Sunday 1 July 2012

Seksyen 5 (rock material)


1. Takrif “rock material” dipinda dengan digugurkan perkataan
“granite”, “limestone”, “marble” dan “guano” dalam takrif “rock
material” manakala perkataan “common” ditambah selepas
perkataan “sand”, “earth”, “laterite” dan “clay” dan
menggantikan perkataan-perkataan “also any bricks, lime,
cement or other commodity manufactured therefrom” dengan
perkataan-perkataan “processed materials therefrom, other
than minerals defined under any written law relating to mining
which is for the time being in force”.
2. Rasional
2.1. Takrifan baru “rock material” dalam KTN dan “mineral” dalam
EMN ini akan dapat membezakan bahan “mineral” yang
bermutu rendah daripada yang bermutu tinggi.
2.2. Sebagai contoh, pasir dan tanah liat yang bernilai rendah
ditakrifkan sebagai “rock material” sementara pasir silika dan
bebola lempung yang bernilai tinggi dikategorikan sebagai
“mineral”.
2.3. Ini akan memastikanbahan “mineral” yang bernilai tinggi
tersebut digunakan secara optimum dan tidak dibazirkan
untuk tujuan yang kurang menguntungkan.

2.4. Selain daripada itu, kerajaan negeri akan memperolehi
peningkatan hasil melalui kutipan royalti yang lebih baik ke
atas mineral tersebut.

No comments:

Post a Comment