(1)
Pengarah
Negeri, Pendaftar, dan mana-mana Pentadbir Tanah, bolehlah bagi tujuan Akta ini
(dan tanpa menjejaskan penggunaan apa-apa kuasa yang diberi kepadanya oleh mana-mana
undang-undang bertulis lain)
(i)
pada
segala masa yang munasabah mempunyai akses kebebasan kepada, dan memasuki, mana-mana tanah
dalam Negeri itu;
(ii)
menjalankan
siasatan selaras dengan peruntukan-peruntukan Bab 4;
(iii)
mengurus
sumpah dan akuan, memeriksa mana-mana saksi yang
telah bersumpah atau yang membuat pengakuan, menyaman mana-mana orang ke
hadapannya, mengambil dan merekodkan keterangan mana-mana orang sedemikian dan
menghukum dibayar kos kepada mana-mana orang yang hadir dan memberi keterangan di hadapannya;
(iv)
dengan
kelulusan Setiausaha Negeri, memeriksa dan mengambil salinan-salinan apa-apa
dokumen yang boleh didapati di mana-mana pejabat awam dalam Negeri itu;
(v)
dengan
suatu notis dalam Borang 2B menghendaki mana-mana orang atau badan --
(i)
mengemukakan
untuk pemeriksaan apa-apa dokumen hakmilik, atau lain-lain dokumen yang berkait dengan
tanah, dalam milikan atau kawalannya;
(ii)
memberi
kepadanya apa-apa maklumat yang orang atau badan itu mempunyai mengenai lokasi
mana-mana dokumen sedemikian, dan mengambil salinan-salinan, atau
cabutan-cabutan dari, mana-mana dokumen sedemikian; atau
(iii)
mengemukakan
dokumen hakmilik keluaran bagi tujuan penyeragaman syarat-syarat nyata dan
sekatan-sekatan kepentingan di bawah seksyen 318A: ,
Dengan syarat bahawa tiada seseorang atau badan boleh dipaksa
menurut kuasa perenggan ini untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang ia tidak boleh
dipaksa mengemukakan dalam pembicaraan suatu guaman;
(vi)
menghendaki
apa-apa permohonan yang dibuat kepadanya menurut peruntukan-peruntukan Akta ini
disokong oleh apa-apa afidavit atau akuan berkanun yang difikirkannya perlu
atau patut;
(vii)
menjalankan
semua kuasa lain yang diberi kepadanya oleh Akta ini, dan segala kuasa tambahan
atau bersampingan dengannya sepertimana yang
perlu dengan munasabahnya untuk menjalankan
maksud-maksud Akta ini.
(2)
Pengarah
Ukur dan Pemetaan, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan dan mana-mana Pegawai
Ukur lain bolehlah, bagi maksud-maksud Akta ini (dan tanpa menjejaskan
penggunaan mana-mana kuasa yang diberi kepadanya oleh mana-mana undang-undang
bertulis lain), menjalankan mana-mana kuasa yang disebutkan dalam perenggan
(a), (e) dan (g) subseksyen (1).
(3)
Mana-mana
pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1) seksyen 12 dan
diberi kuasa oleh Pengarah Negeri sama ada secara am atau khasnya bagi
tujuan tersebut bolehlah, bagi maksud-maksud Akta ini, menjalankan apa-apa
kuasa yang disebut dalam perenggan (a) hingga (f) subseksyen
(1) seperti yang ditetapkan dalam pemberian kuasa itu.
19.
Maklumat hendak dirahsiakan.
Tiap-tiap pegawai yang
dilantik di bawah Bahagian ini, dan tiap-tiap
orang yang diambil kerja dalam mana-mana
Pejabat Ukur, Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftaran
(a)
hendaklah
menjaga, dan membantu menjaga, kerahsiaan semua perkara yang sampai ke
pengetahuannya dalam melaksanakan kewajipannya, dan,
kecuali bagi maksud
melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini, hendaklah tidak memberitahu atau
membocorkan, atau membantu membocor, apa-apa perkara sedemikian kepada sesiapa
jua pun
20.
Pembelian tanah oleh pegawai-pegawai, dll.
Sekiranya mana-mana tanah atau kepentingan dalamnya
ditawarkan untuk jualan menurut mana-mana peruntukan Akta ini, tiada siapa pun dari orang-orang
berikut boleh memperolehi, atau cuba
memperolehinya, untuk dirinya sendiri, sama ada secara langsung atau tak
langsung
(a)
Pengarah
Negeri, Pendaftar, dan Pengarah Ukur dan Pemetaan bagi Negeri di mana tanah
atau kepentingan itu terletak;
(b)
mana-mana
Pentadbir Tanah, Pegawai Daerah, Pegawai Penempatan atau Pegawai Ukur yang mempunyai bidang
kuasa dalam daerah atau daerah kecil di mana tanah atau kepentingan itu
terletak;
(c)
mana-mana
orang yang diambil kerja di bawah mana-mana pegawai yang disebutkan di dalam perenggan (a) atau (b);
(d)
mana-mana
orang yang mempunyai apa-apa kewajipan untuk dilaksanakan berkaitan dengan penjualan
itu.
30.
Kebenaran keterangan.
Mana-mana orang yang
dengan sengaja memberi keterangan palsu dalam
mana-mana siasatan adalah melakukan suatu kesalahan, dan apabila disabitkan, boleh dikenakan penalti yang
dinyatakan dalam seksyen 422.
127. Tanggungan untuk pelucuthakan kerana pelanggaran syarat.
(1)
Setelah
apa-apa pelanggaran berbangkit daripada apa-apa syarat yang kepadanya mana-mana
tanah berimilik buat masa itu tertakluk --
(a)
maka
tanah itu hendaklah menjadi tertanggung untuk pelucuthakan kepada Pihak
Berkuasa Negeri, dan
(b)
kecuali
dalam kes di mana suatu denda dikenakan di bawah subseksyen (la), atau di mana
tindakan untuk maksud menyebabkan pelanggaran itu diremedikan adalah pertamanya
dikehendaki diambil di bawah seksyen 128,
Pentadbir Tanah hendaklah meneruskan
penguatkuasaan pelucuthakan itu selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 129.
(lA) (a) Setelah berbangkit sesuatu pelanggaran sebagaimana yang
dirujukkan dalam subseksyen (1), maka Pentadbir Tanah boleh, selain dari mengambil
tindakan di bawah seksyen 128 atau 129, menyerahkan suatu notis dalam Borang 7E kepada tuanpunya, memerlukannya menunjukkan sebab
mengapa suatu denda tidak dikenakan berkenaan dengan pelanggaran tersebut.
(b) Setelah tuanpunya
gagal menunjukkan sebab dengan memuaskan Pentadbir Tanah, maka Pentadbir Tanah
boleh membuat suatu perintah untuk bayaran denda tidak kurang daripada lima
ratus ringgit, dan dalam kes pelanggaran
berterusan, suatu denda tambahan tidak kurang daripada seratus ringgit bagi
tiap-tiap hari dalam tempoh pelanggaran itu berterusan.
(1B) Jika sekiranya suatu denda dibayar atas
suatu perintah yang dibuat di bawah
perenggan (b) subseksyen (lA), tiada apa jua tindakan akan diambil di bawah seksyen 128 atau 129 berkenaan dengan
pelanggaran itu.
(1C) Walau apa pun subseksyen
(1B), jika Pentadbir Tanah selepas
siasatan yang wajar, berpuas hati bahawa
pelanggaran itu berterusan, dia boleh menyerahkan suatu notis dalam Borang 7F
terhadap tuanpunya memberitahu kepadanya
tentang niatnya untuk mengambil tindakan di bawah seksyen 128
atau 129 selepas habis tempoh enam bulan dari tarikh
penyampaian notis atau pada bila-bila masa kemudiannya.
(2)
Penerimaan
bagi pihak Pihak Berkuasa Negeri mengenai apa-apa item hasil tanah yang
genap masa berkenaan dengan mana-mana tanah
berimilik tidaklah beroperasi sebagai satu penepian bagi mana-mana hak
pelucuthakan yang pada masa itu wujud
berkenaan dengan tanah itu menurut kuasa seksyen ini.
(3)
Tanah
yang telah
menjadi tertanggung untuk pelucuthakan di bawah seksyen ini kerana pelanggaran
mana-mana syarat hendaklah terhenti dari tertanggung sedemikian jika--
(a)
pelanggaran
itu diremedikan kemudiannya, atau
(b)
dalam
kes satu syarat yang tertakluk kepada suatu tempoh tetap, tiada apa jua
tindakan telah diambil berkenaan dengan pelanggaran itu di bawah seksyen 128 atau 129 sebelum tamatnya tempoh dua
belas tahun bermula dan tarikh bilamana pelanggaran itu berbangkit.
(4)
Untuk
maksud-maksud seksyen ini, dan seksyen 128 atau 129, tiap-tiap pelanggaran
syarat hendaklah diambil kira sebagai boleh diremedikan; dan tindakan yang
dikehendaki untuk meremedikan apa-apa
pelanggaran hendaklah diambil kira sebagai terdiri dari --
(a)
dalam
kes satu syarat positif, perlakuan tiap-tiap perbuatan atau apa-apa jua yang ketinggalan untuk
membuatnya merupakan atau menjadi sebahagian daripada pelanggaran itu;
(b)
dalam
kes satu syarat negatif, perlakuan semua perbuatan atau apa-apa jua yang sedemikian
sebagaimana yang perlu untuk meletakkan
tanah itu dalam keadaan di mana ia akan berada jika pelanggaran itu tidak
berlaku.
375.
Simpanan terselamat daftar-daftar, dll.
(1)
Pendaftar
hendaklah bertanggungjawab untuk simpanan yang
selamat bagi
(a)
tiap-tiap
daftar hakmilik yang disenggarakan di bawah Akta ini atau mana-mana
undang-undang tanah terdahulu olehnya atau mana-mana pendulunya dalam jawatan;
(b)
semua
instrumen yang didaftarkan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu
dan difailkan di Pejabat Pendaftaran atau Pejabat Tanah yang dipersoalkan; dan
(c)
semua
instrumen lain, dan semua buku dan rekod lain, yang dikehendaki
oleh atau di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu untuk
difailkan atau disimpan dalam Pejabat Pendaftaran atau Pejabat Tanah itu.
(2)
Tiada
daftar, instrumen, buku atau rekod lain
yang simpanan terselamatnya menjadi
tanggungjawab Pendaftar seperti yang disebut
di atas hendaklah dibawa keluar dari Pejabat Pendaftaran atau Pejabat Tanah
kecuali menurut suatu Perintah Mahkamah atau seorang Hakim, atau di bawah
arahan bertulis Pihak Berkuasa Negeri atau Pengarah Negeri.
379.
Pertukaran alamat oleh tuanpunya, dll.
(1)
Mana-mana
orang atau badan dalam siapa mana-mana tanah berimilik atau kepentingan adalah
buat masa itu terletakhak, atau atas permintaan siapa suatu kaveat telah
dimasukkan berkenaan dengan mana-mana tanah atau kepentingan, hendaklah dalam
masa yang ditetapkan
memberitahu Pendaftar dalam Borang 26A, mengenai
pertukaran alamatnya, dan Pendaftar hendaklah membuat suatu rekod yang berpatutan mengenai pertukaran itu.
(2)
Jika
sekiranya alamat baru yang diberitahu di bawah subseksyen (1) adalah suatu alamat di luar Persekutuan, pemberitahuan
itu hendaklah menyatakan juga suatu alamat di dalam Persekutuan, untuk
penyampaian kepada orang atau badan yang dipersoalkan
notis-notis di bawah Akta ini.
(3)
Mana-mana
alamat untuk penyampaian notis yang diberi kepada Pendaftar menurut subseksyen (2) atau mana-mana peruntukan lain Akta ini bolehlah, dengan pemberitahuan kepada
Pendaftar, ditukarkan pada bila-bila masa kepada suatu alamat lain di dalam Persekutuan, dan Pendaftar hendaklah membuat
suatu rekod yang berpatutan mengenai
pertukaran itu.
398A. Kewajipan menyiapkan ukur.
(1)
Jika
sekiranya mana-mana juruukur tanah berlesen menjalankan suatu kerja ukur mana-mana
tanah bagi maksud Akta ini, dia hendaklah menyiapkan ukur dalam masa yang ditetapkan dan
mendepositkan segala pelan ukur bersama dengan buku luar, kertas perhitungan
dan data ukur lain yang relevan dengan Pengarah Ukur dan Pemetaan dalam tempoh
sebagaimana yang dinyatakan oleh Pengarah
Ukur dan Pemetaan.
(2)
Pengarah
Ukur dan Pemetaan boleh, dengan suatu notis dalam Borang 29D, menghendaki
mana-mana juruukur tanah berlesen yang gagal
menyiapkan ukur mengemukakan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan ukur yang ada dalam milik atau kawalannya.
(3)
Jika
sekiranya mana-mana juruukur tanah berlesen gagal menyiapkan apa-apa ukur,
tanpa apa-apa sebab yang munasabah, Pengarah Ukur dan Pemetaan hendaklah
menyiapkan atau menyebab disiapkan ukur itu dan mendapatkan kembali kos
menyiapkan ukur daripada juruukur tersebut.
400.
Notis untuk mempastikan kehadiran bagi maksud menunjukkan sempadan-sempadan,
dll.
(1)
Seorang
Pegawai Ukur bolehlah menyebabkan suatu notis dalam Borang 29A disampaikan kepada
mana-mana orang yang memiliki, menduduki,
memohon atau sebaliknya berkepentingan dalam, atau diambil kerja di atas atau
berkaitan dengan, mana-mana tanah yang pegawai
itu dikehendaki mengukur (atau mana-mana tanah yang bersempadan dengannya) meminta orang itu supaya
menghadiri di hadapannya, pada masa dan tempat yang akan dinyatakan dalam notis itu, bagi maksud-
(a)
menunjukkan
sempadan-sempadan tanah itu; atau
(b)
memberi
bantuan untuk meletakkan atau membaiki tandatanda sempadan; atau
(c)
memberi
penerangan atau bantuan lain bagi maksud pengukuran itu.
(2)
Seorang
Pegawai Ukur yang percaya dengan munasabahnya bahawa mana-mana orang-
(a)
boleh
memberi apa-apa penerangan mengenai sempadansempadan mana-mana tanah yang pegawai itu
dikehendaki mengukur; atau
(b)
mempunyai
dalam jagaannya atau di bawah kawalannya apa-apa dokumen yang berhubungan dengan
sempadansempadan tanah itu,
bolehlah menyebabkan disampaikan kepada orang itu suatu notis dalam Borang
29B memintanya
menghadiri di hadapan pegawai - itu pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam notis itu, bagi maksud memberi
keterangan atau mengemuka dokumen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Mana-mana
orang yang, tanpa alasan yang munasabah, gagal
untuk mematuhi apa-apa kehendak sesuatu notis yang disampaikan kepadanya di bawah subseksyen (1) atau (2) adalah
melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan akan dikenakan denda yang tidak melebihi satu ratus ringgit.
400A. Ukur tanpa kebenaran.
Mana-mana orang yang,
bukannya seorang Pegawai Ukur atau juruukur
tanah berlesen, menjalankan ukur atau mengusaha untuk menjalankan ukur
mana-mana tanah dalam Negeri itu bagi maksud-maksud Akta ini, adalah melakukan
suatu kesalahan, dan jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau hukuman
penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya.
403.
Penalti kerana gangguan dengan tanda sempadan dan tanda rujukan ukur.
Mana-mana orang yang,
tanpa kebenaran Pengarah Ukur dan Pemetaan, dengan
sengaja memusnahkan, merosak, mencacat, ` mengalih atau sebaliknya mengganggu
suatu tanda sempadan atau suatu tanda rujukan ukur adalah melakukan suatu
kesalahan dan jika disabitkan -
(a)
hendaklah
dikenakan denda yang tidak melebihi lima ratus
ringgit; dan
(b)
bolehlah
sebagai tambahan kepada atau bagi mengganti penalti itu diperintah membayar
kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam kes suatu tanda sempadan, dan kepada Jabatan
Ukur dan Pemetaan dalam kes suatu tanda rujukan ukur, suatu jumlah wang (yang boleh didapatkan
kembali sebagai denda) yang tidak
melebihi tiga kali ganda kos membaiki atau meletakkan semula tanda sempadan
atau tanda rujukan ukur dan kos melaksanakan apa-apa pengukuran yang dijadikan perlu oleh perbuatan yang mengenainya dia disabitkan.
422.
Penalti kerana kenyataan palsu, dll.
Mana-mana orang yang
(a)
dengan
pengetahuan membuat apa-apa kenyataan palsu, secara lisan atau secara bertulis,
berkaitan dengan apa-apa urusniaga atau lain-lain transaksi yang menyentuh tanah,
atau apa-apa perkara lain yang berbangkit
di bawah Akta ini, atau
(aa) dengan
disedarinya memberi apa-apa maklumat palsu atau membuat apa-apa kenyataan
palsu, sama ada secara lisan atau secara bertulis, berkaitan dengan apa-apa
penyiasatan mengenai perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini;
(b)
dengan
pengetahuan memberi keterangan palsu di dalam mana-mana siasatan yang diadakan di bawah
Akta ini, atau
(c)
mendapatkan
secara tipuan--
(i)
pendaftaran
atau pengeluaran apa-apa dokumen hakmilik atau instrumen lain yang berhubungan
dengan tanah, atau
(ii)
pembuatan
apa-apa memorial atau pemasukan lain di atas
mana-mana dokumen atau instrumen sedemikian, atau
(iii)
pembatalan
atau pemindaan mana-mana dokumen atau instrumen sedemikian, atau apa-apa memorial atau pemasukan
lain ke atasnya, atau
(d)
mendiamkan
atau menyembunyikan dari Pendaftar, atau membantu atau bersama membuat demikian,
apa-apa dokumen, fakta atau perkara matan,
adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan
denda yang tidak melebihi lima
ribu ringgit dan, jika gagal membayar denda ini,
dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak
melebihi tiga tahun.
423.
Penalti untuk perubahan secara tipuan, pemusnahan, dll:, dokumen-dokumen.
Mana-mana orang yang
secara tipuan mengubah, menambah, memadam,
mencacat, atau memusnahkan apa-apa dokumen atau hakmilik atau instrumen lain
yang berhubungan dengan tanah, atau apa-apa memorial
atau pemasukan lain di atas mana-mana dokumen atau instrumen sedemikian,
adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang
tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau
dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak
melebihi tujuh tahun, atau kedua-duanya.
424.
Penalti untuk kegagalan mengeluarkan dokumen-dokumen.
(1)
Mana-mana
orang atau badan yang, tanpa alasan yang munasabah, gagal untuk mengeluarkan atau menyerahantar apa-apa dokumen
seperti yang dikehendaki oleh notis yang
disampaikan kepadanya dengan sahnya di bawah
perenggan (e) subseksyen (1) seksyen 15 atau oleh perenggan (b) subseksyen (1) seksyen 175B atau
dengan suatu notis di bawah subseksyen (4) seksyen 343 adalah
melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang
tidak melebihi lima ratus ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang
tidak melebihi satu bulan, atau kedua-duanya.
(2)
Mana-mana
orang yang, tanpa alasan yang munasabah, gagal
mengemukakan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu notis yang disampaikan
dengan sah kepadanya di bawah subseksyen (2) seksyen 398A adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan
denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang
tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya.
427.
Peragutan haiwan yang menyalahi undang-undang.
(1)
Tiada
sesiapa boleh membenarkan mana-mana haiwan meragut di mana-mana tanah Kerajaan
atau tanah rizab kecuali menurut, dan selaras dengan peruntukan-peruntukan,
suatu permit selaku demikian yang dikeluarkan
oleh Pentadbir Tanah atau, dalam kes tanah rizab, pegawai yang buat masa itu mempunyai kawalan ke atasnya.
(2)
Mana-mana
orang yang melanggar peruntukan-peruntukan subseksyen (1), atau apa-apa permit yang dikeluarkan di bawahnya, adalah melakukan suatu
kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi seratus ringgit.
428.
Halangan kepada hak lalulalang Pentadbir Tanah, jalan dan lain-lain tempat awam.
(1)
Jika
sekiranya Pentadbir Tanah berpuas hati bahawa telah dilakukan suatu halangan yang menyalahi
undang-undang, atau pencerobohan di atas, mana-mana hak lalulalang Pentadbir
Tanah, atau mana-mana jalan awam atau laluan air atau tempat lain yang kepadanya
orang awam berhak masuk keluar, dia bolehlah membuat suatu perintah yang
menghendaki orang atau orang-orang yang bertanggungjawab mengenainya supaya memindah halangan
atau pencerobohan itu, dan jika perintah itu tidak dipatuhi dalam tempoh yang
dinyatakan di dalamnya, boleh dirinya sendiri
mengambil apa-apa langkah yang mungkin
perlu bagi maksud itu.
(2)
Mana-mana
orang yang menghalang secara menyalahi undang-undang atau menceroboh di atas
mana-mana hak lalulalang, jalan, laluan air atau tempat adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan,
dikenakan denda yang tidak melebihi dua
ribu ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya.
(3)
Mana-mana
orang yang disabtikan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini bolehlah, di
samping denda yang dikenakan apabila
disabitkan, diperintah supaya membayar kepada Pihak Berkuasa Negeri kos-kos
(seperti yang diperakui oleh Pentadbir
Tanah) mengenai apa-apa langkah yang diambil
dengan munasabahnya di bawah subseksyen (1) untuk memindah halangan atau pencerobohan yang dipersoalkan; dan apa-apa jumlah wang yang diperintah supaya dibayar demikian hendaklah
didapatkan kembali seolah-olah ia adalah denda yang dikenakan.
428A. Penerimaan salah apa-apa maklumat.
Jika mana-mana orang menerima apa-apa maklumat
mengenai perkara yang diketahui atau dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai pada masa dia menerima
maklumat bahawa maklumat itu telah diberi tahu atau dizahirkan kepadanya bertentangan
dengan seksyen 19, dia
hendaklah, melainkan dia membuktikan bahawa maklumat itu telah diberi tahu atau
dizahirkan kepadanya berlawanan dengan kehendaknya, adalah melakukan suatu
kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi satu ribu ringgit, atau dipenjarakan
untuk suatu tempoh yang tidak melebihi
enam bulan, atau kedua-duanya.
428AA. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan
perbadanan: pegawai-pegawai didapati bersalah.
(1)
Jika
sekiranya seseorang yang dituduh melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini
atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat
di bawahnya ialah suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang
pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu boleh dituduh bersama dalam
prosiding yang sama dengan pertubuhan
perbadanan itu, dan jika sekiranya pertubuhan perbadanan itu disabitkan di atas
kesalahan yang dituduh itu, tiap-tiap
pengarah atau pegawai itu hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan tersebut
melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa
pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah perlakuannya.
Mana-mana orang yang tertanggung
di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya terhadap apa-apa penalti bagi
perkara-perkara yang dilakukan atau
ditinggalkan jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh dirinya
sendiri hendaklah tertanggung kepada penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau
ditinggalkan oleh ejennya, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah
mengambil langkah-langkah yang munasabah
untuk mencegah perlakuan atau ketinggalan perkara itu
As'kum, mohon pencerahan. Saya telah menyewakan premis saya kepada jiran saya untuk satu tempoh tetap selama lima tahun. Setamat tempoh penyewaan tersebut, saya mendapati jiran saya telah mendirikan pagar rumah baru yang menjadi sempadan diantaran rumahnya dan rumah saya.
ReplyDeleteSaya dapati bahawa pagar yang didirikanya itu telah memasuki bahagian tanah rumah saya dan juga telah konkritkan lantainya supaya batu sempadan itu tidak dapat dipastikan kedudukan sebenarnya.
Oleh itu mohon bantuan tuan untuk memberi tunjuk ajar tindakan apa yang perlu saya ambil selanjutnya.
Sekian dan didahuli dengan ribuan terima kasih keatas jasa baik tuan. Terima kasih