Friday, 11 October 2013

HARTA KTM MENGIKUT AKTA PERBADANAN ESET KERETAPI 1991

PERBADANAN ASET KERETAPI DAN HARTA KERETAPI
(MENGIKUT AKTA PERBADANAN ESET KERETAPI 1991)

89. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama “Perbadanan Aset Kenetapi” (kemudian daripada ini disebut “Perbadanan”) yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai biasa dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan tertakluk kepada dan bagi maksud-maksud Akta ini, boleh membuat kontrak, dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih daripada tiap-tiap perihalan dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadai, menggadai-janji, mendemiskan, rnenyerahhakkan semula, memindahkan atau selainnya melupuskan, atau mengurusniagakan, apa-apa harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan di dalamnya yang terletakhak pada Perbadanan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut.
(2) Perbadanan hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
(a) seorang wakil Kementerian Pengangkutan;
(b) seorang wakil Perbendaharaan;
(c) seorang wakil Unit Perancang Ekonomi;
(d) Pesuruhjaya Tanah Persekutuan;
(e) Pengurus Aset Keretapi yang hendaklah menjadi anggota ex-officio ; dan
(f) tidak lebih daripada dua orang anggota lain.
(3) Menteri hendaklah melantik seorang dan kalangan anggota-anggota Perbadanan untuk menjadi Pengerusi.
(4) Jika Pengerusi tidak dapat hadir di mana-mana mesyuarat Perbadanan oleh sebab sakit, ketakupayaan atau apa-apa sebab lain, maka Menteri boleh melantik mana-mana anggota lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk mempengerusikan mesyuarat dan anggota tersebut bolehlah menjalankan semua kuasa Pengerusi berkenaan dengan mesyuarat itu.
(5) Pengerusi dan empat orang anggota lain hendaklah membentuk kuorum di sesuatu mesyuarat Perbadanan.
(6) ika, mengenai apa-apa soal yang hendak diputuskan, terdapat undi yang sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
(7) Peruntukan-peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Perbadanan.
(8) Fungsi-fungsi Perbadanan adalah—
(a) untuk mengurus, mentadbir dan menyenggarakan—
(i) segala harta dan hak Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu di bawah Ordinan termansuh yang menurut kuasa seksyen 92 adalah terletakhak pada Perbadanan;
(ii) segala harta yang terletakhak pada, atau dipegang atau diperolehi oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di bawah Ordinan termansuh yang menurut kuasa seksyen 93 adalah terletakhak pada Perbadanan,
dan untuk mengurus dan mentadbirkan segala liabiliti berkenaan dengannya;
(b) untuk menggalakkan dan mengusahakan projek-projek bagi pemajuan atau pemajuan semula mana-mana infrastruktur atau kemudahan keretapi; dan
(c) untuk menjalankan dan melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta ini.
90. (1) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melantik seseorang yang layak dan sesuai sebagai Pengurus Aset Keretapi yang hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif Perbadanan.
(2) Maka hendaklah dibayar kepada Pengurus Aset Keretapi apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.
91. (1) Perbadanan hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri, dan Menteri boleh, dan semasa ke semasa, memberikan arahan-arahan yang tidak tak konsisten dengan peruntukan-peruntukan Akta ini dan Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, melaksanakan segala arahan itu.
(2) Pada menjalankan mana-mana arahan Menteri di bawah subseksyen (1), Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suaimanfaat atau yang semunasabahnya perlu atau bersampingan dengan penunaian fungsi-fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan apa yang disebut terdahulu, hendaklah mempunyai kuasa—

(a) untuk menerima bantuan atau pemberian kewangan daripada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana orang lain atau selainnya dengan kelulusan Menteri Kewangan untuk meminjam wang daripada mana-mana institusi kewangan atau orang lain dan berkaitan dengannya untuk mengadakan apa-apa cagaran sebagaimana yang difikirkannya sesuai;

(b) dengan kelulusan Menteri Kewangan, untuk memberi bantuan kewangan kepada mana-mana syarikat keretapi yang dinamakan oleh Menteri, termasuk subsidiari syarikat itu, bagi menjalankan mana-mana projek yang bcrhubungan dengan pengadaan kemudahan dan perkhidmatan keretapi; dan
(c) dengan kelulusan Menteri Kewangan, untuk membuat apa-apa perkiraan bagi perkongsian keuntungan, penyatuan kepentingan, kerjasama atau usahasama dengan mana-mana syarikat keretapi yang dinamakan oleh Menteri atau mana-mana orang lain atau kumpulan orang atau untuk menubuhkan atau menggalakkan penubuhan dan perkembangan. syarikat di bawah Akta Syarikat 1965.

(1) Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu yang wujud Pentadbiran di bawah Ordinan termansuh adalah dibubarkan.
(2) Segala harta, hak dan liabiliti Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu di bawah ordinan termansuh hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, terletakhak pada Perbadanan tanpa apa-apa jua pun pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan dan segala sebutan mengenai “Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu”, “Keretapi Tanah Melayu”, atau “Pengurus Besar, Keretapi Tanah Melayu” berhubungan dengan mana-mana harta dalam apa-apa suratcara, suratikatan, hakmilik, dokumen atau undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan seolah-olah segala sebutan sedemikian adalah sebutan mengenai “Perbadanan Aset Keretapi “.


93. Segala harta yang terletakhak pada, dipegang atau diperolehi oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di bawah Ordinan termansuh hendaklah terletakhak pada Perbadanan. di bawah Akta ini tanpa apa-apa jua pun pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan bagi hakmilik, estet, atau kepentingan yang serupa dan selama pemegangan serupa sebagaimana ia telah terletakhak atau dipegang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini dan segala sebutan mengenai “Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” berhubungan dengan mana-mana harta dalam apa-apa suratcara, suratikatan, hakrnilik, dokumen atau undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan seolah-olah segala sebutan sedemikian adalah sebutan mengenai “Perbadanan Aset Keretapi”.

No comments:

Post a Comment