Sunday, 29 September 2013

Kuasa membuat Undang-undang



Malaysia mempunyai 2 kuasa pemerintah iaitu Kerajaan persekutuan (Federal Government) dan Kerajaan Negeri (State Government) di mana setiap kerajaan mempunyai bidang kuasa masing-masing. Ini ditetapkan dalam Jadual Ke 9 Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang digubal dan diluluskan mengikut bidang kuasa yang ditetapkan.

Perkara yang berkaitan dengan tanah di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri. Oleh itu setiap Kerajaan Negeri mempunyai bidang kuasanya tersendiri untuk meluluskan undang-undang tanah. Walaubagaimanapun bagi tujuan penyeragaman bagi semua negeri Semenanjung Malaysia, Perlembagaan Persekutuan membenarkan Kerajaan Persekutuan menggubalkan dan meluluskan undang-undang yang asalnya di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri. Kuasa ini ialah di bawah Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan. Kanun Tanah Negara di lulus di bawah Perkara 76(4) melalui Akta Parlimen No. 56 Tahun 1965.

Dengan berkuatkuasanya Akta Kanun Negara pada 1 Januari 1966 semua tujuh undang-undang tanah tidak lagi berkuatkuasa. Tambahan daripada itu, sebanyak 43 undang-undang tanah yang disenaraikan di Jadual Ke 11 Kanun Tanah Negara juga dimansuhkan.

No comments:

Post a Comment