Monday, 7 October 2013

Maksud tangkapan/tahanan (arrest)

žMaksud tangkapan/tahanan 
žPENDAKWA RAYA V KANG HO SOH [1992] 1 MLJ 360
ž
žSi tertuduh telah didakwa di bawah s 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 ('Akta itu') kerana menyeludup dadah. Si tertuduh sedang mesebuah kereta apabila beliau diberhentikan di satu halangan jalanraya yang diadakan oleh polis yang bertindak mengikut maklumat yang diterima. Si tertuduh membuka pintu kereta itu apabila beliau diarah berbuat demikian tetapi enggan keluar daripada kereta dan telah ditarik keluar secara paksa oleh seorang inspektor polis dan seorang konstabel polis. Satu soalan timbul sama ada apa yang telah dikatakan oleh si tertuduh kepada polis di halangan jalanraya itu telah dibuat setelah beliau ditangkap dan lantaran itu tidak boleh diterima sebagai keterangan kerana prasyarat yang terkandung di dalam s 37A Akta itu tidak diikuti.
žKeputusan:
  Si tertuduh telah pun ditangkap ketika beliau membuat pernyataan itu. Memandangkan inspektor polis telah berjaya memerintahkan si tertuduh berhenti dan membuka pintu keretanya, dan memandangkan yang beliau telah membentuk niat untuk memaksa si tertuduh mengikut perintahnya pada ketika itu, memanglah betul yang kesemua yang telah dikatakan oleh si tertuduh selepas ketika itu tidak diterima

.st)

No comments:

Post a Comment