Sunday 29 September 2013

CONTOH KETERANGAN PAKAR

Pakar bingung calitan dubur Saiful masih baik

r. McDonald - Kes Anwar Ibrahim Terulung di Dunia !




Pakar DNA Australia Dr Brian McDonald menyifatkan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana ahli kimia mampu menjumpai DNA dari rektum selepas 56 jam dan ditinggalkan 48 jam lagi secara terbuka, sebagai antara penemuan paling menakjubkan jika
 keputusan itu boleh dipercayai.
Dr McDonald berkata ia amat jarang sekali berlaku untuk menjumpai sperma selepas 113 jam berada dalam rektum, katanya merujuk kepada satu artikel 1997 yang ditunjukkan kepadanya dua hari lalu oleh pihak pendakwaan.

"Kes itu, bersama-sama dengan kes 1982 (yang sebelum ini menyatakan sperma boleh didapati selepas 65 jam), adalah hanya dua yang pernah didokumenkan. Dalam 99.9 peratus (kes), anda tidak akan dapat mencari sperma selepas waktu sebegitu lama.

"Walau bagaimanapun, kes (Anwar) ini merupakan satu-satunya (yang saya tahu) dalam dunia di mana sperma boleh dikesan selepas 56 jam dan diserahkan kepada ahli kimia dua hari kemudian, di mana anda masih boleh menemui sampel DNA yang baik," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Ramkarpal Singh semasa pemeriksaan-balas hari ini.

Dr McDonald, dua hari lalu bersetuju dengan cadangan yang diajukan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kiri), berhubung penemuan berkenaan berdasarkan artikel yang bertajuk 'Sexual Assault and Semen Persistence' yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard.

McDonald berkata sepanjang pengetahuannya dan mengikut beberapa jurnal, DNA yang masih dalam keadaan baik boleh didapati pada sampel yang diperolehi dari rektum selepas lapan jam. -mkini


EDYES wrote:
Dari awal lagi kita didedahkan dengan sebuah pendakwaan yang cukup goyah tetapi mahkamah tetap meneruskan pendakwaan. Hari ini sesi pembelaan memperlihatkan seorang saksi pakar DNA dari Australia cukup begitu terkejut dan pelik sekiranya kes ini tetap berjalan berpandukan pelbagai kepincangan, terutamanya dalam soal DNA. 

Ianya termasuklah DNA yang dikatakan mampu bertahan melebihi 100 jam. Dr Brian menyifatkan perkara itu tidak mustahil tetapi hanya 0.1% sahajapeluang untuk DNA tersebut bertahan melebihi 100 jam lantas beliau sangat tidak bersetuju seandainya DNA yang sama itu dijadikan rujukan kes.


Pendapat Edyes, bukan DNA yang terdedah itu sahaja yang sudah tercemar malah kes liwat ini sendiri telah tercemar dicemari.


Bagaimanakah tiga calitan kapas yang diambil dari lubang dubur pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari, tidak menunjukkan sebarang tanda tercemar apabila diuji kira-kira 100 jam kemudiannya?

Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald.
Menyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan
B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai "masih baik," McDonald (kanan) memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia "tidak konsisten dengan sejarahnya".

"Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik," kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 .

Saiful diperiksa oleh empat doktor di Hospital Kuala Lumpur antara jam 9 malam 28 Jun dan tengah malam 29 Jun 2008.

Pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira - dalam keterangannya sebelum ini - berkata sampel tersebut disimpan dalam sebuah laci di pejabatnya yang berhawa dingin dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun 2008.

Semalam, McDonald, 60, memberitahu mahkamah bahawa sampel tersebut secara idealnya perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu -20 Celsius.




No comments:

Post a Comment