(1)
Mana-mana
orang yang, tanpa kebenaran yang sah, mencabut,
memindah, atau, mengangkut, atau membenarkan pencabutan, pemindahan atau
pengangkutan bahan batuan dari mana-mana tanah adalah melakukan suatu
kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi lima puluh ribu ringgit, atau dipenjarakan
untuk suatu tempoh yang tidak melebihi
satu tahun, atau kedua-duanya.
(1A) Seseorang yang ada dalam milik
atau jagaan atau di bawah kawalannya sebarang bahan batuan melainkan dalam
bentuk asal tanah itu di mana bahan itu dijumpai, hendaklah dianggapkan telah
mencabut, memindah atau mengangkut atau dibenarkan untuk mencabut, memindah
atau mengangkut bahan batuan tersebut tanpa kebenaran yang sah.
(1B) Sesiapa
yang bersubahat dalam melakukan suatu
kesalahan di bawah subseksyen (1) adalah
melakukan suatu kesalahan, (dan
boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi
sepuluh ribu ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya.
(2)
Mana-mana
orang yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini bolehlah diperintah
supaya membayar kepada Pihak Berkuasa Negeri, di samping apa-apa denda yang
dikenakan apabila disabitkan, pampasan yang
sama nilainya dengan bahan batuan yang dipersoalkan, dan nilai apa-apa kayuan yang dipotong atau dimusnahkan dalam menjalankan
pencabutannya.
(3)
Bagi
maksud-maksud subseksyen (2), nilai apa-apa bahan batuan atau kayuan hendaklah,
dalam ketiadaan apa-apa keterangan yang berlawanan,
diambil sebagai apa-apa amaun sepertimana Pentadbir Tanah mungkin memperakui;
dan apa-apa jumlah wang yang diperintahkan
dibayar menurut kuasa subseksyen itu hendaklah didapatkan kembali seolah-olah
ia adalah denda yang dikenakan apabila
disabitkan.
Seksyen ini dipinda dengan menggantikan perkataan “ten”
dengan perkataan “fifty” dalam perenggan (1)(i) dan (1)(ii)
dan menggantikan perkataan “one year” kepada “five years”
dalam perenggan (1B)(i) dan (1B)(ii).
2. Ringkasan
2.1. Melalui pindaan ini, mana-mana orang yang melakukan
kesalahanmengeluar atau mengalih bahan batuan secara tidak
sah jika disabitkan kesalahannya, boleh didenda tidak
melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi lima (5)
tahun atau kedua-duanya.
Latar Belakang
3.1. Seksyen 426 adalah mengenai penambahan denda dan
hukuman bagi kesalahan pengeluaran atau pengalihan bahan
batuan secara tidak sah.
4. Rasional
4.1. Pindaan ini dibuat bagi menaikkan kadar denda dan hukuman
daripada RM10,000 kepada RM50,000 dan tempoh
pemenjaraan daripada satu (1) tahun kepada lima (5) tahun
sebagai pencegahan [deterrent] bagi kesalahan pengeluaran
atau pengalihan bahan batuan secara tidak sah.
Latar Belakang
3.1. Seksyen 426 adalah mengenai penambahan denda dan
hukuman bagi kesalahan pengeluaran atau pengalihan bahan
batuan secara tidak sah.
4. Rasional
4.1. Pindaan ini dibuat bagi menaikkan kadar denda dan hukuman
daripada RM10,000 kepada RM50,000 dan tempoh
pemenjaraan daripada satu (1) tahun kepada lima (5) tahun
sebagai pencegahan [deterrent] bagi kesalahan pengeluaran
atau pengalihan bahan batuan secara tidak sah.
No comments:
Post a Comment