11.
Kawasan pentadbiran.
Pihak Berkuasa Negeri bolehlah melalui pemberitahuan dalam Warta -
(a)
membahagikan
kawasan Negeri kepada daerah-daerah;
(b)
membahagikan
mana-mana daerah kepada daerah-daerah kecil;
(c)
membahagikan
mana-mana daerah atau daerah kecil kepada mukim-mukim;
(ca) mengubah
atau meminda sempadan mana-mana daerah, daerah kecil, mukim, bandar atau pekan;
(d)
selepas
pengukuran atau penentuannya oleh atau bagi pihak Pengarah Ukur dan Pemetaan,
menetapkan mana-mana kawasan Negeri sebagai bandar atau pekan.
12.
Pengarah Negeri dan lain-lain Pegawai Negeri.
(1)
Pihak Berkuasa Negeri
bolehlah melantik untuk Negeri itu –
(a)
seorang
Pengarah Tanah dan Galian bagi Negeri, seorang Pendaftar Hakmilik dan
seorang Pengarah Ukur dan Pemetaan;
(b)
seberapa
Timbalan Pengarah Tanah dan Galian, Penolong Pengarah Tanah dan Galian,
Timbalan Pendaftar Hakmilik, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan, Pentadbir
Daerah Tanah, Penolong Pentadbir Daerah Hasil Tanah, Pegawai-pegawai Ukur,
Pegawai-pegawai Penempatan dan lain-lain pegawai yang Pihak Berkuasa Negeri memikirkan
perlu bagi maksud-maksud Akta ini.
(2)
Pihak
Berkuasa Negeri bolehlah menentukan daerah-daerah, daerah-daerah kecil dan
lain-lain kawasan di mana mana-mana pegawai yang disebutkan dalam perenggan (b)
subseksyen (1) boleh menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan yang diberi
atau dikenakan ke atas mereka oleh atau di bawah Akta ini.
(3)
Pengarah
Negeri hendaklah --
(a)
bertanggungjawab
kepada Pihak Berkuasa Negeri terhadap pentadbiran yang sempurna mengenai
peruntukan-peruntukan Akta ini di dalam Negeri itu;
(b)
bertindak
selaras dengan apa-apa arahan yang diberi kepadanya oleh Pihak Berkuasa Negeri;
(c)
mempunyai
segala kuasa yang diberi kepada Pendaftar dan Pentadbir Tanah oleh atau di bawah Akta ini;
(d)
tertakluk
kepada arahan Pihak Berkuasa Negeri, menjalankan kawalan umum dan pengawasan
ke atas Pendaftar, dan ke atas semua pegawai (selain daripada Timbalan Pengarah
Ukur dan Pemetaan dan lain-lain Pegawai Ukur) yang disebutkan dalam perenggan (b) subseksyen (1).
(4)
Pengarah
Negeri, Pendaftar dan tiap-tiap Pentadbir Tanah hendaklah masing-masing
mempunyai satu meterai jawatan, dan tiap-tiap instrumen yang berupa mempunyai
apa-apa meterai demikian, dan telah ditandatangani oleh atau bagi pihak pegawai
yang dipersoalkan hendaklah, melainkan dibuktikan sebaliknya, dinyatakan
sebagai telah dimeterai dan ditandatangani olehnya atau arahannya.
(5)
Tertakluk
kepada peruntukan-peruntukan subseksyen (2), dalam tiap-tiap daerah di mana terdapat
seorang atau lebih Penolong Pentadbir Tanah di samping seorang Pentadbir
Tanah, tiap-tiap Penolong Pentadbir Tanah hendaklah menjalankan kuasa dan
melaksanakan kewajipan yang diberi atau dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah
Akta ini selaras dengan arahan Pentadbir Tanah itu.
13.
Perwakilan kuasa Pihak Berkuasa Negeri kepada Pengarah Negeri, dll.
(1)
Pihak
Berkuasa Negeri bolehlah melalui pemberitahuan dalam Warta mewakilkan kepada
Pengarah Negeri, atau Pendaftar, atau mana-mana Pentadbir Tanah atau lain-lain
pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) seksyen
12,
supaya menjalankan atau melaksanakan (tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan yang
ditetapkan dalam pemberitahuan itu) apa-apa
kuasa atau kewajipan yang diberi atau
dikenakan kepada Pihak Berkuasa Negeri oleh atau di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa
(i)
seksyen
ini tidaklah terpakai kepada apa-apa kuasa Pihak Berkuasa Negeri di bawah Akta
ini untuk membuat kaedah-kaedah;
(ii)
seksyen
ini tidaklah terpakai kepada mana-mana kuasa Pihak Berkuasa Negeri di bawah
Akta ini untuk melupuskan mana-mana tanah
(a)
dalam
lingkungan lima puluh meter tebing mana-mana sungai sebagaimana yang akan diisytiharkan oleh Pihak Berkuasa
Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta ;
(b)
dalam
lingkungan lima puluh meter pinggir mana-mana tasik
atau mata air sebagaimana yang akan diisytiharkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui
pemberitahuan dalam Warta, dengan
pinggir mana-mana tasik atau mata air tersebut
disempadankan dalamnya; dan
(c)
dalam
lingkungan lima puluh meter mana-mana garisan pantai.
(iii)
pemberian
suatu pemberitahuan di bawah seksyen ini mengenai apa-apa kuasa atau kewajipan
tidaklah menghalang Pihak Berkuasa Negeri dari menjalankan kuasa itu atau
melaksanakan kewajipan itu dengan sendirinya dalam apa-apa kes di mana ia
didapati oleh Pihak Berkuasa Negeri adalah suai-manfaat untuk berbuat demikian.
(2)
Bagi
maksud perenggan (ii) proviso kepada subseksyen (1), "sungai" termasuk sebuah reservoir air berikutan dari mengempang sebuah sungai.
14.
Kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk membuat kaedah-kaedah.
(1)
Tertakluk
kepada subseksyen (2), Pihak Berkuasa Negeri bolehlah membuat kaedah-kaedah
amnya untuk menjalankan objek dan maksud Akta ini di dalam Negeri itu, dan
khasnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan makna peruntukan terdahulu, bolehlah
dengan kaedah sedemikian, membuat peruntukan mengenai
(a)
cara
sebagaimana permohonan untuk tanah Kerajaan hendak dibuat;
(aa) pengecualian
mana-mana pelupusan tanah, atau apa-apa urusniaga atau lain-lain tindakan mengenai
tanah berimilik atau apa-apa kepentingan ke atas tanah daripada kehendak dalam
subseksyen (1) seksyen 433B atau subseksyen (1) seksyen 433E, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(ab) pengecualian mana-mana bukan
warganegara atau syarikat asing atau kumpulan bukan warganegara atau syarikat
asing daripada Bahagian Tiga Puluh Tiga (A) dan keadaan di mana pengecualian boleh diberi;
(b)
pengeluaran,
di bawah Bab (2) dan (3) masing-masing dari Bahagian Empat,
lesen pendudukan dan permit. sementara untuk mengeluarkan dan mengambil bahan,
dan pengeluaran permit bagi maksud seksyen 427 untuk
kawasan peragutan binatang;
(c)
pengawalan
dan pengurusan tanah rizab, dan pemajakannya di bawah seksyen
63;
(d)
penjualan
secara lelong tanah yang dikehendaki oleh atau di bawah Akta ini untuk dijual
sedemikian;
(e)
kadar
(yang merupakan kadar sehektar atau lain-lain unit kawasan yang lebih kecil
yang mana sewa dan premium (jika ada) hendak dikenakan berkenaan dengan pemberimilikan di bawah Akta ini mengenai
tanah dari mana-mana kelas atau jenis adalah,
tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, dihitung;
(f)
pembayaran
yang hendak
dibuat di bawah, dan lain-lain bayaran sampingan mengenai lesen dan permit
yang di keluarkan di bawah Akta ini;
(g)
fee atau levi yang hendak dibayar berkaitan dengan apa-apa perkara yang
berbangkit di bawah Akta ini;
(ga) pengurangan
secara keseluruhan atau sebahagian ke atas apa-apa levi yang hendak dibayar di
bawah perenggan (g) atau pengecualian
mana-mana bukan warganegara atau syarikat asing daripada pembayaran levi
tersebut atau sebahagian daripadanya;
(h)
skala
kos yang hendak dibayar berhubung dengan siasatan di bawah Akta ini;
(i)
tempat
di mana, dan pegawai kepada siapa, apa-apa item hasil tanah itu hendak dibayar;
(j)
pemungutan,
pengurangan, perebatan, pembayaran secara ansuran atau penangguhan bayaran
apa-apa item hasil tanah;
(ja) kesalahan-kesalahan
yang boleh
dikompaunkan dan kaedah dan prosedur bagi mengkompaun kesalahan-kesalahan tersebut;
(k)
kuasa
dan kewajipan mana-mana pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) seksyen
12; dan
(l)
setakat
mana ia tidak termasuk di dalam mana-mana perenggan yang terdahulu, semua
perkara prosedural dan perkara-perkara lain yang dikehendaki atau dibenarkan ditetapkan oleh Akta ini, atau yang perlu atau mudah untuk ditetapkan bagi menjalankan
atau memberi kesan kepada peruntukan-peruntukan Akta ini.
(lA) Walau apa pun yang terkandung dalam perenggan (aa), (ab), (g) dan (ga) subseksyen (1), Pihak
Berkuasa Negeri tidak boleh membuat apa-apa kaedah di bawah perenggan (aa),
atau (ab), atau di bawah perenggan (g)
mengenai apa-apa levi yang hendak dibayar
di bawah Akta ini, atau di bawah perenggan (ga), kecuali selaras dengan arahan yang
diberi oleh Majlis Tanah Negara.
(2)
Tiada
apa jua dalam subseksyen (1) akan memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk
membuat kaedah-kaedah mengenai amalan atau prosedur Jabatan Ukur dan Pemetaan,
atau kuasa atau kewajipan Pegawai Ukur, atau mengenai apa-apa perkara berkenaan
dengan pembayaran berkaitan dengan pengukuran yang dijalankan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan selain dari
pemungutan bayaran-bayaran tersebut.
(1)
Pengarah
Negeri, Pendaftar, dan mana-mana Pentadbir Tanah, bolehlah bagi tujuan Akta ini
(dan tanpa menjejaskan penggunaan apa-apa kuasa yang diberi kepadanya oleh mana-mana
undang-undang bertulis lain)
(i)
pada
segala masa yang munasabah mempunyai akses kebebasan kepada, dan memasuki, mana-mana tanah
dalam Negeri itu;
(ii)
menjalankan
siasatan selaras dengan peruntukan-peruntukan Bab 4;
(iii)
mengurus
sumpah dan akuan, memeriksa mana-mana saksi yang
telah bersumpah atau yang membuat pengakuan, menyaman mana-mana orang ke
hadapannya, mengambil dan merekodkan keterangan mana-mana orang sedemikian dan
menghukum dibayar kos kepada mana-mana orang yang hadir dan memberi keterangan di hadapannya;
(iv)
dengan
kelulusan Setiausaha Negeri, memeriksa dan mengambil salinan-salinan apa-apa
dokumen yang boleh didapati di mana-mana pejabat awam dalam Negeri itu;
(v)
dengan
suatu notis dalam Borang 2B menghendaki mana-mana orang atau badan --
(i)
mengemukakan
untuk pemeriksaan apa-apa dokumen hakmilik, atau lain-lain dokumen yang berkait dengan
tanah, dalam milikan atau kawalannya;
(ii)
memberi
kepadanya apa-apa maklumat yang orang atau badan itu mempunyai mengenai lokasi
mana-mana dokumen sedemikian, dan mengambil salinan-salinan, atau
cabutan-cabutan dari, mana-mana dokumen sedemikian; atau
(iii)
mengemukakan
dokumen hakmilik keluaran bagi tujuan penyeragaman syarat-syarat nyata dan
sekatan-sekatan kepentingan di bawah seksyen 318A: ,
Dengan syarat bahawa tiada seseorang atau badan boleh dipaksa
menurut kuasa perenggan ini untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang ia tidak boleh
dipaksa mengemukakan dalam pembicaraan suatu guaman;
(vi)
menghendaki
apa-apa permohonan yang dibuat kepadanya menurut peruntukan-peruntukan Akta ini
disokong oleh apa-apa afidavit atau akuan berkanun yang difikirkannya perlu
atau patut;
(vii)
menjalankan
semua kuasa lain yang diberi kepadanya oleh Akta ini, dan segala kuasa tambahan
atau bersampingan dengannya sepertimana yang
perlu dengan munasabahnya untuk menjalankan
maksud-maksud Akta ini.
(2)
Pengarah
Ukur dan Pemetaan, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan dan mana-mana Pegawai
Ukur lain bolehlah, bagi maksud-maksud Akta ini (dan tanpa menjejaskan
penggunaan mana-mana kuasa yang diberi kepadanya oleh mana-mana undang-undang
bertulis lain), menjalankan mana-mana kuasa yang disebutkan dalam perenggan
(a), (e) dan (g) subseksyen (1).
Mana-mana pegawai lain yang
dilantik di bawah subseksyen (1) seksyen 12 dan
diberi kuasa oleh Pengarah Negeri sama ada secara am atau khasnya
bagi tujuan tersebut bolehlah, bagi maksud-maksud Akta ini, menjalankan apa-apa
kuasa yang disebut dalam perenggan (a) hingga (f) subseksyen
(1) seperti yang ditetapkan dalam pemberian kuasa itu.
16.
Tindakan oleh dan terhadap Pihak Berkuasa Negeri.
(1)
Pengarah
Negeri bolehlah, bagi pihak Pihak Berkuasa Negeri, memula, mendakwa dan
menjalankan apa-apa tindakan, guaman atau lain-lain prosiding atas nama
jawatannya mengenai
(a)
tanah
Kerajaan;
(b)
apa-apa
kontrak yang berkenaan dengan tanah di mana Pihak Berkuasa Negeri menjadi sesuatu
pihak;
(c)
apa-apa
pencerobohan, atau kesalahan-kesalahan lain
yang dilakukan berkenaan dengan tanah;
(d)
mendapatkan
kembali apa-apa item hasil tanah, atau apa-apa ansuran darinya; atau
(e)
mendapatkan
kembali apa-apa denda, atau penguatkuasaan apa-apa penalti, di bawah Akta ini.
(2)
Apa-apa
tindakan, guaman atau prosiding lain yang berkait dengan tanah di mana ia
dicuba untuk ditentukan apa-apa tanggungan yang dilakukan oleh pihak Pihak
Berkuasa Negeri hendaklah dibawa terhadap Pengarah Negeri atas nama jawatannya.
(3)
Dalam
apa-apa tindakan, guaman atau prosiding lain kepada mana seksyen ini terpakai,
Pengarah Negeri bolehlah hadir dengan sendiri, atau boleh diwakili oleh
mana-mana peguambela dan peguamcara, mana-mana Peguam Persekutuan, Penasihat
Undang-undang Negeri atau mana-mana Pentadbir Tanah atau pegawai lain yang dilantik di
bawah subseksyen (1) seksyen 12.
Pentadbir Tanah bolehlah menghendaki tuanpunya
mana-mana tanah berimilik, atau pemegang pajakan buat masa itu mana-mana tanah
rizab yang dipajakkan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen 63
atau peruntukan-peruntukan mana-mana
undang-undang tanah terdahulu, setelah membuat pembayaran apa-apa pampasan
sebagaimana yang dipersetujui atau
ditentukan selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 434,
untuk memotong, menebang atau membuang apa-apa
pokok di atas tanah itu:
Dengan syarat bahawa tiada pampasan hendaklah dibayar
dalam kes apa-apa pokok yang berada dalam lingkungan dua puluh dua meter dari garisan tengah mana-mana jalan yang disenggarakan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan
Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam melainkan dibuktikan bahawa pokok itu
telah wujud sebelum pembinaan jalan itu:
Dengan syarat selanjutnya bahawa sekiranya tuanpunya
atau pemajak gagal memotong, menebang atau membuang mana-mana pokok seperti yang dikehendaki oleh
Pentadbir Tanah, maka Pentadbir Tanah boleh menyebabkan supaya pokok itu akan
dipotong, ditebang atau dibuang dan kos
bagi melakukan kerja-kerja tersebut hendaklah didapatkan kembali daripada
tuanpunya atau pemajak sebagai hutang yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri.
Pengarah Negeri, Pendaftar atau mana-mana Pentadbir
Tanah bolehlah, dengan apa cara yang difikirkannya wajar, menyatukan sebagai satu
pemberitahuan dalam Warta, mana-mana dua atau lebih notis, perintah atau
pemberitahuan yang dibuat dalam
menjalankan apa-apa kuasa yang diberi
kepadanya oleh atau di bawah Akta ini; dan tiap-tiap pemberitahuan yang disatukan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai
merupakan penyiaran yang sempurna dan
mencukupi dalam Warta mengenai
tiap-tiap notis, perintah atau pemberitahuan tersebut.
No comments:
Post a Comment