Sunday, 1 July 2012

426A. Kuasa menahan dan merampas.


SEKSYEN 426A




(1)                Mana-mana pegawai polis yang tidak rendah dari pangkat Inspektor, Pendaftar, Pentadbir Tanah, Pegawai Penempatan atau lain-lain pegawai yang diberi kuasa dengan sempurnanya oleh Pihak Berkuasa Negeri (selepas ini dalam Bahagian ini disebut sebagai "pegawai berkuasa") bolehlah tanpa waran­--
(a)                   menahan mana-mana orang yang dijumpai melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat untuk melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 425 atau 426;
(b)                  merampas apa-apa kenderaan, traktor, alat pertanian atau apa-apa benda lain sekalipun yang dipercayainya telah digunakan atau sedang digunakan dalam melaksanakan suatu kesalahan di bawah seksyen itu;
(c)                   memusnahkan, membinasa atau memindah mana-mana bangunan, atau mengambilmilik atas nama Pihak Berkuasa Negeri apa-apa tanaman, yang dibina atau ditanam di atas mana-mana tanah sebagai pelanggaran terhadapnya.
(2)                Apabila Pendaftar, Pentadbir Tanah, Pegawai Penempatan atau pegawai berkuasa menjalankan kuasanya untuk menahan, merampas atau memindah di bawah subseksyen (1), maka dia hendaklah meng­umumkan jawatannya atau kuasanya dan hendaklah mengeluarkan untuk pemeriksaan mana-mana orang terhadap siapa dia sedang di­ambil tindakan, suatu kad kuasa yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
(3)                Pendaftar, Pentadbir Tanah, pegawai Penempatan atau pegawai berkuasa bolehlah meminta mana-mana pegawai polis untuk mem­bantu dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah subseksyen (1), dan ia hendaklah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai polis untuk mematuhi apa-apa permintaan sedemikian.
(4)                Pendaftar, Pentadbir Tanah, Pegawai Penempatan atau pegawai berkuasa yang membuat penahanan di bawah subseksyen (1) hendaklah tanpa kelewatan yang tidak perlu membawa orang yang ditahan sedemikian kepada pegawai polis atau membawa orang itu kepada balai polis yang berdekatan; dan peruntukan-peruntukan Kanun Prosedur Jenayah hendaklah dipakai berhubung dengan orang yang ditahan sedemikian.
(5)                Bila-bila sahaja apa-apa benda dirampas di bawah seksyen ini, pegawai yang merampas hendaklah dengan segera itu memberi notis secara bertulis tentang perampasan itu dan alasan-alasan mengenai­nya kepada pemilik benda itu, jika diketahui, sama ada dengan menyerahantarkan notis sedemikian kepadanya secara dirinya sendiri atau melalui pos atau di tempat kediamannya, jika diketahui:
Dengan syarat bahawa notis sedemikian tidaklah dikehendaki diberi apabila perampasan itu dibuat ke atas orang, atau dalam kehadiran pesalah atau pemilik atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.


No comments:

Post a Comment