Tanah merujuk kepada suatu kawasan mukabumi yang mempunyai
keluasan tertentu. Di Malaysia, persoalan tentang Undang-undang Tanah
dinyatakan di bawah Kanun Tanah Negara, 1965. Undang-undang Tanah di Malaysia
memakai prinsip undang-undang di dalam Sistem Torrens. Ianya adalah suatu garis
panduan asas berkenaan undang-undang tanah yang diamalkan di Australia.
Sistem Torrens adalah suatu prinsip undang-undang berkenaan
urusan pendaftaran hartanah di Australia. Sistem ini hanya terpakai sekiranya hartanah/tanah
yang tersebut mempunyai dokumen pendaftaran yang dikeluarkan oleh sesuatu
pejabat pentadbiran tanah.
Pejabat Pentadbiran Tanah hari ini disebut sebagai Pejabat Tanah
dan Daerah. Pejabat ini mengurus selia dan mentadbir tanah-tanah yang mana dokumen
hakmilik pendaftarannya yang asal dahulunya di bawah seliaan Pejabat Mukim
(Penghulu). Manakala, tanah-tanah yang dilupuskan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri
pada/selepas tahun 1965, kesemuanya dokumen hakmilik pendaftarannya
diurus selia dan ditadbir oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri
bagi sesuatu negeri. Pejabat Tanah dan Daerah bagaimanapun mengawal kutipan
hasil tanah bagi semua lot-lot tanah yang terletak di bawah daerah
pentadbirannya. Ianya juga, antara lainnya, mengawal selia dan mentadbir
hal yang berkaitan pelan tanah, kajian guna tanah, ukur keluasan dan penandaan
batu sempadan tanah-tanah tersebut.
Berbalik pada soal Sistem Torrens tadi, ada dua Prinsip yang
menjadi asas kepada undang-undang Tanah di bawah Kanun Tanah Negara. Pertamanya
ialah prinsip Cermin. Dan keduanya, ialah prinsip Tabir (baca; Langsir).
Cermin ialah alat yang menunjukkan kesamaan pada Yang Asal
dengan Imejnya. Kita hanya boleh melihat diri kita pada imej yang
dipaparkan oleh/di dalam cermin. Begitulah halnya dengan dokumen hakmilik
pendaftaran sesuatu tanah. Setelah sesuatu lot tanah itu dikeluarkan hakmilik
pendaftarannya; akan terdapat sepasang dokumen Rekod Pendaftran Hakmilik. Setengah pasang disimpan oleh pejabat pentadbiran tanah
sebagai Dokumen Hakmilik
Daftarandan setengah pasang
lagi ialah Dokumen Hakmilik
Keluaran iaitu Suratan Hakmilik yang disimpan/dipegang oleh Tuanpunya dan/atau
Pemegang Gadaian.
Prinsip Cermin menyatakan bahawa butiran dan maklumat yang
terdapat di dalam mana-mana rekod pendaftaran hakmilik itu mestilah sama; yang
mana butiran dan maklumat yang terdapat pada simpanan pejabat pendaftaran tanah
adalah benar, muktamad dan terpakai.
Bagi mentashihkan kebenaran dan kemuktamadan sesuatu butiran dan
maklumat bagi sesuatu lot tanah; Prinsip Tabir pula dipakai. Iaitu semua individu/orang mempunyak hak untuk
membuat Carian Hakmilik di pejabat pentadbiran tanah. Seperti langsir,
untuk kita melihat apa yang ternyata di belakang tabir/langsir itu ialah dengan
menyelaknya. Jadi, sebarang pertikaian yang akan timbul berbangkit dari soal
Suratan Hakmilik dan butirannya boleh dijawab sekiranya Prinsip Cermin dan
Prinsip Tabir dipakai serentak.
MAKLUMAT DALAM TALIAN.COM
MAKLUMAT DALAM TALIAN.COM
A. TAJUK KURSUS YANG DI TAWARKAN
1. PENGENALAN KEPADA KTN
2. SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
3. KUASA MENANGKAP DAN MENAHAN MENGIKUT KTN DAN CPC
4. PROSEDUR TANGKAPAN DAN PENAHANAN
5. LAPORAN POLIS DAN FIR
6. PENGURUSAN BARANG KES
7. INTIPATI KESALAHAN MENGIKUT SEKSEN 425
8. INTIPATI KESAHAN MENGIKUT SEKSEN 426
9. PERAMPASAN DAN LUCUT HAK BARANG KES
10. KUASA MENYIASAT DAN KTN DAN CPC
11. KAEDAH MERAKAM PERCAKAPAN
12. MENGURUSKAN OKT DARI AWAL HINGGA AKHIR
13. PENYEDIAN KERTAS SIASATAN
14. PENYEDIAAN FAKTA KES DAN PERTUDUHAN
15.RUJUKAN KES KEPADA TPR
16. PENDAFTARAN KES DAN BORANG-BORANG MAHKAMAH
17. AKTA KETERANGAN
18. TUGAS DAN PERANAN PEGAWAI PENDAKWA
19. TEKNIK BERHUJAH
20. PENGHUKUMAN.
21. OPERASI MEMUSNAH DAN PELAN KONTIGENSI.
22. PENCEROBOHAN TANAH MILIK DAN MENYELESAIANNYA
23. BONOS - PECEROBOHAN TANAH MILIK DAN PENYELESAIAN
PELAN A, PELAN B, PELAN C, PELAN D, PELAN E, PELAN F.
AFFIDAVIT DAN KES –KES DULUAN MAHKAMAH
A. SASARAN PESERTA
1. PENOLONG PEGAWAI TANAH
2. PENOLONG PENTADBIR TANAH
3. KETUA PENOLONG PENTADBIR TANAH
4. PENTADBIR TANAH
5. PEGAWAI PENYIASAT SPRM
6. PEGAWAI PENYIASAT PDRM
7. PELAJAR UNIVERSITI YANG BERKAITAN
8. PERUNDING HARTA TANAH
9. LAIN-LAIN PEGAWAI YANG DILANTIK DI BAWAH S. 12 KTN
10. LAIN-LAIN YANG BERMINAT DAN PEMILIH TANAH YANG BERMASALAH.
B. JANGKA MASA – HUJUNG MINGGU SABTU DAN AHAD/RUNDINGAN
C. TEMPAT – TAIPING ATAU DITENTUKAN PEMOHON
D. BAYARAN 1 HARI RM 1000.00.
No comments:
Post a Comment