporan polisnya apabila dia
berkata pelakuan seks itu dilakukan tanpa persetujuannya.
"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 195 untuk mereka bukti," hujah Karpal.
Karpal kemudiannya meminta pendakwa mendakwa Saiful kerana didakwanya telah mereka bukti.
Saiful, tambahnya, juga telah menunda membuat satu laporan polis - dia membuat laporan dua hari selepas insiden tersebut.

"Doktor pertama yang ditemui Saiful ialah Dr Mohd Osman Abdul
Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," kata Karpal.
Hujahnya, ketidakhadiran Dr Osman (kanan) sebagai saksi, telah menimbulkan keraguan yang serius terhadap kes pendakwa.

Katanya, pihak mendakwa tidak berbuat demikian walaupun ditawarkan
Dr Osman sebagai saksi.
Katanya, keterangan Dr Osman akan bercanggah dengan keterangan yang diberikan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Akan terdapat dua versi kes dan kesangsian tersebut seharusnya diberikan kepada dituduh," tambahnya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Karpal Singh berkata pihak pendakwa telah gagal
membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh
patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil
membela diri.
Katanya saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.
"Dia bukan saksi yang bercakap benar dan berwibawa dan oleh itu, keterangannya perlu ditolak tanpa memerlukan sebarang penjelasan," kata Karpal.
Malah, kata beliau, berdasarkan turutan kejadian, Mohd Saiful telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 195 Kanun Keseksaan kerana memberi keterangan palsu dan berbohong, walaupun telah mengangkat sumpah.
Karpal berkata mahkamah perlu memerintahkan pendakwa raya supaya mengenakan pertuduhan terhadap Mohd Saiful untuk menunjukkan dengan jelas bahawa badan kehakiman tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan menyalahgunakan prosesnya hingga mengakibatkan seorang yang tidak bersalah, disabitkan kesalahan.
Peguam itu juga berkata mangsa mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri daripada seseorang yang didakwa menjadi penyerangnya atau mengadu dengan segera kepada pemilik unit kondominium berkenaan atau kepada pengawal keselamatan di premis itu.
Di samping itu, kata beliau, mangsa juga telah menghadiri satu majlis PKR Parti pada hari berikutnya di Tropicana dan menyertai mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di kediaman tertuduh.
"Tindakan PW1 (Mohd Saiful) itu bercanggah dengan kejadian hubungan seks di luar tabie tanpa kerelaan. Kredibiliti mangsa semakin terhakis," kata Karpal.
Beliau berkata penjelasan yang boleh diterima juga tidak didapati tentang kenapa berlakunya kelewatan dalam membuat laporan polis apabila ia hanya dibuat dua hari selepas kejadian itu didakwa berlaku.
Karpal juga membangkitkan isu kegagalan pihak pendakwa memanggil saksi penting, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, iaitu pegawai perubatan pertama yang membuat pemeriksaan terhadap mangsa.
Sementara itu, dalam hujahnya, seorang lagi peguam bela S.N.Nair berkata pihak pendakwa banyak bergantung pada jeli KY untuk memberi alasan tidak berlakunya kecederaan pada dubur Mohd Saiful.
Kata beliau tiadanya ujian dilakukan terhadap gel yang didakwa digunakan semasa aksi hubungan seks itu mungkin menunjukkan gel berkenaan tidak wujud.
"Cerita gel ini adalah sesuatu yang direka kemudiannya iaitu setelah laporan perubatan oleh doktor dari HKL (Hospital Kuala Lumpurl) menunjukkan tidak terdapat sebarang penemuan tentang berlakunya penetrasi pada dubur/rektum dan tidak ada kecederaan akibat mempertahankan diri pada tubuh pengadu," kata Nair.
Beliau berkata satu soalan penting yang perlu dijawab ialah kenapa gel itu tidak dihantar kepada jabatan Kimia untuk dibuat analisis.
Nair juga membangkitkan isu penyahgredan sampel yang diambil daripada Mohd Saiful di HKL pada 28 Jun, 2008, iaitu dua hari selepas berlakunya kejadian yang didakwa berlaku itu.
Katanya hanya selepas hampir 97 jam dikatakan berlakunya kejadian itu, barulah sampel berkenaan diserahkan kepada ahli kimia Dr Seah, iaitu pada kira-kira pukul 7.55 malam, 30 Jun, 2008.
Peguam bela Ram Karpal Singh pula berkata penemuan oleh ahli kimia Dr Seah dan Nor Aidora Saedon tentang profil DNA, termasuk profil bagi 'lelaki Y', perlu ditolak kerana ia gagal mematuhi sepenuhnya protokol makmal antarabangsa.
Katanya penemuan mereka penuh dengan keraguan dan butiran saintifik yang tidak boleh dijelaskan.
"Ketiadaan bukti yang boleh dipercayai berhubung sampel DNA yang dikemukakan oleh pihak pendakwa untuk dipadankan dengan keterangan pengadu kononnya berlaku kejadian itu, dengan sendirinya menambahkan lagi keraguan tentang kredibiliti pengadu," kata beliau.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan
dakwaannya bahawa kes liwat II yang sedang berlangsung adalah satu konspirasi
politik bagi memuaskan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak
dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Tiada asas bagi pihak pendakwaan untuk meneruskan kes, kata Anwar kecuali bagi memuaskan kehendak tuan politik mereka.
“Kita tahu sistem pornografi Umno, Datuk Seri Najib akan terus guna ini utk mencela kita seolah-olah beliau dan isterinya Rosmah dan yang lain adalah orang yang baik-baik, kekuatannya adalah tunjukkan moral Anwar kurang baik... mereka akan menang.
“Saya nak jelaskan sedikit bahwa ini fitnah jahat ... awal kita nafikan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan (Peguam Cara Negara II) Datuk Yusof (Zainal) diperalatkan sekadar kuatkan hujah.
Menurut Anwar lagi, media arus perdana yang dikawal oleh Umno berdendam dengannya dan berulangkali melaporkan sperma dan air seperti yang diperkatakan oleh Yusof di mahkamah bagi memuaskan tuan politik mereka.
Dalam mengemukakan bukti di mahkamah, pihak pendakwaan berkata air mani dan sperma dijumpai oleh ahli kimia.
“Terbukti mani yang dikatakan 97 jam yang diambil itu tidak (disimpan) dalam freezer dan dlm mana dokumen sains mengatakan ia tidak boleh bertahan. Jadi ini jadi isu politik murahan yang jelas dalam keterangan mahkamah,” kata Anwar.

'Keterangan lebih daripada mencukupi'
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 16 Mei ini untuk
menyampaikan keputusannya sama ada untuk memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim
membela diri atau membebaskannya berhubung pertuduhan meliwat bekas pembantunya
Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden dan peguam bela Karpal Singh dan SN Nair selesai mengemukakan hujahan masing-masing pada akhir kes pendakwaan.
Mohamed Yusof yang menyambung hujahannya hari ini memberitahu mahkamah bahawa saksi utama Mohd Saiful adalah seorang saksi yang berwibawa.
Lagipun, katanya pihak pendakwaan bukan setakat mengemukakan keterangan untuk menyokong kes prima facie tetapi telah mengemukakan kes tanpa sebarang keraguan ang menunjukkan bahawa tertuduh yang melakukan perbuatan itu dan bukannya orang ain.
"Keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah lebih daripada mencukupi untuk mensabitkan tertuduh," kata Mohamed Yusof.
Beliau turut menyangkal kenyataan seorang daripada peguam bela Anwar, Ram Karpal Singh bahawa saksi kelima pihak pendakwaan iaitu ahli kimia Dr Seah Lay Hong (kanan) bersikap berat sebelah, cuba mengelak dan memihak kepada pihak pendakwaan.

Berat sebelah tidak
timbul
"Isu berat sebelah tidak timbul langsung kerana ahli kimia itu semasa pemeriksaan balas telah memberikan penjelasan terperinci mengenai semua pemeriksaan saintifik yang dijalankannya dalam mengesahkan kehadiran air mani milik "lelaki Y" yang kemudiannnya disahkan oleh saksi-saksi pihak pendakwaan yang lain bahawa ia (air mani) milik Anwar," hujah Mohamed Yusof.
Beliau menegaskan saksi-saksi pakar pihak pendakwaan bukan sahaja kompeten dalam menjalankan pemeriksaan dan analisis yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka, tetapi mereka juga memberikan penjelasan secara terperinci mengenai penemuan dan pendapat serta alasan mereka bagi penemuan berkenaan.
"Keterangan yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah berwibawa untuk mahkamah menerimanya dengan selamat, telah diberikan perhatian dan tindakan sewajarnya dan telah merumuskan semua ramuan bagi pertuduhan itu yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan," hujah Mohamed Yusof.
Beliau juga menegaskan tidak wujud sebarang kelompangan dalam kesinambungan keterangan daripada segi eksibit sepertimana hujahan pihak pembelaan yang mendakwa telah menjejaskan integriti saksi-saksi pihak pendakwaan.
Mengenai hujahan Karpal bahawa mahkamah patut menolak keterangan Mohd Saiful bahawa beliau telah bertemu Datuk Seri Najib Razak (ketika itu timbalan Perdana Menteri), Tan Sri Musa Hassan (ketika itu Ketua Polis Negara) dan Datuk Mumtaz Jaafar, Mohamed Yusof menjelaskan ia adalah relevan dengan ketetapan Seksyen 9, Akta Keterangan.
"Ini menjelaskan tingkah laku beliau (Mohd Saiful) dan tahap pemikirannya sebelum beliau memutuskan untuk membuat laporan polis dua hari selepas kejadian liwat itu didakwa berlaku," kata Mohamed Yusof.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Sementara itu, Karpal dalam hujahan balasnya berkata Mohd Saiful bukan seorang saksi yang berwibawa kerana beliau tidak berusaha untuk mendapatkan bantuan segera dengan pihak-pihak di kondominium itu.
"Beliau telah menghadiri majlis di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat dan satu lagi majlis di rumah Anwar. Pihak pendakwaan telah gagal memberikan penjelasan melalui saksi-saksi mereka mengenai kenapa mangsa tiba-tiba mengubah fikiran dengan membuat laporan itu," kata Karpal.

Menunggu inkuiri
Beliau berkata selang masa itu sepatutnya dijelaskan sekiranya pihak pendakwaan telah memanggil semua orang yang telah ditemui oleh Mohd Saiful sebelum beliau membuat laporan pada 28 Jun, 2008.
Semasa pemeriksaan utama, Mohd Saiful memberitahu mahkamah yang beliau telah bertemu dengan Mumtaz, Mohd Ezam Mohd Nor, Tuah Mohd Alip dan Mohd Rahimi Osman pada 27 Jun,2008.
Karpal turut membangkitkan isu Mohd Saiful menjalin hubungan dengan seorang daripada timbalan pendakwa raya di mana Pejabat Peguam Negara telah berjanji akan menjalankan inkuiri.
"Kami masih menunggu bagi inkuiri itu," kata Karpal.
Peguam bela utama Anwar itu juga menggesa mahkamah menolak keterangan Dr Seah, di mana Ram semasa menjalankan pemeriksaan balas berkata ahli kimia itu telah tidak mengguna pakai beberapa protokal antarabangsa semasa melakukan analisisnya.
Sementara itu, Nair (kanan) berkata keterangan Dr Seah amat penting tetapi beliau telah gagal menyokong penemuannya dengan keterangan dokumen.
"Penemuannya mengenai kehadiran air mani di dubur Mohd Saiful bukan penemuan yang konklusif kerana beberpa jurnal perubatan telah mengesahkan bahawa di bawah keadaan itu (96 jam) proses penyahgredan biasanya berlaku dengan pantas dan mustahil untuk mengesahkan kehadiran air mani," kata Nair.
Hujahnya mahkamah juga perlu mengambil kira keterangan berlakunya pelanggaran keselamatan sepertimana diakui oleh Pegawai Penyiasat DSP Judy Blacious Pereira.
"IO (Pegawai Penyiasat) mengakui yang beliau telah membungkus semula semua sampel yang diserahkan kepadanya oleh Dr Siew Sheue Feng daripada HKL (Hospital Kuala Lumpur), sedangkan tiada alasan untuknya (IO) berbuat demikian, yang kami (pihak pembelaan) menegaskan bahawa gangguan atau pencemaran pada eksibit mungkin berlaku pada peringkat ini," kata Nair.

No comments:
Post a Comment