MELIHAT WUJUD KEKUATAN KES HINGGA MENCAPAI TAHAP PRIMA FACIE
REPORT POLIS : KEMUNTING
00XXXX/XX
TARIKH :
10.05.XXXX
MASA TANGKAPAN : KIRA-KIRA
5.15 PETANG
TEMPAT :
CHANGKAT LARAH
KESALAHAN : MEMINDAHKAN BAHAN
BATUAN(TANAH) TANPA PERMIT
SEK. 426 KTN
OKT :
4 RANG
SITAAN : 4 BUAH LORI
Pada 10. 05. 11, jam kira kira 05. 15
petang di tempat Kawasan Industri Kemunting dan lot XXXX ,RTB Kurnia Jaya,
Mukim Assam Kumbang, satu kes tangkapan keatas 2 lelaki Melayu, 1 lelaki India
dan 1 lelaki Cina kerana kesalahan mengangkut bahan batuan tanpa permit.
Cadangan Pertuduhan –
BAHAWA KAMU BERSAMA-SAMA PADA XX.XX.XXXX,
JAM KIRA-KIRA 5.15 PETANG DI SEKITAR KAWASAN INDUSTRI KEMUNTING , MUKIM ASSAM
KUMBANG DALAM DAERAH LARUT MATANG, DIDAPATI TELAH MENGANGKUT BAHAN BATUAN TANPA
PERMIT YANG SAH DARI PIHAK BERKUASA NEGERI,
DARI TAPAK PROJEK LANDASAN BERKEMBAR DI KAWASAN ASSAM KUMBANG DAN
DIANGGKUT KE KAWASAN PERINDUSTRIAN KEMUNTING , OLEH ITU KAMU SEMUA TELAH
MELAKUKAN KESALAHAN DI BAWAH SEKSEN 426(1) KANUN TANAH NEGARA YANG DIBACA
BERSAMA SEKSEN 34 KANUN KESIKSAAN.
Pendahuluan
Pandangan dan ulasan ini akan mengemukakan
fakta-fakta yang menyokong dan membuktikan semua intipati atau elemen-elemen kepada
kesalahan yang dilakukan oleh kesemua suspek.
1. Nama kesalahan mengikut sek.426(1)
Mengikut KTN sek. 426 terdapat 3 nama
kesalahan iaitu
i) Mengeluar
ii) Mangalih
iii) Mengangkut
Kesalahan menangkut dicadangkan kerana ia
amat releven dengan barang kes yang disita iaitu 4 buah lori yang mengangkut
bahan batuan tanpa permit atau tanpa kuasa/wibawa yang sah. (CPC sek.152 –
berkaitan nama spesifik kesalahan dirojok)
2.Bahan
batuan
Mengikut sek. 5 KTN iaitu batuan melibatkan
10 jenis dan ketika kejadian bahan batuan yang dibawa adalah laterit atau tanah
merah. Keempat-empat lori yang ditahan masih berisi dengan muatan bahan batuan
laterit. Lori-lori masih di sita di Pejabat Tanah Daerah Larut Matang.
Pengesahan status laterit bagi bahan batuan
akan diminta dari Jabatan Geosains.
3.Perbuatan
mengangkut
4 buah lori yang ditahan berisi muatan
bahan batuan tanah merah (laterit)adalah digunakan untuk menangkut tanah dari
tapak landasan kembar dibelakang Caltex, Jalan Assam Kumbang, Mukim Assam
Kumbang dan diangkut ke Kawasan Perindustrian Kemunting dan kawasan
berhampiran.
4. Tanpa
kuasa/wibawa yang sah
Ketika kejadian kesemua suspek gagal
menunjukan apa-apa kebenaran atau permit atau doket diri Pejabat Tanah Larut
Matang bagi membukti mereka ada kebenaran.
Pihak Pentadbir Tanah tidak pernah
mengeluarkan apa-apa kebenaran mengikut sek 70 KTN dan dibaca bersama sek 426
kanun yang sama, pada kawasan tanah tersebut dikeluarkan.
5. Penafsiran frasa ‘without lawful
autority’ dalam KTN oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang bertarikh 5 Jan. 2006,
menyatakan di bil 13 … subseksyen 426(1) khusus memperkatakan kesalahan
mengeluarkan dan memindah bahan batuan tanpa permit yang dikeluarkan di bawah
seksyen 71. Permit atau’lawful autority’ di bawah permit yang dikeluarkan itu
semestinya akan menetapkan takat(extent) ‘lawful autority’ yang diberikan
menerusi permit itu, dari segi tempoh, kawasan dan bahan batuan. Oleh itu boleh
ditafsirkan bahawa sesuatu yang diluar tempoh, kawasan atau bahan batuan yang
dibenarkan oleh permit itu adalah sesuatu yang tidak mempunyai permit ‘lawful
autority’.
Berdasarkan penafsiran ini dan kesemua OKT
gagal menunjukan satu permit yang sah dari Pihak Berkuasa Negeri, serta
kegagalan pihak XXXXXXXXXXXX., menunjukan permit yang sah lokasi, tempoh masa
dan bahan batuan( …dua permit yang ditunjukan oleh XXXXXXXXXXXX tidak
menunjukan lokasi sebanar bahan batuan diambil
dan kedua-dua permit tersebut telah luput tempoh masa ketika kejadian
tangkapan berlaku).
6.Lain
fakta
i) Butir-butir masa, tempat ,suspek iaitu
seramai 4 OKT dan barang-barang iaitu 4 buah lori yang disita adalah jelas
dalam laporan dan tindakan.
ii). Keterangan berupa gambar-gambar tempat
kejadian,
iii) Keterangan kenderaan motor lori yang
masih berisi dengan muatan tanah merah.
iv) Keterangan berlakunya kerja mengangkut
bahan batuan dari tempat bahan batuan dikeluarkan iaitu di belakang Caltex,
Jalan Assam Kumbang dan lokasi bahan batuan dialihkan/dipindahkan secara tak
sah adalah ke lot XXXXX RTB Air Putih dan Kawasan Inndustri, Kemunting.
v) Keterangan pengadu yang melihat
kejadian mengangkut bahan batuan tanah mereh.
f) Keterangan petugas yang menerima
laporan dan melapurkan kepada petugas di Unit Penguatkuasa.
RUMUSAN
BERDASARKAN FAKTA
DI ATAS, DARI KETERANGAN DAN SIASATAN YANG DIBUAT DIDAPATI KES INI KUAT DAN
MENCAPAI TAHAP PRIMA FACIE. OKT ADALAH MEREKA YANG TERLIBAT MEMBAWA LORI-LORI
YANG MEMBAWA MUATAN TANAH. BAHAN MUATAN YANG DIANGKUT JUGA TIDAK DIPERTIKAIKAN
SEBAGAI BAHAN BATU YANG MEMERLUKAN KEBENARAN UNTUK DIPINDAHKAN. KESEMUA OKT
MENGAKUI TIDAK MENDAPAT APA-APA SURAT ATAU KEBENARAN DARI PENTADBIR TANAH.
No comments:
Post a Comment