BAHAGIAN PENGUATKUASA DAN TEKNIKAL
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN
NEGERI PERAK
PERSEDIAAN AWAL SEBELUM
SIASATAN
1. Tujuan
:-
Tujuan kertas ini disediakan
adalah persediaan awal yang perlu ada kepada setiap pegawai penguatkuasa untuk
tujuan pendakwaan ke mahkamah.
2. Latar
belakang :-
Sejak kebelakangan ini
kejadian kecurian bahan batuan/usaha tanah kerajaan semakin menjadi-jadi
menyebabkan Negeri Perak menjadi perhatian umum. Pihak Berkuasa Negeri amat
prohatin dengan isu ini dan telah mengarahkan supaya mengambil tindakan ke atas
pencuri/pengusaha haram untuk di bawa ke mahkamah.
Sebelum ini memang Pihak
Berkuasa negeri/PTG Pk./PTD ada membuat pendakwaan ke mahkamah. Banyak kertas
siasatan telah pun dibuat dan telah pun di bawah tindakan Timbalan Pendakwa
Raya.
Berdasarkan maklumat
yang diperolehi daripada Timbalan Pendakwa Raya, kertas siasatan itu adalah
tidak begitu membanggakan. Bersama-sama ini
ialah keterangan bagi peringkat awalan ialah panduan untuk PTG/PTD. Sebelum
kertas siasatan di mulakan.
3. Panduan :-
PANDUAN BAGI TINDAKAN-TINDAKAN YANG PERLU
DIAMBIL OLEH PEGAWAI PENYIASAT DAN PEGAWAI SERBUAN DI DALAM SESUATU
PENYIASATAN DAN SERBUAN YANG DIBUAT BAGI KES-KES DI BAWAH SEKSYEN 426
KANUN TANAH NEGARA, 1965.
1)
Apabila sesuatu serbuan ke atas
sesuatu premis, tanah atau sesuatu
tempat yang disyaki melanggar peruntukan seksyen 426 Kanun
Tanah Negara, 1965 dibuat oleh Pentadbir Tanah, tindakan pertama
yang perlu diambil adalah bagi menentukan bahawa pengeluar; pemilik/penjaga premis atau tanah tersebut tidak mempunyai apa-apa permit/lesen untuk menjalankan aktiviti pengeluaran bahan-bahan batuan tersebut dari tempat-tempat berkenaan.
tempat yang disyaki melanggar peruntukan seksyen 426 Kanun
Tanah Negara, 1965 dibuat oleh Pentadbir Tanah, tindakan pertama
yang perlu diambil adalah bagi menentukan bahawa pengeluar; pemilik/penjaga premis atau tanah tersebut tidak mempunyai apa-apa permit/lesen untuk menjalankan aktiviti pengeluaran bahan-bahan batuan tersebut dari tempat-tempat berkenaan.
2)
Jika permit/lesen dikemukakan oleh
pengusaha/pengeluar bahan batuan berkenaan, perlulah diperiksa samada
terdapat keterangan bahawa pemegang permit/lesen telah
melakukan pelanggaran terhadap mana- mana syarat di dalam permit/lesen tersebut.
3)
Pastikan juga
aktiviti pengeluaran bahan
batuan tersebut adalah termasuk di bawah definisi "bahan batuan" di bawah seksyen
5 Kanun Tanah Negara, 1965.(RUJUK PINDAAN 2008)
4) Sebelum serbuan dilakukan, adalah digalakkan
pemerhatian terlebih dahulu dibuat di kawasan pencerobohan tersebut bagi mengenal pasti perkara-perkara berikut:
a)
Apakah aktiviti yang dijalankan.
Adalah digalakkan salah seorang anggota serbuan menyamar sebagai
penduduk kampong atau pekerja bagi memudahkan serbuan
sebenar dapat dibuat pada masa yang sesuai;(PENYAMARAN)
b)
Perhatikan juga jumlah kenderaan/lori
yang keluar masuk ke premis/tanah berkenaan dan
kekerapannya serta catitkan nombor pendaftaran kenderaan/lori berkenaan;(MENGUMPUL BAHAN BUKTI)
c)
Pastikan jumlah pekerja serta peranan
setiap pekerja yang hadir di premis/tanah berkenaan. ( MEMBINA SAKSI)
5)
Pastikan semasa pemerhatian di buat
terdapat tanah, pasir atau bahan batuan yang diambil dari tanah yang
diceroboh berkenaan.(MEMBINA FAKTA KES)
6)
Segala pemerhatian yang dibuat pleh
pegawai serbuan ini hendaklah direkodkan/dicatitkan di dalam diari
masirig-masing bagi memudahkan keterangan diberikan di mahkamah
kelak. Pegawai penyiasat juga perlu melakukan perkara yang sama iaitu merekodkan segala tindakan yang di ambil di dalam diari atau Investigation Diary (ID) mereka.(MEMBINA KEKUATAS KES DAN HUJAH)
7)
Apabila pemerhatian selesai dan tiba
masa untuk lakukan serbuan sila pastikan masa yang sesuai diambil
untuk membuat serbuan. Ini penting bagi memastikan mereka yang terlibat dapat ditangkap
ketika sedang menjalankan aktiviti pengeluaran
bahan batuan tersebut (TANGKAPAN SEBENAR)
8)
Semasa serbuan dibuat sekiranya
disyaki ada perlanggaran undang- undang, sila
buat rampasan lori-lori,
jentera-jentera dan mesin- mesin/peralatan
yang digunakan untuk maksud
menjalankan aktiviti pengeluaran bahan batuan itu dan pastikan lori-lori,
jentera-jentera dan mesin-mesin ini
disimpan dalam keadaan
baik bagi memudahkan pembuktian dibuat di mahkamah
kelak. Jika sekiranya lori-lori, mesin dan peralatan terlalu banyak dan ada masalah untuk menyimpan
mesin-mesin ini, tidak perlu diambil kesemua
barangan tersebut. Namun di dalam keadaan peralatan ini tidak diambil
kesemuanya, bagi memastikan aktiviti pengeluaran bahan batuan secara haram ini tidak dijalankan semula, sila "seal" atau tutup tempat/tanah berkenaan dan
tempatkan pengawal di situ supaya tiada sesiapa yang boleh
menceroboh ke kawasan tersebut lagi. (PENGURUSAN BAHAN BUKTI)
9)
Peruntukan di
bawah Seksyen 426A
Kanun Tanah Negara,
1965 membolehkan Pentadbir Tanah
membuat tangkapan. Oleh itu sila buat tangkapan sekiranya terdapat
mana-mana orang yang disyaki melakukan kesalahan
di bawah peruntukan KTN. Tangkapan boleh dibuat terhadap pemandu lori, pemandu jentera pengorek,
pekerja-pekerja di kawasan tempat
pengeluaran bahan batuan secara haram tersebut dan mana- mana orang yang terlibat secara langsung dengan
aktiviti ini. Tangkapan yang dibuat ini perlulah dibawa ke balai polis
berdekatan secepat mungkin atau diserahkan
kepada pihak polis yang berhampiran tanpa sebarang kelengahan.(KEPERLUAN PERUNDANGAN)
10)
Pastikan gambar lori-lori,
jentera-jentera, mesin-mesin dan peralatan yang
dirampas ini diambil bagi kemudahan rujukan ke mahkamah kelak. .(KEPERLUAN PERUNDANGAN)
11) Pastikan
juga.diambil gambar premis/tanah yang dicerobohi
berkenaan. Adalah digalakkan juga mengambil gambar
papan tanda di luar
tanah berkenaan sekiranya ada. Pegawai
yang mengambil semua gambar-gambar ini perlu dikenalpasti
untuk dipanggil di
mahkamah kelak dan gambarnya perlu
disediakan sebanyak 4
salinan dan negatifnya perlu disimpan
dengan baik atau diberikan kepada
pegawai penyiasat untuk
disimpan.(MEMBINA KEKUATAN KES)
12)
Pegawai serbuan perlu pastikan atau
periksa lori-lori, jentera-jentera dan mesin-mesin dan peralatan ini bagi menentukan ianya berada di dalam keadaan baik semasa serbuan dibuat.
13)
Setelah rampasan dan tangkapan
dibuat, kes ini perlu diserahkan kepada seorang pegawai penyiasat setelah mendapat pekenan atau arahan PTD. Pengawai penyiasat dan pegawai serbuan perlu
membuat dokumen serah-menyerah bagi
memastikan segala rampasan
diserahkan dengan baik dan teratur.
14)
Rampas
segala dokumen-dokumen yang
berkaitan dengan aktiviti perniagaan premis berkenaan di kaunter dan pejabat yang disyaki digunakan untuk tujuan menjalankan aktiviti
berkenaan. Rekodkan segala rampasan di dalam
borang bongkar dan borang bongkar
ini perlu ditandatangani oleh tuanpunya atau pekerja premis
berkenaan. .(KEPERLUAN PERUNDANGAN)
15)
Setelah rampasan dokumen-dokumen
dibuat, semak dengan Pendaftar Syarikat, Majlis Perbandaran atau
mana-mana pihak berkuasa yang lain untuk memastikan siapa tuan punya premis/tanah dan pemilik syarikat yang menjalankan aktiviti pengeluaran bahan batuan haram
ini agar tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap mereka.
16) Peruntukan
di dalam Kanun
Tanah Negara, 1965
Membolehkan "statement" diambil oleh pegawai penyiasat dari
saksi- saksi yang terlibat di
dalam sesuatu kes. Statement perlu
dirakamkan mengenai segala yang berkaitan
dengan aktiviti
pengeluaran bahan batuan haram ini. Kenyataan
yang diambil
perlulah "detail” yang lengkap
dan antara perkara asas yang perlu
ada di dalam pernyataan saksi-saksi adalah:
a)
nama,
umur, pekerjaan mereka;
b)
di mana beliau berada semasa serbuan;
c)
tahap penglibatan beliau di dalam pengeluaran bahan
batuan secara haram ini;
d)
syarikat mana yang beliau
bekerja, siapa pengarah,
pengurus,
setiausaha syarikat dan penyelia
bagi pejabat berkenaan serta
alamat pejabat;
e) apa jentera yang digunakan untuk mengangkut, mengorek dan memproses;
f) bila aktiviti dimulakan, tarikh dan masanya. Berapa ramai
pekerja,adakah
mereka mempunyai pengetahuan
samada syarikat ada lesen/permit atau sebaliknya. Siapa tauke mereka. Siapa bayar gaji mereka. Siapa yang mereka sering berurusan;
g) bahan batuan yang diangkut dibawa ke mana, siapa
pembelinya, berapa harga pasir bagi satu lori,
adakah resit pembelian atau apa- apa dokumen untuk menyokong penjualan berkenaan;
h)
Iain-lain perkara yang berkaitan.
17) Setiap saksi yang dirakamkan percakapannya perlu diberi amaran oleh pegawai perakam
dibawah peruntukan seksyen
421AC bahawa mereka/saksi
perlu menjawab segala
soalan yang diajukan
kepada mereka dan segala yang
mereka nyatakan perlulah satu kenyataan yang benar, Namun mereka boieh tidak menjawab soalan yang mereka rasakan jawapannya boleh memudaratkan mereka dan boleh
digunakan terhadap mereka. .(KEPERLUAN PERUNDANGAN)
18) Segala kenyataan yang dibuat perlulah
seboleh-bolehnya dirakam secara tulisan dan
pegawai perakam dan saksi perlu menurunkan tandatangan mereka diakhir kenyataan mereka. Segala yang telah
direkodkan perlu juga dibacakan semula kepada saksi agar
pembetulan boleh dibuat sekiranya ada. .(KEPERLUAN PERUNDANGAN)
19) Sekiranya mana-mana
pihak enggan beri
kerjasama untuk datang member! kenyataan
kepada pegawai penyiasat, tindakan boleh diambil di bawah seksyen 421AB Kanun Tanah Negara, 1965 dengan memohon waran tangkap daripada Majistret terhadap mereka
yang enggan memberi kerjasama. .(KEPERLUAN PERUNDANGAN)
20)
Tindakan-tindakan
lain yang boleh diambil semasa serbuan:-
a) Semua
lori-lori, jentera, mesin-mesin boleh disita dengan syarat hanya selepas tempoh sebulan luput dan tiada tuntutan
dibuat bagi kes-kes yang mana pendakwaan tidak
dibuat maka penyitaan terus boleh dibuat - rujuk seksyen 426C Kanun Tanah Negara,
1965;
b)
bagi kes- kes yang mana tuntutan
dibuat di dalam tempoh
sebulan (samada ada pendakwaan atau sebaliknya) maka
rujukan perlu dibuat di Mahkamah Majistret untuk arahan
sebulan (samada ada pendakwaan atau sebaliknya) maka
rujukan perlu dibuat di Mahkamah Majistret untuk arahan
Mahkamah;
c)
Sekiranya di dapati terdapat pekerja-
pekerja asing yang bekerja
tanpa permit atau dokumen yang sah, maka tindakan segera
perlu diambil bagi menyerahkan mereka ini kepada pihak
Imigresen atau polis untuk diambil tindakan mengikut undang-
undang Imigresen.
tanpa permit atau dokumen yang sah, maka tindakan segera
perlu diambil bagi menyerahkan mereka ini kepada pihak
Imigresen atau polis untuk diambil tindakan mengikut undang-
undang Imigresen.
21) Seksyen 429B dibaca bersama rule 49, Perak land Rules
juga membolehkan kesalahan dibawah seksyen
426 Kanun Tanah Negara, 1965 ini dikompaun dengan jumlah tidak melebihi RM 25,000.00.
Sekiranya kompaun dikenakan maka tindakan pertuduhan tidak boleh lagi diambil terhadap mereka yang
telah dikompaun.
**** DUA PERKARA YANG BELUM JELAS DALAM KERTA INI. IAITU
PERUTUKAN 429A BERKAITAN KUASA PENDAKWAAN DAN KOMPAUN SERTA PERUNTUKAN
BERKAITAN PELEPASAN SEMENTARA DAN PROSES PERCUTUTAN HAK BARANG-BARANG BUKTI
YANG DISITA. TUNGGU PENJELASAN LANJUT
No comments:
Post a Comment