Lari tinggal anak, isteri kerana takut dengan roadblock?
Arifin Salleh
ANGGOTA trafik melakukan sekatan jalan raya ke atas
penunggang motosikal.
Alor Gajah: Seorang lelaki yang tiada lesen memandu sanggup
meninggalkan isteri dan dua anak mereka sebelum bersembunyi di dalam semak bagi
mengelak ditahan di sekatan jalan raya di sebuah pasar malam di Machap Baru, di
sini, Khamis lalu.
Dalam kejadian jam 7 malam, lelaki berusia 30-an itu
terpaksa dipujuk anggota trafik supaya keluar dari semak selepas meninggalkan
motosikal Suzuki ditunggang dan keluarganya sebaik berhenti di sekatan
terbabit.
Menurut sumber, lelaki itu dipercayai berbuat demikian
selepas tertinggal Mykad dan tiada lesen memandu selain tidak memakai topi
keledar.
Katanya, tindakan lelaki itu turut mengakibatkan isterinya
yang mengendong anak kecil terpinga-pinga dan seorang lagi anak mereka berusia
tiga tahun menangis ketakutan.
“Ketika ditahan untuk pemeriksaan, lelaki itu turun daripada
motosikal dan berjalan meninggalkan isteri serta dua anaknya sebelum
bersembunyi di dalam semak.
-hmetro-
at 5/26/2014 02:14:00 PG
No comments:
Post a Comment